𝓑𝓐𝓑 6

122 6 1
                                    

Setelah selesai majlis akad nikah yang berlangsung di masjid yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat. Mukhriz dan Arieshah memilih untuk bermalam di rumah keluarga Mukhriz kerana dekat dengan masjid yang menjadi tempat pasangan muda itu bernikah. Arieshah hanya mengikut sahaja keputusan Mukhriz kerana Arieshah sedar kini dia sudah bergelar isteri kepada jejaka tersebut dan dia tiada hak untuk membantah segala keputusan sang suami. 

"Mama, malam ni Aries tidur rumah mummy tau. Mama, jangan rindu Arie tauu. Hehehee..."Arieshah memberitahu ibunya bahawa dia akan bermalam di rumah mertuanya. Arieshah sengaja menyakat ibunya supaya jangan rindunya padahal dia yang akan merindui ibunya sehingga menangis kerana dia tidak pernah berpisah dengan ibunya.

"Eleh, jangan rindu dia konon. Buat apa mama nak rindu awak. Awak tu hah yang rindu mama. Silap hari bulan nangis-nangis sebab nak mama. Bertabah lah ye, Riz. Isteri Riz ni manja sikit." Puan Rohayu membalas gurauan Arieshah. 

"Baik, mama. Takpa, adik Riz pun manja juga macam Arie. Nanti pandai-pandai Riz jaga anak mama ni okayy. Mama jangan risau." Mukhriz membalas dengan mengeyitkan mata kepada Arieshah. Arieshah hanya membalas dengan menunduk wajahnya ke bawah.Sungguh, dia malu sekarang ni. Kalau ada along confirm kena sakat abis-abisan.

Arieshahmempunyai 4 orang abang. Mereka semua tidak tahu kejadian yang telah menimpa Arieshah kerana mereka semua sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri. Puan Rohayu dan Encik Muhammad Nazri memilih untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada anak-anak mereka yang lain kerana bimbang akan menganggu mereka yang sedang belajar dan ada yang akan menduduki peperiksaan akhir.


"Mamaaa, jangan cakap macam tu. maluu Arie" Arieshah berasa malu apabila ibunya menyakat dia di depan Mukhriz. Itulah dia seorang Nur Alayna Arieshah dia boleh usik orang, orang tak boleh usik dia. Nama pun anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. 

"Sudah-sudah ye. Arie, sekarang kamu dah jadi isteri orang. Kamu kena taat kepada suami kamu dan jangan melawan cakap suami kamu. Riz, kamu jaga anak ayah baik-baik. Dia satu-satunya anak perempuan ayah yang ayah ada. Bimbing dia, tegur dia jika dia buat salah. Jangan kamu sesekali naik tangan dekat dia. Sepanjang ayah jaga dia, ayah tak pernah naik tangan walau marah macam mana pun. Jangan sesekali naik tangan. Andai kamu tidak mampu lagi jaga dia pulangkan semula dekat ayah dengan cara yang baik seperti mana kamu ambil dia dari ayah. Janji dengan ayah, jaga Arieshah elok-elok jangan pernah sesekali pun kamu sakiti dia. Kalau tidak, kamu tahulah apa yang akan menimpa kamu jika kamu sakiti dia." Encik Muhammad Nazri berpesan kepada Mukhriz agar menjaga Arieshah dengan baik. Hanya tuhan yang tahu betapa berat hatinya melepaskan satu-satunya anak perempuannya yang selama ini dijaga bagai menatang minyak yang penuh. 

Arieshah yang mendengar akan nasihat itu tanpa sedar air matanya sudah mengalir. Hati Arieshah sangat berat untuk menerima statusnya yang kini sudah menjadi seorang isteri.Dan dia bukan lagi tanggungjawab ayahnya."Baik, ayah. Riz akan jaga Arieshah dengan baik sepertimana ayah dan mama jaga Arieshah. Riz tak janji akan jaga Arieshah dengan baik tapi Riz akan pegang segala kata-kata dan nasihat ayah sampai bila-bila." Mukhriz membalas dengan ikhlas dari hatinya.Dia tahu, kini dia sudah menggalas tanggungjawab suami pada usia yang muda dan perkara itu bukan boleh diambil mudah atau ringan bagi seseorang yang menggalas tanggungjawab itu. Jujur dari sudut hatinya, dia berasa amat gerun apabila ayah mertuanya memberi peringatan bahawa akan ada nasib malang jika dia menyakiti Arieshah. Dia akan sedaya upaya untuk menjaga dan mencintai Arieshah. 

Tiba waktu malam, di rumah keluarga Mukhriz. Mukhriz meminta diri untuk masuk ke dalam bilik tidur setelah siap makan malam bersama keluarganya dan mertuanya. Puan Rohayu yang melihat Mukhriz sudah naik ke bilik. Lantas, menyuruh Arieshah untuk mengikut Mukhriz masuk ke dalam bilik tidur.

 "Arie, Mukhriz dah masuk tidur dah tu. kamu buat apa masih duduk sini. Takpe,kemas-kemas ni biar mummy dengan mama yang kemas. Lagipun, bukan kami berdua je yang mengemas Mak Teh dengan Mak Som kan ada. Boleh tolong-tolong sekali. Kamu pergi naik." Puan Sri Mariam turut menyuruh Arieshah untuk masuk tidur. Dia tidak kisah kalau menantunya tidak membantunya mengemas kerana menantunya itu banyak sangat membantunya untuk siapkan segala hidangan malam ini."Betul tu kata mummy, Arie. Tak baik buat suami macam tu kena naik sama-sama." Puan Rohayu menegur Arieshah dengan lembut. 

"Baik, mummy , mama. Arie naik sekarang yaa." Arieshah hanya membalas dengan senyuman kedua-dua orang tuanya termasuk mertuanya hanya membalas senyuman yang menyakat. Sebelum dia kena bebel dengan lebih mendalam, lebih baik dia naik atas dulu.Arieshah berharap agar Mukhriz sudah tidur apabila dia tiba di dalam bilik nanti. Kerana dia sangat malu untuk masuk ke dalam bilik lelaki itu.Arieshah menguak pintu sedikit mahu memastikan yang Mukhriz sudah tidur. Akan tetapi,apabila Arieshah sudah membuka pintu untuk masuk ke dalam bilik Mukhriz, tiba-tiba tangannya ditarik dari arah belah kanan iaitu berdekatan dengan tandas. Hampir terkeluar jeritan meru Arieshah apabila tangannya tiba-tiba ditarik secara mengejut. Mukhriz yang menarik tangan Arieshah menyedari akan hal tersebut. Lantas menekup mulut Arieshah agar tidak mengeluar sebarang bunyi bimbang yang akan timbul syak wasangka yang aneh-aneh. 

"Ehhh kau nii. Diam sikit boleh tak? Aku bukan nak buat apa-apa pun dengan kau. Ke kau nak aku buat apa-apa, hmm?" ujar Mukhriz dengan senyuman gatal. Apabila keadaan kembali tenang, barulah Mukhriz melepaskan tangannya daripada menekup mulut Arieshah."Awak niii dah kenapa, hah?? Tiba-tiba je tarik tangan saya." Arieshah mula bersuara tidak berpuas hati kerana tiba-tiba tanganya ditarik tanpa dia bersedia. Sungguh Arieshah berasa geram dengan sifat selamba dan gatal Mukhriz. Dia tidak tahu mengapa Mukhriz tiba-tiba sahaja menarik tangannya secara mengejut. 

"Tak ada.. saje nak buat kau terkejut. Kelakar juga muka kau terkejut tadi. HAHAHA" kata Mukhriz dengan sisa tawa yang masih ada. Dia tiada niat sebenarnya mahu buat Arieshah terkejut. Niatnya nak bergurau sahaja tidak sangka sampai terkejut sekali budak tu."Ishhh awak ni kannn. Benciii lahh saya cakap dengan awak nii." Arieshah membalas dengan nada merajuk. Masakan tidak, dia berfikir bahawa Mukhriz sudah selamat tidur diatas katil belum sempat dia hendak menutup pintu tiba-tiba tangannya ditarik mana tak terkejut. Kalau dia ada sakit jantung pasti dia jalan. Tak pasal-pasal Mukhriz sudah jadi duda pada usia yang muda ini. 

"Alololo, merajuk pula baby girl ni. Sorry, okay. Aku tak sengaja. Aku ingat nak bergurau je.Tak pasal-pasal terkejut pakej dengan hampir gigit tangan aku yang hensem ni. Nasib tak gigit." ujar Mukhriz cuba memujuk Arieshah yang sudah seperti mahu merajuk itu. 

"Awak ni, kalau nak bergurau pun. Jangan lah sampai saya terkejut. Kalau saya ada masalah jantung tadi kan dah jalan tu. Tak pasal-pasal awak jadi duda muda pula. Suka lahh awak kan?" ujar Arieshah sambil memucungkan mulutnya seperti itik. Sungguh, dia sangat terkejut hampir terkeluar jantung dia. Dah lah dia ni mudah terkejut. Kalau ada abang-abang dia ni sudah tentu suka membuat dia terkejut. 

"Sorry, okay. Janji tak buat lagi dah." ujar Mukhriz sambil menunjukkan jari promise kepada Arieshah. Arieshah hanya mengangguk dan terima huluran janji itu.

....

"Awak, bangun. Dah nak subuh dah ni." Arieshah mengejutkan Mukhriz agar bangun kerana sudah hampir nak masuk waktu subuh. Arieshah pagi-pagi lagi sudah bangun dan terus pergi ke tandas. Entah angin apa, dia tiba-tiba bangun pagi. Mungkin suasana bilik ini suasana yang agak berbeza daripada rumahnya. Arieshah kalau tidak biasa dengan suasana yang agak lain daripada rumahnya memang dia akan bangun awal dan senang bangun tanpa dikejut. 

"Hmmm....okay. Dah bangun dah." ujar Mukhriz dengan mata yang masih terpejam rapat.Sebenarnya, dia sudah lama bangun daripada Arieshah. Sengaja nak buat-buat tidur nak tengok sejauh mana Arieshah akan mengejutnya. 

"Bangun apanya tu mata masih terpejam tuu. Muhammad Mukhriz Aryan bangun sekarangg. Jangan sampai saya siram awak dengan air panas. Baru awak tahu betapa garangnya saya." Ujar Arieshah dengan penuh kesabaran. Arieshah tidak sedar bahawa Mukhriz sengaja buat-buat tidur. 

"Okay, sayang saya. Saya dah bangun dah ni." ujar Mukhriz sambil menayangkan senyuman yang dibuat-buat comel. Dia fikir comel lah tu. dengar Arieshah menyebut nama panjangnya baru nak buka mata yang diuat-buat terpejam tu.Gulp...Arieshah yang mendengar Mukhriz memanggilnya sayang terus merah padam mukanya. Dari semalam lagi dia perasan akan panggilan sayang itu. Tetapi, dia endahkan sahaja kerana dia berfikir yang Mukhriz tak maksudkan langsung. Bila dah lebih sekali, dahlain macam. 

"Dah-dah bangun. Awak pergi amik wuduk saya nak bentangkan sejadah." ujar Arieshah yang sudah bersedia untuk mengambil sejadah untuk dibentangkan mengikut arah kiblat."Baik, sayang saya nii. Saya pergi dulu ya." Ujar Mukhriz sambil menayangkan senyuman yang paling manis buat isterinya yang comel ni.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now