Ibu bapa Mukhriz dan ibu bapa Arieshah bercadang mahu bercuti di Pulau Langkawi sempena cuti sekolah pada minggu hadapan. Kesemua adik beradik Arieshah turut serta. Mukhriz dan Arieshah menerima cadangan itu dengan senang hati, tanpa banyak soal.
Beberapa minggu sebelum cuti sekolah bermula, Mukhriz dan Arieshah menetap di rumah keluarga Arieshah. Mukhriz tidak keberatan, malah dia berasa selesa berada di sana kerana peperiksaan SPMnya telah pun selesai, memberikan dia lebih banyak masa untuk berehat.
"Hubby okay ke kalau minggu ni kita tinggal dekat rumah mama dengan ayah?" tanya Arieshah lembut. Ada sedikit kerisauan dalam nada suaranya. Dia khuatir jika Mukhriz tidak selesa menginap di rumah keluarganya terlalu lama.Mukhriz tersenyum, lalu melangkah ke arah katil tempat Arieshah duduk. Dia menggenggam tangan kecil isterinya dengan erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan genggaman itu.
"Hubby okay je. Yang penting ada sayang di sisi hubby," jawabnya penuh keyakinan. Arieshah mengangguk perlahan sambil tersenyum lega.
"Okaylah kalau hubby cakap macam tu. Tapi, nanti lepas kita balik dari Langkawi, kita duduk rumah hubby pula, okay?"
"Kalau itu yang sayang nak, hubby ikut je," balas Mukhriz dengan nada tenang. Jujur, dia tidak kisah tinggal di mana sahaja, asalkan dapat bersama isterinya. Baginya, rumah Arieshah juga terasa seperti rumahnya sendiri.
"Okay lah, hubby. Sayang nak turun bawah. Nak tolong mama masak. Nanti sayang dah siap masak, sayang panggil hubby, okay?" ujar Arieshah sambil bangun dari duduknya. Mukhriz yang mendengarkan itu lantas bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Arieshah.
"Kalau macam tu, hubby pun nak turun lah. Nak sembang-sembang dengan abang Long ngan abang Ngah." ujar Mukhriz kepada Arieshah. Dia belum sempat lagi mahu berborak panjang dengan abang-abang iparnya. Dia dapat tahu bahawa isterinya ni mempunyai empat orang abang. Abang isterinya yang ke empat sahaja yang belum pernah dia berjumpa.
"Okay, hati-hati hubby." ujar Arieshah dengan lembut sambil melemparkan senyuman kepada suaminya. Mukhriz yang melihat senyuman cantik Arieshah pantas membalas senyumanan itu.
....
Di ruang tamu, Aqhar, Mukhriz, dan Aqmar sedang asyik bermain permainan Monopoly. Sambil menyusun strategi untuk mengalahkan satu sama lain, mereka berbual santai tentang masa depan dan hal-hal peribadi. Dalam suasana yang penuh tawa kecil dan persaingan, Aqhar dan Aqmar mula menanyakan lebih banyak soalan kepada Mukhriz untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.
"So, Mukhriz, kau ni ada berapa orang adik-beradik?" tanya Aqhar, matanya masih fokus pada papan permainan di hadapan mereka.
"Empat orang. Aku anak ketiga," jawab Mukhriz sambil tersenyum.
"Eh, kau asal mana sebenarnya?" giliran Aqmar pula menyoal sambil melontar dadu.
"KL. Memang lahir dekat sana. Umur aku lima tahun baru pindah rumah dekat Desa Mentari," jawab Mukhriz tenang. Beberapa soalan lain turut diajukan, termasuk tentang hubungan Mukhriz dengan Arieshah. Mereka ingin tahu sejak bila Mukhriz mengenali adik perempuan kesayangan mereka itu.
"Jadi, kau dah lama kenal adik aku ni?" tanya Aqmar, sekadar untuk memastikan jawapan Mukhriz. Nada suaranya serius, tetapi tidak terlalu tegang.
"Haah, dah lama. Since dia Form one lagi," jawab Mukhriz, kali ini dengan senyuman kecil dibibirnya. Kenangan lamanya bersama Arieshah muncul dalam fikirannya.
"Oh, patutlah," balas Aqmar sambil mengangguk. Dia kemudian menambah dengan nada selamba.
"Tapi, tak payah panggil aku 'abang ngah.' Rasa tua sangat, weh. Panggil je Aqmar." Mukhriz ketawa kecil sebelum menjawab,
YOU ARE READING
ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀ
RomanceMuhammad Mukhriz Aryan x Nur Alayna Ariesha Dua remaja, yang ditangkap dalam situasi memalukan, terpaksa berkahwin awal demi menjaga maruah keluarga. Namun, pelbagai cabaran menyebabkan mereka terpisah selama tujuh tahun. Si isteri setia menunggu ta...