🖤 BAB 19 💜

1 0 0
                                    

Keadaan menjadi sunyi sepi, seolah-olah
seluruh alam terhenti buat seketika. Masing- masing tersandar lemah, keletihan yang mencengkam setiap urat dan nadi. Di sekeliling mereka, hanya kelihatan hutan tebal yang melingkari,
pohon-pohon besar berdiri seperti bayang hitam yang diam memerhati.

Langit kelam perlahan-lahan beransur cerah, memberi petanda bahawa matahari bakal muncul
untuk memulakan tugasnya. Mereka masih terjaga,duduk dengan mata yang layu dan fikiran yang berkecamuk.

Semalaman mereka tidak dapat
melelapkan mata. Bagaimana mungkin dapat tidur dalam keadaan sebegitu?
Jisoo mengerling ke arah Seokjin yang
tersandar lemah dipohon tebal disisi. Matanya dipejam rapat, namun air mata lelakinya masih mengalir dalam senyap.

"Awak mesti terkesan kan dengan pemergian Jennie?" soal Jisoo perlahan. Seokjin berdecit. "Apa yang kau tahu dengan erti kehilangan?" Sinis.

"Saya memang tak pernah hilang orang yang saya sayang. Tapi rasa sedih itu subjektif Seokjin. Saya yang baru kenal dengan Jennie itu pun terasa dengan pemergian dia. Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada dia..." balas Jisoo. Seokjin terdiam.

"Dia satu-satunya orang yang aku selesa disini. Dia jugalah yang selalu menyokong apa yang aku buat tanpa perlu menghukum." Pada akhirnya, Seokjin mula buka cerita.

"Jennie memang perempuan yang baik. Tapi sebaik-baik dia, kenapa dia orang bunuh dia tanpa sebab?" selidik Jisoo.

"Dia dibunuh disebabkan aku. Akulah
puncanya semua ini terjadi. Kalau bukan disebabkan aku, dia tak akan mati. Kerana dendam, orang yang aku sayang jadi galang-gantinya..." Lemah Seokjin
membalas.

Jisoo kelu. Tidak tahu mahu membalas apa.

"Kalini tolong jawab soalan saya. Siapa mereka semua tu?" tanya Jisoo serius.

Seokjin hanya menatap ke dalam anak mata Jisoo. Yang lain hanya pasang telinga dengan perbualan mereka berdua.

"Suku Darah Kelam... Mereka bukan seperti orang kampung biasa. Mereka adalah antara yang paling dihormati di kampung ini. Darjat mereka tinggi dan pengikutnya ramai... Mereka sangat
berbahaya..." cerita Seokjin.

Bulu roma masing-masing mencanak lain. Terus lurus batang tubuh. Liur ditelan payah. Jadi merekalah yang mempunyai kuasa tertinggi di
kampung ini.

Tapi apa motif sebenar mereka?

CAHAYA matahari mula memancar lembut ke seluruh kawasan, menandakan langit sudah cerah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


CAHAYA matahari mula memancar lembut ke seluruh kawasan, menandakan langit sudah cerah.
Jam menunjukkan sekitar pukul lapan pagi. Suasana di situ agak tenang, dengan separuh daripada mereka
sudah terlelap bersandarkan pepohon tebal.

Seokjin pula seperti biasa, sudah menghilang lebih awal. Ke mana dia pergi, tiada siapa yang tahu,
dan tiada siapa yang bertanya.
Yang terjaga ketika itu adalah Lisa dan Jimin.

Masing-masing hanya termenung kosong disitu.

"Sampai bila kita akan duduk disini Jim? Apa yang kita nak makan? Dan dimana tempat untuk kita tidur?" soal Lisa.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now