🖤 BAB 9 💜

5 1 0
                                    

Tak sampai beberapa minit, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah kecil Kim Roseanne.Dinding kayu yang kusam dengan catnya mengelupas dan kayunya mula retak. Atap zink berkarat kelihatan seperti tidak mampu lagi menahan hujan. Semak dan lalang tinggi merimbun di sekeliling.

Mereka pandang Tae disisi.

"Betul ke dekat sini? Macam tak ada orang aje," duga Jisoo.

"Aku yakin ini rumah dia. Tapi dulu elok aje... Kenapa sekarang nampak tak terurus?" Taehyung sendiri naik hairan.

Dahulunya, keadaan rumah Rose bukan begini. Aneh.
" Rose," ucap Taehyung dengan suara yang paling kuat.

Sunyi.

Tak sempat dia mahu laung panggilan yang kedua, tiba-tiba pintu rumah tersebut terkuak lebar. Spontan mereka
mengundur beberapa tapak kebelakang.

"Ya ada apa yang boleh saya bantu" jawab satu suara.
Muncul satu susuk wanita berambut blonde dihadapan muka pintu yang cukup membuatkan sosok Jimin terpana seketika melihat pemandangan di hadapannya.

"Kim Roseanne?" soal Taehyung mahukan kepastian.

"Siapa kamu semua?" tanya nya dingin.

"Tae... Rose tak ingat?"

"Tae?" Dahinya berkerut. Sesaat kemudian, matanya membulat. Terus dia berlari-lari anak ke arah Taehyung.

Dua telapak tangannya dilekapkan di atas pipi kiri dan kanan Taehyung.
"Kemana Tae pergi selama ini? Tae tak tahu Nek Suri dah lama mati?" soal Rose dengan nada kesal.

Perlahan, Taehyung mengangguk.
Sejurus itu, pandangan Rose terus teralih ke arah wajah rakan-rakannya yang lain.

"Siapa mereka?" soalnya senada.
"Kawan Tae. Kami datang sini untuk laksanakan Projek kami," terang Tae lembut.

Jisoo dan Lisa tersenyum janggal ke arah Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jisoo dan Lisa tersenyum janggal ke arah Rose.

"Masuk ke dalam. Hari dah gelap," arah Rose sebelum dia terus berlalu meninggalkan mereka semua disitu.
Helaan nafas dihembus mereka serentak.

"Garangnya Rose tu... Nak pandang mata dia pun menggigil lutut. Inikan pulak nak kena tinggal dekat rumah dia hampir dua bulan," ujar Jungkook
dengan muka cuaknya.

"Perwatakan dia memang garang, tapi
percayalah cakap aku, dia baik."
Muka masing-masing jelas ragu-ragu nak
percaya. Tapi masih ada banyak waktu untuk mereka mengenali Kim Roseanne yang sebenar.

Di sini, malam terasa lebih hidup, tetapi juga lebih sunyi. Tiada bunyi enjin, tiada hiruk-pikuk manusia. Hanya kegelapan yang membalut kampung
itu.

"Tae... Si Rose tu memang tinggal sorang eh?" Soalan daripada Jungkook memecahkan kesunyian malam.

"Tak silap aku, dia ada seorang abang," balas Taehyung dengan mata separa tertutup.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now