🖤 BAB 11 💜

2 0 0
                                    

Malam itu terasa cukup tenang. Awal-awal lagi, mereka sudah sepakat sesama sendiri untuk tidak menceritakan apa yang berlaku
di sungai tadi kepada Rose. Bimbang kalau-kalau dia risau atau marah, apatah lagi kejadian tadi agak
mengejutkan.

Sedang mereka asyik bergelak santai di ruang tamu, tiba-tiba suasana berubah apabila pintu bilik tidur Rose perlahan-lahan terbuka. Dia hanya mengenakan jubah hitam yang menjalar hingga ke lantai. Di tangannya tergenggam erat sebuah beg yang diperbuat dari rotan.

Kepala Rose diliputi selendang hitam yang hanya diselempang longgar ke tepi. Spontan, perhatian mereka semua terarah kepadanya. Suara gelak tawa tadi hilang serta-merta. Masing-masing terpaku memandang wanita berambut blonde tersebut.

"Aku nak keluar sekejap. Jangan buat benda yang bukan-bukan dalam rumah aku. Dan aku mungkin akan balik lewat sedikit. Tak apa, sebelum tidur kunci aje pintu utama tu," pesan Rose.

Mereka hanya mengangguk perlahan. Setelah itu, Rose terus berlalu keluar dari rumahnya.

"Tae, dia nak pergi mana? Tak bahaya ke sorang-sorang malam macam ni" soal Jimin dalam nada berbisik.

"Tak tahulahh ," balas Taehyung
sekadar serkap jarang.
Mereka hanya angguk mengeyakan. Malas mahu bertanya lebih-lebih.

"Jom kita ikut dia nak? Aku nak juga tahu apa kegiatan orang kampung dekat sini. Selalunya dalam pukul sebelas malam kan, mesti aku akan dengar suara alunan muzik. Tapi tak tahu datangnya dari mana..." ujar Jungkook tiba-tiba.

"Kau dengar juga? Aku ingat aku seorang aje yang dengar. Bukan perlahan tapi boleh tahan kuat. Yang lain tak dengar?" Jisoo menambah.

Boleh dikatakan hampir setiap hari bunyi itu akan menganggu masa tidurnya.

"Dengar... Tapi aku cuma buat tak layan aje. Kut-kut la malam-malam dia orang ada buat konsert. Kita manalah tahu," seloroh Taehyung.

Jimin geleng perlahan.

"Aku tak rasa itu konsert. Lagu yang dipasang, bukannya lagu yang biasa kita dengar. Lagu tu seolah-olah..."

"Pemujaan?" selar Lisa yang hanya
mendiamkan diri sedari tadi.
Mata mereka terbuntang dengan serentak.

"Lisa... Kenapa kau cakap macam tu? Ish, dah malam ni. Jangan la buat Unnie takut." Jisoo terus bergerak rapat ke arah Lisa. Manakala tiga lelaki yang lain hanya diam.

"Tapi aku taknak tuduh si Rose... Itu apa yang aku tahu aje," ujar Lisa perlahan.

"Korang nak pergi ikut dia?" soal Taehyung tiba-tiba.

"Janganlah... Kalau dia tahu nanti,
mati kita." Jisoo tolak dengan serta-merta. Dia gelengkan kepalanya beberapa kali. Jujur dia memang
takut. Takut benda yang tak diingini terjadi lagi.

"Kita kena tahu juga apa yang dia orang
buat..." tambah Jimin senada.
Yang lain angguk mengeyakan kecuali Jisoo.

Mereka bangkit serentak.

"Jom, jangan takut. Aku kan ada. Kalau kau takut jugak peluk ja aku" usik Taehyung yang berhasil mendapatkan cubitan di perut dari Jisoo.

Jisoo gigit bibir bawahnya. Perasaan gusar bercampur bimbang menyelinap dalam hati. Akhirnya, setelah lama berkira-kira, dia menghela
nafas panjang dan mengalah. Dia pasrah.

Dengan langkah berat, dia mengikuti mereka berempat, walaupun hati masih terasa ragu. Apa lagi pilihan
yang dia ada?

 Apa lagi pilihan yang dia ada?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now