🖤 BAB 5 💜

4 1 0
                                    

Kepala terhenjut-henjut, berperang dengan rasa mengantuk yang semakin menggila. Jungkook awal lagi sudah mengalah, kepala ditelungkupkan ke atas meja, mencari sedikit kedamaian di tengah kekalutan minda.

Mana tidaknya, semalam bukanlah malam yang biasa. Jam enam setengah pagi barulah mereka berlima pulang ke bilik masing-masing. Mata masih
segar dengan bayangan kejadian yang entah bagaimana mahu dirungkai. Dan masih ada rahsia yang belum terungkap di sebalik malam yang panjang
itu..

"Korang okey ke ni? Boleh kita sambung berbincang?" Suara Jisoo memecahkan kesunyian.

"Sekejap, mata aku tak boleh bukak," gumam Taehyung dengan mata yang tertutup sepenuhnya. Lisa
dan Jimin masih cuba mencelikkan mata masing-masing meskipun payah.

Jimin raup wajahnya sekali.

"Aku minta maaf. Kalau bukan disebabkan aku yang beria-ia nak pergi semalam, mesti kita tak akan
jadi macam mana? Tambah lagi, bila apa yang kita buat semalam tu, sia-sia aje..." ucap Jimin dengan penuh perasaan serbasalah.

"Haah, memang salah kau. Kalau tak, aku takkan jadi panda pagi ni." Bahu Jimin ditepuk Tae berkali-kali. Geram juga la. Terpaksa dia menggadaikan masa tidurnya yang berharga untuk
sesuatu yang langsung tiada faedahnya.

Muka Jimin kelat.

"Asalkan kita dapat tahu apa yang dia orang buat selepas pukul dua belas malam tu," tambah Jisoo.

Kalau dia orang tak buat begitu
semalam, mungkin sampai bila-bila mereka akan ditipu.

"Korang rasa apa yang sebenarnya dia orang buat malam tadi? Dan lagi satu, mana datangnya bunyi piano tu?" tanya Taehyung bertalu-talu.

Mereka semua diam. Masing-masing tiada jawapan untuk persoalan itu.

"Kita akan cari tahu, sampailah kita dapat jawapan tu," tekad Jimin.

Yang lain hanya geleng perlahan, serik dengan pengalaman itu. Cukuplah sekali sahaja. Malam tadi nasib mereka baik kerana tidak tertangkap, tapi siapa
tahu di masa depan perbuatan mereka mungkin akan diketahui orang. Kalau itu berlaku, memang mereka akan 'MATI'.

"Jadi macam mana? Ada yang dah ada idea untuk projek kalini?" Jisoo memulakan perbincangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jadi macam mana? Ada yang dah ada idea untuk projek kalini?" Jisoo memulakan perbincangan.

Serentak mereka semua menggeleng.

Jisoo ketuk-ketuk dada meja dengan jari telunjuknya. Wajahnya berkerut penuh kebuntuan. Dia mengeluh. Tatapan matanya kosong memandang
jam dinding yang seakan-akan bergerak terlalu perlahan.

"Tajuk untuk projek ni bebas kan?" soal Lisa ingin tahu.

Mereka angguk bersama.

"Aku ada idea." Lisa angkat tangan kanannya. Dan serta-merta tumpuan mereka teralih ke arahnya. Menunggu idea yang akan keluar dari bibir
gadis itu.

"Kita boleh buat kajian tentang kes
pengurusan sampah di komuniti tempatan. Kita boleh ambil data tentang betapa banyak sampah yang
dihasilkan dalam masa satu hari. Lagipun topik ni luas kan? Macam-macam kita boleh buat," tutur Lisa.

"Tapi Lisa projek ni dalam masa dua bulan. Idea kau dah okey, cuma dalam masa dua bulan tu, kita nak tinggal dekat mana?" soal Jungkook lembut.

Lisa terus angguk setuju. Sejurus itu, mereka kembali berfikir. Masing-masing mengerah idea bersama-sama.

"Aku ada satu idea!" ujar Taehyung dengan penuh semangat.

Kali ini, perhatian mereka teralih ke arah Tae pula.

"Kita boleh buat analisis penggunaan air bersih dan kesan terhadap kualiti hidup dalam kawasan terpencil. Korang tahu kan, kalau kampung yang terpencil ni macam mana keadaan dia?

Kebanyakkan bekalan air dia orang tak sistematik dan kadang-kadang, bekalan air boleh terputus," hujah Taehyung panjang lebar.

Terangguk-angguk kepala mereka semua.

"Tempat tinggal?" Jisoo menyoal.

"Jangan risau, aku ada kenal seorang nenek ni. Dia tinggal dekat kampung tu. Kita berlima boleh tumpang rumah dia sepanjang projek dijalankan," balas
Taehyung.

"Jauh ke tempat tu Tae?" Giliran Jimin pula menyoal.

"Boleh tahan... Kalau dari sini, boleh ambil masa sampai tujuh jam. Dan kawasan kampung tu memang dekat pedalaman. Bekalan elektrik pun
kadang ada, kadang tak ada. Sementara kita kat sana, kita boleh juga tolong orang kampung sana."

"Menarik..." gumam Jungkook perlahan.

Mereka saling memandang, dan apabila masing-masing kelihatan setuju dengan idea yang dibentangkan, idea Taehyung pun diterima begitu sahaja.

Mereka saling memandang, dan apabila masing-masing kelihatan setuju dengan idea yang dibentangkan, idea Taehyung pun diterima begitu sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now