𝓑𝓐𝓑 3

203 5 0
                                    

Tiba hari perkhemahan...
"Wey Arie, unit beruniform kita berbaris dekat mana eh?" Kasih bertanya Arieshah.

Cikgu sudah memaklumkan dimana barisan kadet polis perempuan. Tapi, Kasih sibuk sangat borak dengan Alyssa Umairah sampai tidak dengar apa yang cikgu sampaikan. Arieshah pula, tekun mendengar apa yang hendak disampaikan oleh cikgu.

"Hah tu lahh kau. Rancak sangat berborak dengan Alyssa. Korang dua ni kalau sehari tak borak memang tak sah." Marah Arieshah dengan nada yang
bersahaja. Sebenarnya, dia tidak marah pun kepada dua sahabatnya itu. Cuma, agak sedikit geram dengan perangai mereka yang suka sangat bercakap waktu cikgu tengah cakap.

"Ishh kau ni asyik membebel je macam cikgu Mawar. Lama-lama nanti kang berkedut macam cikgu Mawar. HAHAHA." Alyssa menjawab dengan bergurau. Alyssa ni budak baik je orangnya. Tapi, bila dah duduk semeja dengan Kasih memang macam tu lah jadinya. Asyik sembang je tak sembang, gosip. Tu je lah kerja dua ekor ni.

"Hah, menjawab-jawab. Asyik menjawab je kerja. Aku cakap bende betul, okay." Arieshah menjawab dengan nada yang tidak berpuas hati dengan Alyssa yang suka menjawab apabila dia menasihati. Bukan apa dia tak nak rakan-rakannya jadi orang yang tiada adab. Bercakap apabila cikgu tengah bercakap di depan.

"Dah-dah korang ni asyik gaduh je. Lyssa, pergi minta maaf dekat Arie. Betul lah tu apa yang Arie cakap tadi." Sampuk Kasih yang cuba untuk berhentikan perbalahan kecil antar Arieshah dengan Alyssa.

"Okay-okay, aku minta maaf eh, Aerie. Janji tak buat lagi dah. Promisee." Alyssa meminta maaf kepada Arieshah dengan seikhlas hati. Tiada paksaan dari mana-mana pihak.

"Okay, aku maafkan. Dah jom masuk barisan." Arieshah memaafkan Alyssa lalu menyuruh mereka untuk memasuki barisan yang telah diberitahu cikgu sebentar tadi.
...
"Wey, Lan. Mana dorang. Dah lenguh kaki aku dari tadi berdiri." Hayyan bertanya kepada Aqlan. Sebenarnya, mereka datang agak lewat sedikit disebabkan tu mereka dari tadi tercari-cari dimana barisan kadet bomba lelaki. Hayyan dengan Aqlan mereka pergi ke sekolah bersama-sama dengan menaiki motor Kawasaki Ninja 250R Aqlan.

"Kejap, aku dah nampak Ryan. Jom pergi dekat dorang." Kata Aqlan kepada Hayyan. Ryan nama gelaran bagi Muhammad Mukhriz Aryan mereka memanggil Mukhriz dengan nama Ryan. Mukhriz dengan yang lain sudah lama tiba di sekolah. Mereka berdua sahaja yang datang sedikit lewat.

"Yow, korang. Dah lama ke sampai? Sorry kitaorang lambat. Ni hah Yan lambat sangat siap. Kalah orang perempuan." Kata Aqlan kepada rakan-rakannya. Dia sebenarnya agak geram juga dengan Hayyan yang lambat sangat bersiap.

"Takda lah lama sangat. Biasa lah dah nama pun Hayyan Danish mana pernah siap on time." Thaqif membalas dengan nada yang bersahaja. Dia sudah lama berkawan dengan mereka termasuklah Hayyan. Dia sudah masak dengan perangai Hayyan yang selalu tak siap on time. Nasib bukan dia yang kena jemput Hayyan.

"Takpe lah korang duduk lah dulu. Kejap lagi cikgu akan panggil untuk berbaris." Ammar menyuruh Aqlan dan Hayyan duduk sebentar sebelum cikgu memberi arahan seterusnya. Aqlan dan Hayyan duduk di sebelah Daniel. Dengan selambanya Hayyan menyedut air lemon tea Daniel.

"Eh, kau sesedap masak cili api kau minum air aku. Siapa yang benarkan
kau minum air aku." marah Daniel dengan suara yang dibuat-buat seperti orang nak gaduh. Dia sudah masak dengan perangai Hayyan yang selamba minum air dia.

"Aku haus, aku minumlah. Sedap juga air kau ni. Kau beli dekat mana?" Hayyan membalas dengan selamba. Pelik, air kotak lemon tea pun dia kata sedap. Haus sangat dah tu. Daniel pula, kecik besar-kecik besar je dia tengok Hayyan. Sudah tinggal separuh je air dia.

"Amboii kau. Dah nak habis dah air aku. Kau ganti balikk. Dah lah datang lambat banyak songeh pulak. Cekik kau kang." Daniel membalas dengan muka yang tengah menahan geram. Mana tak geram dah nak habis air dia Hayyan minum. Dah lah dia baru minum satu sedut.

"Hehehee. Sorry, Dan. Aku haus sangat. Tadi dekat rumah aku tak sempat minum. Lan datang awal sangat." Hayyan membalas dengan suara yang dibuat-buat comel.

"Pale kau. Kau tu yang siap lambat sangat. Kalah orang perempuan. Aku dah lama tunggu kau dekat luar rumah kau. Nasib mak kau suruh aku masuk. Kalau tak, kau pergi sekolah jalan kaki." Aqlan membalas dengan nada yang tidak puas hati dengan tuduhan Hayyan. Hayyan sebenarnya ada motor bike sendiri tetapi rosak kena masuk bengkel. Itu sebab dia tumpang Aqlan pergi sekolah.

"Perhatian kepada semua peserta perkhemahan sila masuk barisan mengikut unit beruniform masing-masing." cikgu Salmah memberi arahan kepada peserta yang menyertai perkhemahan untuk masuk barisan mengikut unit berunifrom.

"Hah tu cikgu dah panggil. Jom masuk barisan." Mukhriz berhenti perbalahan kecil antara rakan-rakannya. Mereka berenam bangun dari tempat duduk mereka lalu mereka masuk barisan kadet bomba.
......
"Wey Rina, kau betul ke nak jalankan plan kau ni. Kau tak rasa kesian ke dekat Arieshah." Kata Riana Batrisya kepada rakannya iaitu, Balqis Erina. Balqis Erina dia menyukai Izzul Shah sudah lama dan dia memendam perasaan dalam diam terhadap Izzul Shah semenjak mereka sekolah rendah lagi. Tetapi, Izzul tidak menyukai Balqis. Izzul hanya menganggap Balqis sebagai kawannya. Balqis mengtahui bahawa Izzul memendam rasa terhadap Arieshah. Tetapi, Arieshah tidak tahu akan itu. Yang Arieshah tahu, dia cuma menganggap Izzul sebagai kawan sahaja tidak lebih dari sebagai kawan.

Balqis sangat berdendam dengan Arieshah. Kerana dulu mereka
berdua rapat. Tetapi, tidak sekarang. Kerana Balqis salah faham terhadap Arieshah. Balqis mengira bahawa Arieshah punca dia kehilangan kawan-kawan. Walhal, bukan salah Arieshah tetapi salah dirinya yang suka menyakitkan hati orang disebabkan itu kawan-kawannya menjauhi dirinya.

"Buat apa aku nak kesiankan betina tu dia yang punca segalanya. Gara-gara dia, kawan aku semua tak nak kawan aku. Gara-gara dia, Izzul suka dekat dia. Apa yang cantik sangat betina tu pun aku tak tahu. Aku lagi cantiklah daripada betina tu." Ujar Balqis dengan suara yang agak tidak berpuas hati dengan Arieshah.

Balqis merancang sesuatu yang tidak baik terhadap Arieshah. Sudah berkali-kali Riana menasihati Balqis. Tetapi, Balqis tidak mengendahkan sengala nasihatnya. Dia sudah buntu apa lagi yang harus dia lakukan untuk menghentikan Balqis daripada membuat kerja gila.

"Ikut kau lah, wey. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dekat kau ni. Keras kepala sangat. Kalah batu kau punya kepala tu." Riana sudah give up dengan perangai Balqis yang suka membuat sesuatu jahat kepada orang. Dia bukan apa, dia cuma kesiankan kepada Arieshah. Gadis itu tiada salah apa-apa pun. Ini semua hanyalah salah faham.

"Okay lah, wey. Daripada aku dengar kau membebel. Baik aku cau dulu. Buat taik telinga aku panas je." Balqis membalas dengan muka yang menjengkelkan. Dia sudah meluat dengan perangai Riana yang suka sangat mempertahankan Arieshah. Entah apa yang Arieshah hasut Riana pun dia tak tahu lah.

"Ehh, kau nak pergi mana-" Belum sempat Riana ingin membuka mulut, Balqis sudah hilang dari pandangan mata.
....
"Wey korang, best tak aktiviti tadi?" Izzul bertanya kepada Arieshah, Kasih dan Alyssa. Sebenarnya, dia mahi bertanya kepada Arieshah. Tetapi, nanti lagi dua orang tu pelik pulakalau dia bertanya kepada Arieshah seorang sahaja. Lebih sesuai dia bertanya kepada ketiga-tiga gadis tu.

"Bolehlah. Tak ada lah bosan sangat. Okay-okay je." Kasih membalas dengan sopan.

"Aku pun rasa benda yang sama. Tak ada lah bosan mana pun. Best je. Seronok!" Alyssa turut membalas dengan menyokong apa yang Kasih cakapkan.

"Kau Arieshah? Seronok tak aktiviti tadi?" Izzul bertanya semula kepada Arieshah sahaja. Selagi Arieshah tidak membalas, selagi tu dia akan tanya berulang kali.

"Okay je." Arieshah membalas dengan suara yang datar. Ketika Arieshah sedang mengelap kasutnya yang agak sedikit kotor akibat terkena lumpur semasa melakukan aktiviti di padang tadi.

"Alamak wey, aku rasa tertinggal dompet dekat tandas belakang lah. Siapa boleh teman aku ambil?" Kata Alyssa dengan nada yang agak sedikit cemas apabila menyedari dompet dia tiada di dalam poket seluar track suit dia.

"Takpe, Lyssa. Biar aku teman kau ambil dompet. Kasih, kau nak ikut kitaorang tak?" Arieshah mempelawa diri untuk menemani Alyssa untuk mengambil dompet di tandas belakang dimana tandas itu jarang sekali orang guna. Kerana tandas itu terletak di blok yang paling belakang sekali.

"Takpe lah korang. Korang pergi lah berdua. Aku nak rehat sekejap." Kasih membalas. Dia sudah betul-betul penat dengan segala aktiviti yang dijalankan tadi.

"Okaylah girls, aku nak kena balik khemah aku dulu. Dah malam dah ni. Hati-hati Lyssa, Arie. jangan lupa bawak lampu suluh. Dekat belakang tu gelap sikit." Izzul memberi pesanan kepada kedua rakannya itu agar berhati-hati ketika melalui kawasan di belakang sekolah.

"Okay, Izz. Tak yah risau lah. Kitaorang pergi berdua kut. Bukan sorang-sorang" Alyssa membalas dengan nada yang bersahaja. Izzul mengangguk faham lalu pergi meninggalkan khemah rakan-rakannya itu.

"Jom Lyssa. Nanti dah malam sangat. Bahaya." kata Arieshah kepada Alyssa.

"Okay, Arie." mereka berdua pun meninggalkan khemah dengan segera.
......
"Wey, korang. Aku nak pergi tandas sekejap." Mukhriz memberitahu rakan-rakannya.

"Okay, kalau kau lambat. Kitaorang masuk khemah dulu eh." Kata Thaqif kepada Mukhriz. Mereka kini, berada di kawasan yang agak jauh dari tapak perkhemahan mereka. Mereka berada di kawasan yang agak jauh dari tapak khemah mereka kerana ingin melepak sebelum tidur.

"Okay. Aku rasa, aku lama dekat tandas. So, korang nak gerak dulu. Geraklah dulu." Kata Mukhriz kepada rakan-rakannya. Sementara di satu situasi yang lain, Arieshah dan Alyssa sudah berada di depan tandas di mana dompet Alyssa tertinggal. Agak sedikit seram kalau pada waktu malam. Dan juga
sunyi kerana hanya ada mereka berdua sahaja yang berada di kawasan itu.

"Wey, Arie. Kau tunggu dekat luar tau. Biar aku sorang je yang masuk. Kau okay je, kan? Kalau kau rasa aku lama, kau masuk lr dalam, okay?" Kata Alyssa kepada Arieshah. Sebenarnya, selain dia mahu mengambil dompetnya dia mahu membuang air.

"Okay, wey. Jangan lama-lama tau." Arieshah membalas pertanyaan Alyssa.
Beberapa minit kemudian, Arieshah meraskan ada seseorang yang sedang memerhati kearahnya. Arieshah mula merasa tidak sedap hati. Dia memanggil Alyssa dari luar tandas.

"Wey, Lyssa. Lama lagi-." belum sempat Arieshah mahu menghabiskan
ayatnya, dia ditekup dari belakang oleh seseorang yang pasti orang itu adalah perempuan. Dia tidak dapat mengencam siapakah perempuan itu.
Arieshah pengsan kerana terhidu cecair kloroform. Arieshah ditekup dengan kain yang mengandungi cecair kloroform.

"Berat juga kau ni betina. Mesti banyak dosa ni." kata seseorang. Alyssa yang selesai membuang hajat terus keluar dan menyedari bahawa Arieshah telah
tiada di luar tandas. Alyssa mengira Arieshah sudah jalan dahulu dan meninggalkan dia kerana dia lama sangat dalam tandas. Dalam perjalan balik ke khemah, Alyssa mula merasa tidak sedap hati. Sampai sahaja di khemah, Alyssa disapa dengan Kasih yang baru terjaga dari tidurnya.

"Wey, Kasih. Kau ada nampak Arieshah tak?" Alyssa mula bertanya kepada Kasih tentang keberadaan Arieshah. Dia sudah merasa ada yang tidak kena.

"Bukan Arie dengan kau ke, wey?" Kasih membalas dengan wajah yang berkerut. Seingat dia, Arieshah tadi bersama dengan Alyssa pergi ke tandas belakang.

"Aku sakit perut tadi. Tu yang aku lama dalam tandas. Aku suruh dia tunggu aku dekat luar. Aku keluar-keluar je dia dah tiada. Aku ingat dia dah balik khemah." Alyssa memberi penjelasan kepada Kasih. Kasih sudah tidak keruan apabila mengetahui Arieshah sudah hilang.

"Allah... mana pula budak ni pergi. Takpe, kita cari dia dulu. Kalau tak jumpa, baru kita bagitahu cikgu. Okay?" Kasih memberi cadangan kepada Alyssa. Alyssa mengangguk perlahan. Lalu, mereka berdua mencari Arieshah bersama.
......
Mukhriz yang sudah keluar dari tandas, dia merasa ada yang memerhatinya dari jauh. Dia tidak pedulikan. Dia teruskan langkah menuju ke khemah dia. Sedang dia berjalan, dia merasa ada orang yang mengekorinya. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berada di belakang dia.
Pup..
Belum sempat dia menoleh, badan belakang dia di pukul oleh seseorang. Dia tidak dapat mengencam siapakah gerangan tersebut. Yang dia pasti seorang lelaki yang telah memukul nya.
......
Mukhriz tersedar dari pengsannya, dia menyedari dihadapannya terdapat seorang gadis. Matanya masih terpejam. Dia yakin gadis itu juga merupakan mangsa seperti dia. Dia tidak tahu apakah motif orang itu memperlakukan dia dan gadis ini sebegini.

Arieshah sudah mula sedar dari pengsannya. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia melihat ada seorang jejaka yang menjadi idaman satu sekolah.

"A-wak ni sia-pa?" dengan takut-takut arieshah bertanya kepada Mukhriz.

"Hey, jangan takut okay? Nama aku, Mukhriz. Aku orang baik. Nama kau apa?" dengan tenang Mukhriz menjawab pertanyaan Arieshah dia tahu bahawa gadis itu takut dengannya. Dia mula bertanya siapakah nama gadis di depannya itu.

"Nama saya, Arieshah. Macam mana-." Belum semput Arieshah mahu bertanya berlebihan pintu diketuk dengan kasar dari luar.
Tok-tok!

"Ada orang ke di dalam? Jawab saya sekarang, sebelum saya pecahkan pintu ini." kata salah seorang yang ketuk pintu itu. Mukhriz membuka pintu dengan perlahan. Maka, terpaparlah beberapa cikgu lelaki dan perempuan di bilik setor sukan itu. Arieshah yang mengintai siapa yang mengetuk pintu
dengan kasar itu lantas terkejut apabila melihat siapakah gerangan tersebut.


ᴍᴀᴀꜰ, ᴛᴇʀᴘᴀɴᴊᴀɴɢ ꜱɪᴋɪᴛ ʜᴇʜᴇ..
ᴛᴇʀʙᴀɴʏᴀᴋ ᴘᴜʟᴀᴋ ɪᴅᴇᴀ ʏᴀ..

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now