🖤 BAB 20 💜

1 0 0
                                    

Langit hampir bertukar kelam. Puas mereka kejar bayang Seokjin, namun mereka gagal. Kini, mereka terkandas di dalam hutan tebal. Terperangkap dalam kitaran jalan yang sama. Laluan
itu bagaikan sebuah maze tanpa penghujung.

Setiap langkah hanya membawa mereka kembali ke titik permulaan. Mereka berhenti sejenak. Cuba mencari nafas
semula. "Kita memang dah tersesat ke?" soal Jisoo gelisah.

"Sabar, jangan putus asa dulu. Kita akan
keluar juga dari sini," balas Jimin.

"Tengok sana!" Lisa menghalakan jari
telunjuknya ke arah sebuah lorong yang anehnya bersih, tanpa satu pun dedaun kering menghiasi tanahnya. Lorong itu tampak berbeza. Diwarnai oleh
cahaya lilin-lilin kecil yang disusun dengan sempurna dalam barisan lurus, seolah-olah membimbing mereka ke satu destinasi yang belum diketahui.

Mereka pandang sesama sendiri. Curiga.
"Jalan tu akan bawa kita kemana?" soal Jisoo mendatar.

"Macam ada sesuatu kat situ. Jangan-jangan disitu tempat Tae dibawa," teka Jimin sekadar serkap jarang.

"Maksud kau situ tempat Suku Darah Kelam tu tinggal?" Giliran Lisa pula menyoal.

Tak menanti, Jimin anggukkan kepalanya. "Tapi kata Seokjin dia orang tu merbahaya. Kau yakin nak pergi sana? Kalau jadi apa-apa kat kita nanti, macam mana?" soal Jungkook dengan suara
meninggi.

"Habistu Tae macam mana? Kau nak biarkan dia macam tu aje? Mana semangat setia kawan kau Jungkook? Kita datang berlima, dan walau apa pun jadi, kita akan pulang berlima juga..." tegas Jimin dingin.

"Tapi Tae tu pembelot!" tempiknya geram. Jimin langsung mencengkam kolar baju Jungkook. Nafasnya turun naik dengan rahang yang diketap erat.

"Kita masih tiada bukti yang mengatakan Tae tu seorang pembelot.. Jangan buat tuduhan yang melulu." Jungkook merengus.

"Jom kita ke sana. Aku yakin ada sesuatu yang menunggu kita..." ujar Lisa perlahan. Walaupun pada awalnya, mereka tampak ragu-ragu namun pada akhirnya mereka bersepakat untuk ke
sana.

KAKI diatur dengan penuh waspada. Dada berombak deras,jantung seakan mahu meletup. Semakin mereka
mendekati bunyi-bunyi asing mula bergema di telinga. Suara yang samar, namun kian jelas membuatkan bulu roma mereka meremang.

"Ingat, jangan berpecah," pesan Jimin buat kali yang terakhir.
Langkah mereka terhenti secara tiba-tiba. Dalam sekelip mata, pandangan mereka bertaut pada
satu titik, dan serentak, mata terbeliak besar.

Nafas tersekat di kerongkong, dan tanpa sedar, mulut ditutup dengan telapak tangan. Kaki mula terasa longlai, seperti kehilangan kekuatan, dan tubuh
hanya menunggu masa untuk jatuh menyembah tanah.

"GAME OVER!"

Tiba-tiba satu tepukan dan sorakan gemuruh diberikan pada mereka berlima

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tiba-tiba satu tepukan dan sorakan gemuruh diberikan pada mereka berlima. Kaku. Lidah bagai dipasung.

Air mata mengalir deras di pipi tatkala pandangan Jisoo tertancap pada pemandangan yang memilukan. Di
hadapannya, kesemua rakan sekelasnya terbaring kaku, tubuh mereka dihamparkan di atas kain putih.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now