🖤 PROLOG 💜

32 2 0
                                    

Jimin berlari tanpa arah di dalam hutan yang kelihatan sama rata di setiap penjuru. Suara dedaun kering yang terinjak, membuatkan dia semakin resah.

"Tae! Lo di mana sih?! Nggak lawak dong, keluar! " teriak Jimin kuat.

Matanya tak lepas dari memandang seluruh kawasan hutan tebal itu.
Dahi Jimin berpeluh deras. Terasa diri seperti dikelilingi oleh bayang-bayang gelap yang menghambatnya dari segala arah.

Hutan seolah-olah menyerap semua bunyi dan hanya meninggalkan rasa ketakutan dalam diri. Ketika dia menoleh ke belakang, mata hanya dapat melihat kabus tebal yang meliputi segala-galanya.

"Tae!" Nama yang sama masih diserunya,namun tetap sama. Tiada sebarang sahutan. Cemas di
dada semakin menggila. Kaki diubah ke arah lain.

Tanpa berfikir panjang, Jimin terus berlari keluar dari kawasan itu.

"Tolong..." Parau suaranya memanggil.
Tangan naik melambai. Tubuh sudah nampak tidak berdaya. Peluh mengalir di dahi bak air sungai. Bibir
pucat dan kering. Kaki terasa longlai. Sesaat kemudian, tubuhnya jatuh menekur ke tanah.

"Jim!" Tiga rakannya yang lain, meluru ke arahnya dengan cemas. Tubuh Jimin ditarik Jungkook.
Pipi lelaki itu ditampar berkali-kali.

"Bangun lo goblok!" tempik Jungkook dengan suara yang bergetar.
Jimin telan liurnya yang terasa payau. Mata yang berat cuba dicelikkan sedikit demi sedikit.

"Tolong aku... Tae..." Spontan, anak matanya melirik ke arah hutan tebal dibelakang mereka. Jari telunjuk dihala ke arah yang sama.

"Ke... kenapa dengan Tae?" tanya Jisoo gagap.

"Taehyung hilang," jujur Jimin pada akhirnya.

"Hah?!" Suara mereka berempat berpadu.Terkejut dengan berita yang
disampaikan. Satu jam yang lalu, Jimin dan Taehyung sama-sama menawarkan diri masuk ke dalam hutan untuk mencari ranting kayu sebagai unggun api. Dan kini hanya Jimin saja yang pulang.

Mereka pandang sesama sendiri. Buntu.
"Gimana sihh Tae bisa hilang? Dia bareng elo kan tadi? Kenapa elo tinggalkan dia?" Suara Jisoo naik cemas

"Bener... bener dia bareng gue tadi. Tapi lepastu, dia cakap dengan aku dia nak ke sungai sekejap. Aku nak ikut dia, tapi dia yang tak bagi. Lepastu dalam lima minit, Taehyung tak balik-balik," cerita Jimin serba salah.

Kalaulah dia tak biarkan Taehyung pergi
sendirian, pasti semua ni tak akan berlaku.Masing-masing raup wajah mereka.

"Sekarang ni macam mana? Takkan kita nak biarkan Taehyung dalam hutan tu sorang-sorang? Lagipun langit dah nak gelap. Kita kena cari dia sebelum matahari terbenam," celah Lisa yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

Jimin geleng kepalanya beberapa kali.
"Tak boleh..." gumamnya perlahan.

Mendengarkan itu buatkan Jungkook terus mencengkam kolar baju Jimin dengan kasar.

"Kau cakap apa ni! Habistu kau nak biarkan aje dia kat dalam sana? Apa kita nak jawab dengan mak bapak dia
nanti!" tempik Jungkook tak tertahan.
Jimin melepaskan satu keluhan berat.

"Aku nampak Tae ikut seseorang..." beritahu Jimin perlahan.

"Ikut siapa? Dalam hutan ni ada kita berlima aje. Stop talking nonsense. Jom kita cari Taehyung sebelum langit bertukar gelap," ajak Jungkook terburu-buru.

Dia langsung bangkit. Jisoo dan Lisa hanya angguk setuju.

"Jangan..." Sebaliknya Jimin masih tidak bersetuju.

Dan tiba-tiba sahaja, jeritan seseorang
bergema di dalam hutan tebal itu. Suaranya kuat dan nyaring. Kedengaran cukup terseksa. Jimin pejam
matanya rapat.

"They're coming..."


Annyeong BlackBangtan Lover💜🖤
Minta dukungan semuanya ya🙊
Jgn lupa vote dong biar aku semangat lagi menulis🔥

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now