🖤 BAB 2 💜

12 2 0
                                    

Pandangannya kosong. Sekosong hidupnya. Jisoo hanya menatap syiling putih di atasnya. Mata tak mahu dipejam meskipun otak sudah berkali-kali menghantar signal untuk tidur. Fikiran
bercelaru. Terlalu banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya.

Sesaat kemudian, perutnya berkeroncong. Petanda minta untuk diisi. Jisoo bangun dari baringan. Jam di dinding ditatap sejenak. Sepuluh malam. Masih belum lewat untuk dia turun ke kafeteria.

Academy menyediakan dua blok banggunan. Iaitu, kediaman pelajar lelaki dan perempuan. Waktu malam, biasanya mereka dibenarkan keluar kemana sahaja mereka mahu pergi. Namun hanya ada satu saja peraturan yang mereka harus patuhi. Iaitu,
mereka harus kembali ke bilik masing-masing tepat jam dua belas malam.

Biasanya tepat jam dua belas, lampu akan dipadamkan dengan serta-merta. Dan jikalau ada dari mereka yang kantoi masih berada di luar setelah jam
dua belas malam, mereka akan dikenakan hukuman, serta pemotongan merit.

Dengan langkah yang cepat dia bergerak ke arah kafeteria yang terletak tidak jauh dari kediaman pelajar perempuan.Tak terlalu ramai pelajar disitu. Jisoo
terus bergerak mencari meja kosong.

Usai siap memesan makanan, dia mula

menjamah makanannya dengan lahap, langsung tidak menghiraukan kawasan sekeliling.

Ketika dia khusyuk menikmati hidangan, tiba-tiba semua pelajar berdiri serentak dan melangkah keluar tanpa sepatah kata. Meninggalkan makanan yang masih bersisa di atas meja. Suasana menjadi sunyi, dan hanya bunyi kerusi yang digeser saja kedengaran.

Jisoo keliru. Mata terkebil-kebil memandang pemergiannya mereka semua. Ada apa? Kenapa semua berlalu pergi seperti robot?

Dari jauh, Jisoo nampak beberapa susuk manusia sedang berjalan dalam kumpulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh, Jisoo nampak beberapa susuk manusia sedang berjalan dalam kumpulan. Dia mengecilkan matanya, cuba menganalisis siapa mereka. Apabila langkah-langkah itu semakin hampir dan seakan-akan menuju ke arahnya, Jisoo cepat cepat bangun dan mencari tempat bersembunyi di belakang kaunter.

Matanya setia mengekori gerak-geri mereka.

"Jimin?" Mata Jisoo terbuntang. Ya, dia
yakin dia tak salah melihat. Jimin yang memakai jaket rasmi Academy berwarna putih. Dan dihadapannya, ada empat orang lelaki memakai kot. Pakaian formal dan orang itu adalah...

Pihak atasan Academy.Kenapa Jimin ikut mereka? Apa urusan dia dengan mereka semua? Terlalu banyak persoalan
yang memerlukan jawapan.

'Aku anak orang biasa...'

Kata-kata Jimin ketika dalam kelas tadi kembali bermain di kepala. Kalau benar apa yang diperkatakannya tadi, jadi apa tujuan utama dia berjumpa dengan pihak atasan?

"Curiousity kill the cat..." ujar satu suara yang datang entah dari mana.

Bahu Jisoo terhinjut kecil, terkejut dengan suara yang tiba-tiba itu. Dia segera menoleh, mencari pemilik suara tersebut. Tatkala Jisoo berpaling ke belakang, matanya terbuntang luas. Rasa nak tercopot jantung dari sangkarnya. Sejak bila dia ada disini sekali?

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now