🖤 BAB 7 💜

3 1 0
                                    

Hanya berbaki beberapa minit sahaja sebelum mereka memulakan perjalanan ke kampung terpencil yang dicadangkan Taehyung dahulu. Segala persiapan untuk ke sana sudah di atur.

Berdebar-debar. Hanya itu saja perasaan mereka tika itu. Mereka sudah siap berkumpul dihadapan pintu
pagar Academy. Kereta khas disediakan untuk membawa mereka ke destinasi yang dituju. Dan yang memandu
untuk kali ini ialah Jimin,
memandangkan dia sahaja yang mempunyai lesen kenderaan.

Sir Namjoon datang menghampiri mereka berlima.

"Goodluck untuk Projek kamu semua. Buat yang terbaik dan tolong jaga nama baik Academy. Ingat pesan saya, sampai disana nanti, jangan buat perkara ikut sesuka hati kamu. Mereka ada peraturan
mereka yang tersendiri. Sama seperti kita disini."
Tegas Sir berpesan.

"Terima kasih sir," ucap mereka serentak. Sir Namjoon senyum nipis.
"Jaga diri. Kembalilah semula ke Academy dalam keadaan yang bernyawa."

Pesanan Prof tadi menyentakkan mereka berlima. Mereka saling berbalas renungan. Kurang faham dengan maksud lelaki itu tadi. Dan pada saat
itu, kereta yang ditempah khas buat mereka sudah sampai.

"Goodluck semua! Jangan lupa segala pesanan saya. Kami tunggu kepulangan kamu berlima..."

Mereka saling mengangguk sebelum masing- masing mula memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta. Seusai siap, satu demi satu mula
meloloskan diri masuk ke dalam kenderaan.

Lisa berhenti sejenak, berdiri kaku seakan teragak-agak. Pandangannya kemudian mendarat pada Miss Minyoung yang berdiri tidak jauh dari situ. Mata mereka bersabung seketika. Tersenyum kecil, Lisa melambai perlahan. Miss Minyoung membalasnya dengan anggukan tipis.

Pacuan empat roda itu mula bergerak perlahan, meninggalkan perkarangan Academy kini semakin menjauh di belakang. Lisa memandang ke luar tingkap, melihat bangunan yang kian
mengecil. Perasaan bercampur-baur di dadanya.

"Awak rasa mereka berlima boleh pulang dengan selamat?" tanya Miss Minyoung sambil menatap jauh ke dalam anak mata Sir Namjoon.

"Depents," balasnya sepatah.

HAMPIR dua puluh minit mereka menyusuri jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAMPIR dua puluh minit mereka menyusuri jalan raya. Suasana di dalam kereta senyap sepi. Masing-masing tekun memandang keluar tingkap,
mata tak lepas dari mengamati dunia luar.

"Apa maksud Sir tadi tu eh?" Soalan daripada Jungkook memecahkan kesunyian.

Serentak, mereka semua berpaling ke arah Jungkook yang duduk di kerusi paling belakang.

"Maksud kau apa?" Soalan berbalas soalan.
"Yang tadi tu la. Sebelum kita gerak tadi. Dia cakap, 'harap kita balik dalam keadaan yang bernyawa.' Apa dia ingat kita nak pergi berperang ke?" seloroh Jungkook tak bertempat.

Tawa mereka berpadu.

"Kau tahu kenapa dia pesan macam tu?" soal Taehyung semula.
Jungkook jongket bahu. "Tak tahu. Kenapa?"

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now