🖤 BAB 12 💜

2 0 0
                                    

Kesunyian menyelimuti suasana, seolah-olah malam turut membisu bersama mereka. Tiada seorang pun yang bersuara, masing- masing tenggelam dalam fikiran sendiri, memikirkan kejadian yang baru sahaja berlaku. Mujur mereka sempat pulang lebih awal dari Rose.

Andai terlewat walau sedikit, tiada siapa tahu apa akan terjadi.
"Tae, kau kenal dengan dia?"

Soalan Jimin tadi buatkan batang tubuh Taehyung mengeras. Dia pandang wajah rakan-rakannya silih berganti, sebelum dia mengangguk kecil.

"Siapa dia?" Jimin menyoal lagi.

"Seokjin... Abang Rose yang aku pernah ceritakan pada korang dulu," balas Taehyung ringkas.

Mata mereka membulat. Terkejut.
"Abang Rose?! Tapi kenapa dia tak pernah balik ke rumah ni?" Giliran Jungkook pula menyoal.

"Kan aku dah cakap, abang dia tu pelik... Dari dulu dia memang dah jauhkan diri dia dari semua orang termasuk adik dia sendiri. Dia tak pernah bergaul dengan orang kampung. Dan dari dulu dia memang dah dipulaukan," cerita Tae.

Masing-masing tumpukan perhatian. Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut.

"Dipulaukan? Tapi kenapa?" soal Jisoo ingin tahu. Tae senyum nipis.

"Disebabkan darjat. Keluarga mereka
merupakan antara keluarga yang dipulaukan di kampung ni. Mereka tiada harta mahupun kuasa. Kalau ada carta, mereka mungkin antara yang duduk
di barisan paling bawah. Atau lebih senang, hamba."

Bulu roma masing-masing mencanak naik. Begitulah jugak peraturan yang diterapkan di Dark Royal Academy. Yang ternama pasti paling berkuasa.

"Okey, kau cakap dalam kampung ni ada darjat kan? Kalau keluarga mereka paling rendah, jadi siapa yang
paling tinggi. Siapa yang paling berkuasa dalam kampung ni?" tanya Lisa.

Soalan itu membuatkan Taehyung terdiam seketika. Suasana seolah-olah beku buat beberapa detik. Tiba-
tiba, satu jeritan nyaring memecah keheningan, bergema di seluruh ruang.

Suaranya kuat. Kelima- lima mereka tersentak. Wajah masing-masing
bertukar pucat. Serentak, mereka terus berpaling ke arah jendela, mata liar mencari sumber suara itu.

"Bu... bunyi apa tu?" soal Jisoo gagap.

Mereka memberanikan diri untuk membuka pintu utama. Kelima-lima mereka keluar dari rumah Rose. Anak mata menyapu kawasan sekeliling.

"Tak ada apa-apa pun..." ujar Jungkook bingung.

"Argh!" Tiba-tiba, Lisa menjerit dengan suara yang paling nyaring. Tubuhnya tiba-tiba jatuh ke lantai, tubuh menggigil dan mulutnya ditekup dengan telapak tangan, seolah-olah cuba menahan
sesuatu yang tidak terlihat. Matanya terpejam rapat, dan jeritannya semakin kuat, berulang kali.

"Lis!" Jisoo cuba menenangkan Lisa
dengan lembut, menghulurkan tangan dan mengusap bahunya perlahan. Yang lain hanya berdiri kaku, tidak
tahu apa yang patut dilakukan. Mereka hanya mampu memerhatikan dengan rasa terkejut dan cemas.

"Lisa... kau okey?" tanya Jungkook risau.
"Sa... sana." Jari telunjuknya dihala tepat ke arah hutan tebal yang berada betul-betul terhampar
dihadapan rumah Rose. Isyaratnya membuatkan semua mata tertumpu ke arah situ dengan serentak.

"Kenapa dengan sana?" tanya Taehyung kurang faham.

"Dia mati. Dia mati! Tolong dia. Pergi tolong dia..." gumam Lisa sambil dia menangis teresak-esak disitu.

Tangisannya semakin galak. Empat daripada mereka masih terpinga-pinga.
"Siapa yang kau maksudkan?" Jimin mula naik berang.

Lisa kesat air matanya. Perlahan-lahan, dia bangun dari duduknya. Dia berjalan tanpa memakai kasut ke arah hutan tebal itu.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now