𝓑𝓐𝓑 14

67 8 1
                                    

Hari demi hari berlalu, dan peperiksaan SPM akhirnya melabuhkan tirainya. Seusai kertas terakhir pada petang Khamis, Mukhriz memandu pulang ke rumahnya untuk mengganti pakaian. Dia mahu pergi ke rumah keluarga mertuanya setelah siap menukar pakaiannya kepada pakaian biasa bukan pakaian sekolah. Sudah beberapa hari dia tidak dapat bertemu dengan Arieshah kerana jadual ulang kaji yang padat dan pembelajaran khas yang dilaksanakan sepanjang peperiksaan berlangsung. 

Setibanya di hadapan rumah keluarga Arieshah, Mukhriz memperlahankan langkahnya sebelum memberi salam dengan lantang dan penuh sopan. Suara itu terus menyapa telinga Muhammad Aqhar Mikael dan Muhammad Aqmar Rayyan, yang ketika itu sedang asyik bertarung dalam permainan catur di ruang tamu. 

"Eh, ada orang beri salam. Siapa pula tu?" Aqhar bertanya kepada Aqmar, sambil mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat ke arah pintu utama. Aqmar hanya mengangkat bahu sahaja sebagai tanda dia tidak tahu siapakah gerangan yang memberi salam itu. 

"Assalamualaikum!" laung Mukhriz sekali lagi, kali ini dengan nada yang sedikit kuat. Dia berdiri di luar pagar rumah keluarga Arieshah, matanya melirik ke dalam halaman yang sunyi.Mukhriz sudah menekan loceng rumah sebanyak tiga kali dan memberi salam sebanyak empat kali, tetapi masih tiada respon. Dia mula berfikir mungkin rumah itu kosong atau mereka semua sedang sibuk. Tepat ketika dia hampir menyerah dan memutar kunci motornya untuk pergi, bunyi pintu pagar yang dibuka mengejutkannya. 

"Waalaikumussalam. Cari siapa, ya?" Suara Aqhar yang tenang tetapi penuh tanda tanya menyapa Mukhriz. Aqhar berdiri di hadapan pintu, memandang Mukhriz dengan wajah yang sedikit keliru. 

"Oh, assalamualaikum abang. Saya Mukhriz," jawab Mukhriz dengan nada mesra, tetapi sedikit gugup apabila melihat Aqhar. Dia tidak pasti sama ada abang iparnya ini tahu tentang perkahwinannya dengan Arieshah. 

"Err... Mukhriz?" Aqhar mengulang nama itu dengan nada bingung, dahinya berkerut seolah pernah mendengar sebaris nama itu. Tetapi, dia tidak mengingat dimana dia pernah mendengar nama itu. Mukhriz tersenyum kecil, cuba menutup kegugupannya. 

"Saya... saya cari Arieshah. Dia ada di rumah?" 

"Cari Arieshah? Hmm..." Aqhar masih kelihatan ragu. 

"Awak ni kawan sekolah dia ke?"tanyanya dengan nada ingin tahu.Mukhriz terdiam seketika, tetapi segera menjawab, 

"Boleh kata macam tu, abang. Tapi...saya juga suami dia."Wajah Aqhar berubah serta-merta, matanya membulat. 

"Suami?" ujarnya dengan nada terkejut. 

"Arieshah kahwin?"Mukhriz mengangguk perlahan. 

"Ya, abang. Tapi kami kahwin diam-diam. Arieshah minta jangan beritahu sesiapa dulu, termasuk abang."Aqhar mengangkat kening, jelas masih keliru tetapi cuba mencerna apa yang baru sahaja di dengarnya. 

"Masuklah dulu. Kita bincang dalam," katanya sambil membuka pintu lebih lebar untuk Mukhriz. 

"Siapa ni, long? Kawan kau ke?" Aqmar bertanya dengan nada kebingungan. Seingatnya,Aqhar tidak pernah berkawan dengan budak sekolah. Aqmar memandang wajah Mukhriz,lalu mengangguk sedikit, menyangka Mukhriz adalah budak sekolah. Aqhar tidak membalas pertanya adiknya. Lantas memanggil adik bongsunya untuk turun bawah seketika dengan memakai tudung. Dia ingin meminta penjeleasan daripada Arieshah mengenai hubungan Arieshah dengan Mukhriz. Dia cuba mengawal dirinya agar tidak marah dan melakukan kekerasan terhadap adik bongsunya itu.

"Arieshah! Turun sekejap, pakai tudung sekali. Ada kawan Arieshah datang ni." laung Aqhar dengan sedikit kuat. Arieshah yang sedang berada di tingkat atas berasa sedikit hairan siapa rakannya yang ingin bertemu dengannya hari itu. 

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now