🖤 BAB 3 💜

14 2 0
                                    

Seperti biasa, bila pensyarah tiada di dalam dewan kuliah, keadaannya tak ubah seperti pasar pagi. Riuh dengan suara-suara pelajar yang bergema. Semua sibuk dengan aktiviti masing-
masing.Tak lama kemudian, pintu ditolak seseorang.

"Morning class..." sapa Sir Namjoon.

"Morning sir..." Masing-masing luruskan tubuh, memberi perhatian yang sepenuhnya ke arah pensyarah mereka.

"Harini saya nak kamu semua berbincang tentang kajian yang kamu nak buat untuk Projek kamu
nanti.Choose your project title
and the place to work on it," terang Sir Namjoon.

Sesaat kemudian, nampak seseorang mula mengangkat tangan.

"Yes?" soal Sir Namjoon senada.

"Apa maksud sir yang kita orang kena pilih tempat? Bermakna projek kami bukan dalam Academy?" Soalan diajukan.

Sir Namjoon senyum segaris. "Tepat sekali. Kami dah buat sedikit perubahan. Untuk Projek kali ini kamu semua dikehendaki untuk jalankan ia di luar kawasan Academy..."

Mereka saling bertukar pandang. Agak terkejut dengan berita yang baru diterima. Setakat yang mereka tahu, sepanjang berada di sini, mereka memang tak pernah dibenarkan untuk keluar.

Jadi, bila dapat tahu yang kali ini mereka akan dibenarkan keluar, hati masing-masing terus berdebar.Berita itu benar-benar mengejutkan dan dalam masa yang sama mengujakan mereka semua.

" Dan lagi satu, projek kamu akan berjalan selama dua bulan," maklum Sir lagi.

Lagi bertambah riuh dewan kuliah itu tatkala berita itu diumumkan.

"Wah lamanya sir..." Suara-suara teruja mula kedengaran.

"Jangan buang masa lagi, duduk dalam
kumpulan masing-masing dan berbincang. Saya bagi masa dalam satu jam." Setelah itu, Sir Namjoon terus
keluar dari dewan kuliah tersebut.

Seperti biasa, Jisoo terus melangkah perlahan menuju ke tempat kosong di bahagian belakang kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, Jisoo terus melangkah perlahan menuju ke tempat kosong di bahagian belakang kelas.

Suasana masih tenang, ahli kumpulannya belum tiba. Tanpa membuang masa, Jisoo membuka
begnya, menarik keluar buku nota yang sudah setia menemaninya ke mana-mana. Sambil membelek
halaman, fikirannya melayang seketika.

Lima minit berlalu, dan satu persatu ahli kumpulannya mula tiba. Jungkook, seperti biasa, langsung meletakkan kepalanya di atas meja sebaik sahaja dia duduk. Muka jelas sekali keletihan atau mungkin sekadar mahu lari dari realiti.

Jimin pula muncul dengan senyuman yang tak pernah lekang dari
wajahnya. Sementara itu, Lisa hanya tunduk ke bawah, jarang sekali berani bertentang mata dengan sesiapa.

Namun, masih ada seorang yang belum tiba. Seperti biasa, dia yang paling lambat, tapi entah kenapa, mereka semua sudah terbiasa dengan
ketiadaannya di awal pertemuan.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now