🖤 BAB 6 💜

2 1 0
                                    

Jisoo duduk sendirian di kawasan padang. Nafas ditarik panjang. Menikmati udara petang yang segar. Telefon bimbit dikeluarkan. Baru sahaja tangan mahu menekan nombor ibunya, Jisoo terus berhenti. Tak jadi. Tak mahu merisaukan ibunya
tentang keadaannya disini.

Jisoo duduk bersandar, memeluk tubuhnya erat. Pandangannya kosong, jauh mengembara memikirkan keadaan di luar sana. Sejak dia melangkah masuk ke dalam Academy, segala hubungan dengan dunia luar terputus begitu saja. Tidak tahu apa yang sedang berlaku di luar sana, di tempat yang pernah dia panggil rumah.

Mereka seakan-akan hidup di dalam penjara yang tak kelihatan. Terkurung dalam batas-batas yang mereka sendiri tidak pernah pilih. Tiada kebebasan
untuk melakukan apa-apa, seolah-olah setiap langkah diawasi dan setiap keputusan terbatas.

Dunia di dalam Academy itu mengikat mereka lebih kuat daripada rantai
besi.

Dunia di dalam Academy itu mengikat mereka lebih kuat daripada rantai besi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maladaptive daydreaming. Simptom untuk orang yang kerap termenung. Boleh jadi orang tu dah nak mati, sebab itu dia suka termenung..." ujar satu
suara tiba-tiba.

Jisoo terus menoleh ke sisinya. Dengan malas, dia mula bertanya, "Awak nak apa?"

Taehyung senyum nipis. Punggung dilabuhkan di sisi Jisoo. Tidak rapat, masih ada jarak yang memisahkan mereka berdua.

Mereka sama-sama diam setelah itu.
"Awak tak rindu dunia luar?" tanya Jisoo sekadar ingin tahu.

Taehyung melirik sedikit ke arah Jisoo sebelum dia tergelak kecil. "Dulu ya, sekarang tak lagi," jawabnya ringkas.

Kening Jisoo bertaut. "Maksud Awak?"

"Mungkin sebab kau masih baru dekat sini Jis. Waktu mula-mula aku masuk sini pun aku pernah cuba nak larikan diri
dari sini. Tapi sayangnya gagal. Lama-lama, rasa rindu tu akan hilang dengan sendirinya. Percayalah
cakap aku."

Jisoo hela nafas panjang.
"Tapi bila kita habis belajar, kita boleh keluar kan?"

Taehyung pandang wajah Jisoo lama. Kemudian hujung bibirnya terjungkit.

"I hope so..." balasnya setelah itu.
Tanpa sedar, sebiji bola melayang entah dari mana. Tak sempat mereka mahu mengelak, objek bulat itu sudah terkena tepat ke arah wajah kacak Tae.

Pak!

"Aduh!" Tae mengaduh. Wajahnya yang terasa kebas diusap-usap. Disisi lain, mulut Jisoo melopong. Terkejut. Dia terus menoleh ke arah punca
bola itu datang.

"Sorry! Tak sengaja." Jungkook datang sambil meminta maaf berkali-kali. Bola yang berada disisi kaki Taehyung dicapai.

"Nak mati ke?" soal Tae dingin.
Jungkook menyengih. "Kenapa duduk situ? Kan sini tempat orang main bola, bukannya tempat berdating. Kalau nak dating pergi sana," halau Jungkook selamba.

"Dating kaki kau," dengus Tae. Dia bangun dari duduk. Kebas diwajah sudah mulai reda sedikit demi sedikit. Jisoo hanya gelengkan kepalanya.

"Main tak ajak." Tak menunggu lama, Taehyung terus berlari masuk ke dalam padang, meninggalkan Jungkook dan Jisoo disitu sendirian.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now