10 tahun yang lalu...
"Aku terima nikahnya Nur Alayna Ariesha binti Nazri dengan mas kahwinnya RM 100 serta seperalatan solat," dengan sekali lafaz, ɴᴜʀ ᴀʟᴀʏɴᴀ ᴀʀɪᴇꜱʜᴀ kini sah menjadi isteri kepada ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴍᴜᴋʜʀɪᴢ ᴀʀʏᴀɴ.
"Sah?"
"Sah..."
"Sah..."
"Sah..."
"Hah... Ariesha, salam suami kamu tu," kata Puan Rohayu kepada anaknya, yang masih tersipu malu.
"Baik, mama," jawab Ariesha perlahan.
Dengan hati berdebar-debar, Ariesha menghulurkan tangan, buat pertama kali menyentuh tangan seorang lelaki selain ayahnya. Mukhriz memahami rasa malu isterinya dan dia menyambut tangan itu dengan lembut.
Majlis akad nikah diadakan secara sederhana, hanya menjemput orang-orang masjid dan ahli keluarga terdekat.
"Mama, boleh tak Mukhriz nak pinjam Ariesha sekejap?" tanya Mukhriz dengan senyuman kecil.
"Eh, apa nak minta izin pula? Ambil je, sekarang kan Ariesha dah jadi isteri kamu," balas Puan Rohayu kepada menantunya yang membuat Mukhriz tersenyum tipis.
"Hah... Ariesha, pergilah dekat suami kamu. Dia nak cakap dengan kamu," arah Puan Rohayu lagi, memanggil puteri bongsunya.
Dengan rela, Ariesha mendekati Mukhriz yang sedang menunggunya di sudut pelamin.
"Awak nak cakap apa dengan saya?" tanya Ariesha, suaranya hampir berbisik.
"Aku nak bincang pasal kita. Kau nak kita bincang kat sini atau tempat lain?" Mukhriz bertanya dengan nada bersahaja, meskipun dia sendiri menyimpan rasa gugup. Dia sebenarnya mahu membincangkan di mana mereka akan tinggal selepas pernikahan ini, seperti yang disarankan ayahnya, Encik Nazim, agar mereka tinggal bersama.
"Kita bincang sini je lah. Lebih tertutup sikit," jawab Ariesha sambil kepala ditoelh ke kanan dan kiri, seperti mengawasi persekitaran.
"Straight to the point, aku nak tanya—lepas ni kau nak tinggal dengan aku ke dengan family kau? Aku tak kisah kalau kau nak tinggal dengan family kau, tapi dengan syarat, setiap cuti sekolah kau balik rumah aku. Deal?" Mukhriz menjelaskan, tanpa berselindung.
"Deal. Tapi awak jemput saya kat rumah ke, atau saya kena pergi rumah awak sendiri?" soal Ariesha.
"Aku jemput kau kat rumah parents kau setiap Jumaat lepas balik sekolah. No excuse." Mukhriz memberi arahan dengan tegas, tapi nadanya lembut sahaja..
"Okay. Kalau macam tu, awak jemput saya dekat sekolah, kita terus balik rumah awak, okay?"
"Okay je."
"Hah, pengantin baru... dah habis bincang?" tegur Puan Rohayu dengan senyuman.
"Dah, mama," jawab mereka serentak, membuat semua orang tersenyum lega.
"Jadi, malam ni kamu berdua nak bermalam di mana?" tanya Encik Nazri kepada Mukhriz.
"Mukhriz ingat malam ni nak bermalam kat rumah mama dan ayah dulu. Minggu depan baru kami bermalam di rumah mummy dan papa. Mama dengan ayah okay je kan?" tanya Mukhriz dengan sopan.
"Eh, apa yang tak boleh? Boleh sangat!" balas Encik Nazri sambil tersenyum kepada menantu barunya.
YOU ARE READING
ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀ
RomanceMuhammad Mukhriz Aryan x Nur Alayna Ariesha Dua remaja, yang ditangkap dalam situasi memalukan, terpaksa berkahwin awal demi menjaga maruah keluarga. Namun, pelbagai cabaran menyebabkan mereka terpisah selama tujuh tahun. Si isteri setia menunggu ta...