"Apa kamu berdua buat dalam bilik stor nii?!" Tanya cikgu Azhar dengan nada yang penuh amarah. Masakan tidak marah apabila didapati ada pelajar yang berdua-duaan dalam bilik stor.
"Cikgu, cikgu salah faham. Kami berdua tak ada buat apa-apa pun dalam bilik ni." Mukhriz membalas dengan tenang seperti tiada apa yang serius berlaku sedangkan Arieshah sudah berasa ketakutan yang amat. Dia takut berita ini akan sampai ditangan mama dan papa dia. Mama Dan papa dia mesti berasa kecewa dengan dia apabila tahu akan berita ini.
"Betul, cikgu. Kami berdua tak ada buat apa-apa pun dalam bilik ni. Kami diperengkap." Arieshah mula membuka mulut untuk membela maruah dirinya dan Mukhriz. Namun, semuanya sia-sia cikgu Azhar dan cikgu-cikgu lain tidak percaya akan hal tersebut.
"Apa-apa alasan yang kamu berdua cuba bagi. Saya tidak akan terima!!" Kat cikgu Hamid dengan nada yang tegas.
"Esok cikgu nak berjumpa dengan ibu kamu berdua. Tiada bantahan!!" Kata cikgu Azhar kepada dua pelajar itu.
"Sudah, sekarang cikgu mahu kamu berdua balik ke khemah masing-masing. Esok jumpa cikgu di bilik pejabat selepas tamat sesi perkhemahan. Tiada bantahan!!" Kata cikgu Azhar selaku pengetua SMK Raja Laut.
.....
Muka Arieshah sudah lencun dengan air mata. Dia tidak berhenti menangis sedari tadi. Dia sangat takut jikalau semua orang tahu akan masalah ini pasti dia akan mendapat malu. Dia tidak tahu mengapa benda sebegini terjadi kepada dia.
"Wey, Arie. Kau pergi mana semalam. Penat kitaorang cari kau." Kata Kasih yang baru sahaja bangun dari tidur. Kasih dengan Alyssa tidak tahu apa yang telah berlaku kepada sahabat mereka itu.
"Eh, Kasih." Arieshah terus mengelap matanya yang penuh dengan air mata tadi apabila menyedari Kasih sudah terjaga dari tidurnya.
"Kenapa kau menangis? Kau okay tak?" Tanya Kasih dengan nada yang risau. Jarang Kasih melihat Arieshah menangis seteruk ini. Sebelum ini Arieshah tidak pernah menangis seteruk ini.
"Aku okay je. Tak ada apa-apa lah. Mata aku ni hah masuk habuk." Arieshah membalas dengan senyuman yang cuba dimaniskan. Dia tidak mahu Kasih mahupun Alyssa mengetahui apa yang telah terjadi kepada dirinya. Dia berasa sangat malu. Dia Belum siap untuk ceritakan semua yang terjadi antara dia dengan Mukhriz kepada Kasih.
"Kau tak yah tipu aku. Kau cerita dekat aku sekarang siapa yang buat kau menangis. Kau, sebelum aku cari tahu sendiri baik kau cerita dekat aku. Kau ingat kau pendam sorang-sorang dapat selesaikan masalah ke. Hah? Nur Alayna Arieshah?? Cerita dekat aku sekarang." Kata Kasih dengan memberi amaran dan mecuba memaksa Arieshah ceritakan apa yang telah terjadi. Selagi dia tidak puas selagi itu dia akan memaksa Arieshah ceritakan apa yang telah terjadi.
"Okay-okay aku cerita. Sebenarnya, aku kena tangkap khalwat dengan Mukhriz puas hati kau?? Itu yang kau nak dengar, kan? Kau tahu tak aku maluu. Aku malu nak cerita dekat kau dekat Alyssa. Kau tak tahu apa yang aku rasa, Kash. Kau tak paham dan tak akan pernah faham. Sebab kau tak kena." Arieshah meluahkan segala yang terbuku di dalam hati sambil memecah tangisan yang agak sedikit kuat. Dia tidak sanggup lagi untuk pendam semuanya seorang diri.
"Allah...Arie. Maaf, aku tak tahu apa yang terjadi dekat kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak tahu. Dah-dah kau jangan nangis. Aku ada sentiasa dengan aku. Alyssa pun akan selalu ada untuk kau. Kau tak akan keseorangan, Arie." Kasih mecuba meredakan tangisan Arieshah. Dia faham akan perasaan gadis itu. Jika, dia berada di tempat gadis itu pasti benda yang sama yang akan dia lakukan atau mungkin bahkan lagi teruk.
"Macam mana kau boleh kena tangkap dengan Mukhriz." Kasih bertanya selepas melihat Arieshah sudah semakin reda. Dia tidak mahu terlampau menekan Arieshah. Jika Arieshah tidak mahu menjawab, dia faham.
"Semalam aku teman Alyssa cari dompet dia. Aku tunggu dekat luar. Alyssa masuk dalam tandas. Dia kata mungkin dia akan lama sikit. Sebab dia nak membuang dah alang-alang pergi tandas. Aku tunggu punya tunggu dekat luar. Tiba-tiba aku rasa macam ada yang tengah memerhati aku. Aku dah rasa seram sejuk dah time tu. Belum sempat aku nak buka langkah lari. Mulut aku kena tekup dengan kain. Pastu, aku pengsan aku dah tak ingat
apa-apa dah." Arieshah menceritakan apa yang telah berlaku kepada dia. Kasih khusyuk mendengar cerita Arieshah.
"Yang aku ingat, aku bangun-bangun Mukhriz ada dekat depan mata aku. Aku tak tahu macam mana aku bole berdua dengan dia. Sumpah weh, aku tak buat benda terkutuk tu pun. Aku dianaya." Arieshah menyambung ceritanya sambil menangis-menangis apabila teringat akan kejadian malam itu.
"Ye-ye aku tahu kau tak buat benda terkutuk tu. Aku percayakan kau. Aku kenal kau macam mana. Dah-dah jangan menangis kang terjaga kejap lagi budak Alyssa itu." Kasih cuba memujuk Arieshah yang sudah mengeluarkan air mata yang semakin lebat itu.
....
Keesokan hari, selepas tamat sahaja perkhemahan itu. Arieshah dan Mukhriz datang ke pejabat atas arahan Cikgu Azhar. Sampai sahaja, di pejabat Arieshah terkejut apabila melihat ibu bapanya yang sudah berada di pejabat. Dia terus berlari ke arah ibu bapanya dan terus memeluk kedua-duanya sambil menangis terisak-isak di dalam dakapan ibunya iaitu, Puan Rohayu.
"Mama, Arie tak buat mama. Sumpah Arie tak buat benda terkutuk tu." Ariesha terus menerus mengatakan benda yang sama sehingga dia sudah kelelahan.
"Iya, sayang. Mama percaya anak mama ni. Tapi, kita kena ikut apa yang pihak sekolah tentukan. Kalau tak, kamu akan digantung atau dibuang." Puan Rohayu membalas sambil mengusap badan belakang anak perempuannya. Dia turut jatuh kasihan melihat keadaan anaknya sekarang.
"Pihak sekolah tentukan? Tentukan apa, mama?" Arieshah bertanya bertalu-talu kepada Puan Rohayu.
"Pihak sekolah suruh korang berdua berkahwn. Kalau tak, kamu akan dibuang sekolah. Mama minta maaf, sayng. Mama dah cuba berbincang dengan cikgu. Tapi, keputusannya masih sama." Puan Rohayu memberitahu anaknya tentang hukuman yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anaknya itu.
"Apa nama kamu? Mana mak ayah kamu?" Encik Nazri bertanya kepada Mukhriz. Dia sendri terkejut dengan apa yang telah berlaku kepada anaknya.
"Nama saya, Muhammad Mukhriz Aryan. Mak ayah saya belum sampai lagi. Mereka bekerja. Mungkin sekejap lagi akan sampai. Maaf bertanya, nama pakcik?" Mukhriz menjawab dengan penuh sopan. Jauh dari sudut hatinya dia agak gugup apabila bercakap dengan bapa kepada Arieshah.
"Ouhh. Nama pak cik Nazri. Panggil je Ayah." Balas Encik Nazri dengan senyuman. Dia sengaja nak test anak muda dihadapannya ini.
"Maafkan, pakcik ya nak. Pak cik sengaja nk test kamu." Kata Encik Nazri kepada Mukhriz. Dia tahu bahawa Mukhriz takut akan kepadanya. Dia tiada niat mahu marah dengan Mukhriz. Dia sudah tahu tentang cerita sebenar. Bagi dia, Mukhriz tidak salah.
"Takpe-takpe, pakcik. Pakcik, pasal ni. Saya nak minta maaf sangat-sangat dekat pakcik dengan makcik. Saya janji saya akan bertanggungjawab." Mukhriz membalas dengan tenang dan penuh yakin. Dia yakin dengan keputusannya.
Dia akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada Arieshah dan dia. Encik Nazri dan Puan Rohayu kedua-duanya terkejut dengan apa yang Mukhriz katakan sebentar tadi. Termasuklah Arieshah, dia agak terkedu dengan apa yang Mukhriz katakan tadi. Dia dengan Mukhriz? Kahwin? Kahwin muda? Dia tidak pernah terbayangkan perkara sebegini berlaku. Tak terlintas di fikiran dia yang dia akan berkahwin diusia yang agak muda.
"Betul ke apa yang kami dengar ni, Mukhriz?" Encik Nazri menanyakan kepada Mukhriz tentang apa yang Mukhriz katakan tadi. Dia mahu Mukhriz serius dengan kata-katanya. Benda ni bukan boleh dibuat main-main. Ianya melibatkan masa depan anak perempuannya.
"Saya serius dengan apa yang saya katakan tadi. Saya akan bertanggungjawab. Saya akan berkahwin dengan Arieshah." Mukhriz membalas dengan serius, dia tidak main-main dengan kata-katanya.
"Mukhriz, awak biar betul dengan apa yang awak cakap ni." Arieshah mula membuka mulut. Dia sendiri agak terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Mukhriz. "Saye betul-betul. Saya tak main-main. Lagipun, perkara ni bukan boleh dibuat main-main. Ianya melibatkan masa depan. Saya dah fikir masak-masak." Kata Mukhriz dengan serius.
"Maaf, kami datang lambat." Ibu bapa Mukhriz sudah tiba di pejabat. Tan Sri Nazim melihat anaknya seperti riak biasa. Kebetulan cikgu Azhar dengan guru yang lain sudah tiba. Lalu, cikgu Azhar memberitahu perkara yang sebenar. Ibu bapa Mukhriz agak terkejut.
"Kalau macam tu, kami setuju je apa yang pihak sekolah cadangkan." kata Tan Sri Nazim kepada Cikgu Azhar. Tan Sri Nazim tahu ini bukan salah anaknya. Dia tahu ini mesti kes aniaya. Dia tidak tahu siapa yang dengki akan anaknya dengan gadis dihadapannya. Jatuh kasihan dia melihat gadis itu. Sudah sembap matanya. Pasti, terlalu banyak sangat menangis.
"Apa nama kamu?" Puan Sri Mariam, ibu kepada Mukhriz mula bertanya dengan lembutkepada Arieshah. Jatuh kasihan dia melihat anak gadis dihadapannya ini. Sudahlah cantik orangnya. Siapalah agaknya yang mempunyai niat jahat terhadap gadis yang cantik ini.
"Nur Alayna Arieshah, Aunty." Arieshah membalas dengan perlahan. Dia agak takut dan malu apabila bercakap dengan ibu bapa kepada Mukhriz.
"Tak payah panggil Aunty-aunty. Panggil je mommy. Kamu kan dah nak jadi menantu mommy." Puan Sri Mariam membalas dengan senyuman. Berkenan sungguh dia dengan gadis yang bernama Arieshah ini. Dia sudah mula tertarik dengan Arieshah.
"Baik, Aun- . Maaf-maaf, mommy." Arieshah tersasul memanggil aunty semua yang berada disitu sudah tergelak lucu melihat kecomelan Arieshah yang tersasul itu. Berona merah sudah pipi Arieshah.
.......
"Hah, bila majlisnya?" Tanya Puan Sri Mariam kepada anak terunanya itu. Ketika ini mereka semua berada di rumah keluarga milik Encik Nazim. Mereka mahu berbincang tentang majlis Mukhriz dan Arieshah yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Nanti-nanti lah ye kita bincang. Mommy ni tak menyabar betul. Macam mommy pulak nak kahwin." Ujar Mukhriz dengan nada yang bergurau.
"Kalau macam biarlah mommy dengan mama Arieshah yang handle majlis kamu berdua. Kita nak buat besar-besaran ke nak bertutup?" Puan Sri Mariam sudah tidak sabar mahu menyiapkan majlis kahwin anak terunanya itu. Dia juga tidak sabar nak bermenantukan Arieshah.
"Kita buat bertutup je lah. Arieshah okay je, kan?" Mukhriz bertanya kepada Arieshah untuk meminta kepastian dari gadis itu.
"Arieshah okay je. Kita ajak orang yang terdekat." Arieshah membalas dengan lembut. Dia tidak mahu membuat besar-besaran. Dia tidak mahu orang lain tahu mengapa dia berkahwin awal.
"Okay. kalau macam tu kita buat dekat masjid lah senang. Setuju tak?" Puan Rohayu memberi cadangan.
"Ehh..okay sangatt. Asalkan dorang ni dinikahkan juga." Puan Sri Mariam membalas. Yang kaum lelaki hanya berdiam diri biarkan je lah orang wanita yang buat.
YOU ARE READING
ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀ
RomanceMuhammad Mukhriz Aryan x Nur Alayna Ariesha Dua remaja, yang ditangkap dalam situasi memalukan, terpaksa berkahwin awal demi menjaga maruah keluarga. Namun, pelbagai cabaran menyebabkan mereka terpisah selama tujuh tahun. Si isteri setia menunggu ta...