🖤 BAB 8 💜

7 1 0
                                    

"Memang ini aje ke jalan yang ada Tae?" soal Jimin masih tak puas hati. Kenapa dari awal Taehyung tak beritahu yang keadaan kampungnya sebegini?

Setidaknya mereka boleh tukar ke tempat lain. Nak menyesal pun tiada guna. Nasi sudah jadi bubur.

Tae mengangguk. "Kampung ni memang
terpencil. Orang luar jarang tahu tentang kewujudan kampung ni. Orang kampung dekat situ pun jarang keluar dari situ. Sebab itu dia orang taknak buat jalan
yang lebih elok," terang Taehyung.

Jimin mengeluh. "Habistu kereta ni macam mana? Takkan nak tinggal aje dekat sini?"
"Nampak gayanya macam itulah..." Suara Jungkook menyampuk.

"Tempat tu jauh tak dari sini?" soal Lisa yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.
"Tak jauh. Dalam lima ratus meter dari sini," balas Taehyung.

Sekali lagi mereka terdiam, masing-masing cuba memerah otak mencari solusi terbaik. Kalau dengar cerita Tae tadi, memang tak jauh. Tapi bila fikir beg-beg pakaian yang perlu diseret bersama, perjalanan itu mungkin akan makan masa hampir satu jam.

Mereka saling berpandangan. Buntu.
"Kita memang dah tak ada pilihan lain. Bawa barang yang penting aje. Kita kena jalan kaki juga." Keputusan Jimin tadi buatkan majoriti dari mereka
menggeleng tidak setuju.

"Ala... tapi semua penting," rengek Jungkook tak puas hati.
"Kalau kau sanggup, kau heretlah semua." Dingin Jimin membalas.

"Kemas cepat. Kita dah tak
banyak masa sekarang. Langit dah nak gelap. Korang nak berjalan dalam hutan tu dalam keadaan yang
gelap?" soal Jimin senada.

Spontan, mereka semua menggeleng. Tanpa membuang masa, mereka mula kelam-kabut mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Ada
yang sibuk menarik keluar beg pakaian, ada yang tergesa-gesa menyusun semula barang.Keadaan jadi sedikit huru-hara, tapi masing-masing tahu, mereka tiada pilihan lain.

"Cepat, cepat... sebelum langit gelap," kerah Jimin dalam keadaan yang serba tak kena itu. Setelah semuanya selesai, pintu bonet ditutup rapat dengan satu bunyi klik. Mereka berdiri seketika,
menarik nafas lega.

Kereta itu kini ditinggalkan di tepi jalan yang sempit.
"Ready?" soal Jimin mahukan kepastian. Angguk.
"Alright, let's go..." Dan perjalanan pun
dimulakan.

"LETIHNYA... rehat la sekejap," pinta Lisa dengan nafas tercungap-cungap. Tanpa berlengah, dia terus melabuhkan punggung di atas sebuah batu besar yang kebetulan ada di situ. Satu botol air mineral ditarik keluar dari beg, dan tanpa berfikir panjang, dia meneguknya rakus.

"Kata tadi lima ratus meter aje? Ni macam lama aje lagi nak sampai..." Giliran Jungkook pula mengeluh. Botol air ditangan turut diteguk.

"Dah tak jauh. Depan tu aje. Dah kalau korang tak sampai berapa minit nak berehat, memang la rasa lama nak sampai." Taehyung geleng kepala.
Selepas selang seminit, mereka kembali
melangkah, menyusuri jalan yang sunyi.

Langit di atas semakin redup, seolah-olah bersedia menutup tirai hari. Suasana sepi, hanya desiran angin lembut yang sesekali menyapa. Mereka terus berjalan dalam diam, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri. Dalam jarak sekitar sepuluh meter, pandangan mereka akhirnya tertumpu pada sebuah perkampungan kecil.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now