🖤 BAB 16 💜

1 0 0
                                    


Mereka berhenti tepat dihadapan sebuah perkampungan kecil. Tak masuk akal! Mana mungkin adanya perkampungan lain yang
tersembunyi di tengah-tengah hutan tebal sebegitu.

"Macam mana kampung ni boleh ada kat sini?" bisik Jungkook. Suaranya hampir hilang dalam keheningan malam. Mereka saling berpandangan, mencari jawapan yang tiada di hadapan mereka.

"Kampung ini adalah untuk orang-orang yang dipulaukan di Gryffindor Disana orang miskin sering ditindas. Lama-kelamaan, mereka buat keputusan untuk bawa diri ke sini. Kawalan masuk disini ketat. Sebabkan itu aku letak kawat besi diluar sana..." terang Seokjin.

Mereka hanya diam. Kepala masih cuba
memproses. Tak sangka sebegitu pentingnya darjat dan nama pada mereka. Bermakna penduduk yang
tinggal di kampung ini, adalah orang yang sering ditindas. Termasuk Seokjin?

Keadaan kampung itu lebih tenang berbanding Kampung Gryffindor. Suasana malamnya lebih hidup, meskipun jam sudah menginjak tengah malam. Anehnya, meskipun tiada bekalan elektrik, setiap rumah kelihatan terang-benderang, hanya dengan cahaya lilin yang menerangi sekeliling.

"Yang perempuan boleh tidur dirumah Jennie dan yang lelaki boleh ikut aku," ujar Seokjin mendatar.

"Siapa Jennie?" Jisoo memberanikan diri untuk bertanya.

Tanpa sepatah kata, Seokjin hanya mengangkat tangan, menghalakan jari telunjuknya ke arah sebuah
rumah kayu yang tampak usang.

"Jennie tinggal disana..."
Jisoo dan Lisa pandang sesama sendiri. Agak kekok bila mereka langsung tidak kenal siapa Jennie yang dimaksudkan.

Tanpa banyak soal, mereka
berdua mengatur langkah ke arah rumah usang disitu. Tangan Lisa naik mengetuk pintu rumah beberapa
kali.

"Siapa kamu berdua?" tegur satu suara lunak. Mereka berdua tersentak. Tubuh langsung berpaling ke arah suara itu.
Kelihatan susuk seorang wanita kecil cantik.Wajahnya bersih tanpa
solekan, hanya dihiasi pipi yang sedikit kemerahan. Matanya, besar dan jernih. Di tangannya, tersandang
bakul anyaman rotan.

 Di tangannya, tersandang bakul anyaman rotan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ka... kami pelajar dari bandar. Seokjin minta kami untuk tinggal di rumah awak untuk malam ni," jawab Jisoo gagap.

Jennie senyum segaris.

"Oh Jinnie Oppa... Marilah masuk. Saya tinggal seorang aje disini." Serentak itu, pintu rumah kayu itu ditolak perlahan-lahan.

"Rumah saya tak terlalu mewah. Maaflah kalau kamu berdua tak selesa..."
Mereka berdua terus menggeleng.

"Tak apa... Ada tempat berteduh pun dah
cukup baik," balas mereka lembut.

Jennie bergerak ke arah meja kayu yang
terletak di ruang tamu rumah.

"Ada apa urusan kamu berdua disini?" soal Jennie ingin tahu. Sementara itu duduk dilabuhkan.Begitu juga dengan Jisoo dan Lisa.

"Kami ada projek yang perlu dilaksanakan di Kampung Gryffindor. Tapi..."

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now