🖤 BAB 10 💜

4 1 0
                                    

Awal pagi lagi, Jisoo dan Lisa sudah
membantu Rose menyediakan sarapan pagi di dapur. Juadah mereka pada pagi ini adalah bihun goreng.

"Berapa lama korang semua disini?" Itulah soalan pertama yang diajukan Rose kepada mereka berdua setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Lebih kurang dua bulan..." jawab Jisoo
perlahan.

Tawa sinis terlepas dari ulas bibir Rose.

"Korang mampu ke tinggal disini lama-lama? Aku tak rasa kamu semua akan dapat bertahan disini," ujarnya dengan maksud yang penuh tersirat.

Jisoo dan Lisa pandang sesama sendiri.

"Apa maksud kau?" Lisa memberanikan diri untuk bertanya.

"Kampung ni tak seaman yang korang
semua sangkakan. Banyak benda yang korang tak patut tahu di kampung ini." Rose palingkan tubuh. Mangkuk yang berisi bihun tadi dicapai.

"Lagi satu, jangan percayakan sesiapa disini.Tiada satu pun di antara kamu semua yang mempunyai jiwa yang bersih." Itu kata-kata terakhir Rose, sebelum dia terus berlalu ke ruang tamu.

Lagi bertambah kerutan di wajah mereka. Masing-masing jongket sebelah bahu.

MEREKA berlima duduk santai di luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MEREKA berlima duduk santai di luar. Dari hasil perbincangan, Projek mereka akan dimulakan pada minggu hadapan. Jadi untuk minggu ini mereka bebas mahu berbuat apa-apa. Lagipun mereka harus membiasakan diri dengan kehidupan di kampung itu.

Tiga lelaki itu sedang sibuk mengemas
kawasan luar rumah Rose. Rumput dan lalang yang menjulang tinggi ditebas sehingga kawasan itu kelihatan bersih dan licin. Kayu-kayu yang sudah hampir reput digantikan dengan yang baru.

Lisa dan Jisoo pula ditugaskan untuk
menyapu sampah dan daun-daun kering yang bertaburan di tanah. Di suatu sudut, Rose hanya memerhati mereka dalam diam.

"Tae, dekat kampung ni tak ada benda
menarik yang boleh buat ke? Bosanlah... Apa kita nak buat satu minggu ni?" soal Jungkook sambil tangan masih sibuk mengecat dinding rumah.

Taehyung berhenti sejenak. Kepala ligat memikir aktiviti yang boleh dilakukan mereka bersama. Tiba-tiba satu idea datang menjengah di kepala.

"Sungai! Dekat hujung kampung ni ada air terjun. Tak jauh pun dari sini," beritahu Taehyung teruja.

Mata yang lain terus bersinar-sinar. Teruja bersama. Ada juga la aktiviti yang boleh dilakukan mereka daripada duk melango saja.

"Jom! Bila nak pergi?" tanya Jisoo tidak sabar.

"Sekarang pun boleh." Berus cat ditangan
diletakkan ke tepi. Taehyung bangun sambil mengibas bajunya.

"Boleh ke? Rose tak marah?" Takut-takut Lisa menyoal. Nak berbual dengan Rose pun gerun, inikan pula nak minta izin keluar.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now