𝓑𝓐𝓑 16

84 5 0
                                    

Cahaya matahari pagi memancar lembut melalui tingkap bilik hotel yang menghadap pantai.Bunyi ombak yang memukul pantai mencipta melodi semula jadi, menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Arieshah membuka matanya perlahan-lahan,merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. 

"Hubby, bangunlah. Pagi dah ni," ujar Arieshah sambil menolak tangan Mukhriz yang melingkar di pinggangnya. Mukhriz tersenyum tipis, matanya masih terpejam, cuba melawan rasa malas untuk bangun. 

"Alah, bagi hubby lima minit lagi..." balas Mukhriz dengan suara serak kerana baru bangun tidur. 

"Lima minit je tau. Nanti tak sempat breakfast dengan semua orang," ujar Arieshah sambil tersenyum, lalu bangun dari katil. Tak lama kemudian, selepas bersiap, Mukhriz dan Arieshah turun ke restoran hotel untuk bersarapan bersama keluarga. Suasana ceria menyelubungi mereka, dengan gelak tawa Ariana yang teruja melihat pelbagai pilihan makanan, dan Aqmar yang sibuk mengambil gambar untuk diabadikan dalam media sosial. 

"Daddy, apa aktiviti kita hari ini?" tanya Mukhriz sambil menyuap roti bakar. 

"Lepas sarapan, kita ke Langkawi Sky Bridge dulu, lepas tu ada aktiviti di pantai. Malam nanti, kita makan di restoran seafood terkenal" jawab Tan Sri Nazim sambil memeriksa jadual perjalanan. Ariana menepuk tangan kecilnya dengan gembira. 

"Yay! Tak sabar nak naik kereta kabel!" Mukhriz memandang Arieshah dengan senyuman. 

"Nampaknya, hari ni bakal jadi hari yang sibuk, sayang." Arieshah hanya tersenyum manis. 

"Sibuk, tapi seronok. Janji ada hubby, sayang okay je."ujar Arieshah kepada Mukhriz, mereka membalas senyuman. Aqhar yang melihat itu berdehem sedikit kuat. 

"Amboi, korang berdua. Nak bersweet-sweet tak payahlah dekat meja makan ni. Dekat sini banyak orang single, tahu tak? Yang dah kahwin tu, tak perlu tunjuk kemesraan sangat." ujar Aqhar kepada Mukhriz dan Arieshah. Mereka yang mendengar hanya tertawa melihat telatah Aqhar. 

"Biarlah, asal? Jeles lah tu. Tak ada sesiapa nak bermanja dengan dia." balas Arieshah sambil menjelirkan lidah kepada abangnya. 

"Mana ada! Aku tak jeles pun. Ingat dia sorang je ke ada pasangan sweet? Aku pun ada lah. Kan, Aqmar?" ujar Aqhar sambil memeluk lengan Aqmar yang tengah sibuk makan nasi goreng. 

"Euww, siapa nak dengan kau? Geli aku. Aku tak gay, okay?" ujar Aqmar sambil menjauhkan diri dari Aqhar. Semua yang melihat hanya menggeleng kepala melihat Aqhar yang gedik. Biasanya, adik yang gedik dengan abang, tetapi kali ini abang yang gedik dengan adik. Puan Rohayu hanya menepuk dahi melihat tingkah anak sulungnya itu. Tak macho langsung! 

"HAHAHA! Along dah kalah! Bluerkk!" ujar Arieshah sambil menjelirkan lidah kepada Aqhar. Aqhar hanya menjeling tajam ke arah adiknya itu, sementara Mukhriz pula menggeleng kecil melihat tingkah isteri dan abang iparnya. 

"Dah-dah, sambung makan tu. Kejap lagi pemandu akan sampai dan jemput kita terus ke Sky Bridge." ujar Encik Nazri dengan nada sedikit tegas kepada anak-anaknya. Arieshah dan Aqhar hanya mengangguk sebelum menyambung semula suapan mereka yang terhenti tadi.

.....

Setibanya mereka di Sky Bridge, mereka terus menuju ke kaunter tiket untuk mendapatkan akses ke pelbagai aktiviti yang ditawarkan di Sky Bridge. Aktiviti pertama yang menjadi pilihan mereka adalah menaiki kereta kabel. 

"Naik kereta kabel ni mesti best! Tinggi pula tu. Aria tak takut ke?" Aqhar bergurau sambil menjeling ke arah Ariana. 

"Apa pula takut! Aria lagi berani dari abang Aqhar," balas Ariana dengan nada mencabar, menyebabkan yang lain tertawa. Ketika kereta kabel mula bergerak, suasana menjadi riuh dengan jeritan kecil daripada Ariana, yang cuba menahan rasa seram. Mukhriz dan Arieshah duduk bersebelahan, menikmati momen indah itu bersama. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now