Setelah beberapa bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri di usia yang sangat muda, kini tiba masanya Mukhriz menghadapi peperiksaan SPM. Setelah berbincang dengan keluarganya dan keluarga Arieshah, Mukhriz memutuskan bahawa dia tidak akan selalu datang ke rumah keluarga Arieshah.
Jika dia datang pun sekali-sekala sahaja, itu pun hanya untuk melawat ibu bapa Arieshah dan Arieshah. Arieshah menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka. Dia memahami betapa pentingnya peperiksaan ini untuk masa depan Mukhriz, dan bahawa Mukhriz memerlukan lebih banyak masa untuk fokus pada pelajarannya. Walaupun jarang bertemu di luar, Arieshah tidak merasa terlalu sedih. Baginya, masih dapat melihat Mukhriz di sekolah sudah cukup untuk mengubati rindu. Dalam hati, Arieshah hanya mampu berdoa agar Mukhriz dapat belajar dengan baik dan cemerlang dalam peperiksaannya yang amat penting itu. Usia hanya muda setahun sahaja dari Mukhriz.
"Sayang, sayang okay je kan dengan cadangan hubby?" tanya Mukhriz lembut, matanya memandang penuh perhatian ke arah isterinya. Dia bimbang jika keputusannya akan membuat Arieshah berkecil hati.
"Kenapa hubby tanya macam tu?" balas Arieshah dengan kerutan kecil di dahinya, kehairanan dengan soalan suaminya yang dirasakan aneh.
"Yelah, sebab nanti hubby tak selalu datang melawat sayang. Hubby nak fokus untuk SPM" ujar Mukhriz, suaranya tenang tetapi penuh rasa bersalah. Arieshah tersenyum kecil, berusaha menenangkan hati suaminya.
"Sayang okay je, hubby.Tak payahlah risau. Lagipun, tahun depan giliran sayang pula ambil SPM. Dan mungkin masa tu, hubby dah sambung belajar jauh dari sayang. Siapa tahu, kan?" jawabnya panjanglebar, nada suaranya penuh keyakinan walaupun jauh di sudut hati, dia menyedari kemungkinan itu akan menjadi cabaran buat mereka berdua.Mereka berbual di laman taman rumah keluarga Arieshah, ditemani angin petang yang menenangkan.
"Hubby janji, hubby takkan sambung belajar jauh-jauh. Kalau dapat pun, hubby akan pastikan sayang ikut sekali," ujar Mukhriz dengan penuh keyakinan, matanya memandang tepat ke arah Arieshah.
"Hmmm... menarik bunyinya. Tapi tak apa lah, kalau hubby tak bawa sayang pun tak apa. Lagipun, hubby pergi jauh-jauh kan dengan niat nak belajar, bukan nak berfoya-foya. Betul tak?" Arieshah membalas dengan senyuman kecil, cuba mengusik Mukhriz.Mukhriz mengangkat kening, wajahnya tiba-tiba serius.
"Betul ke sayang tak nak ikut hubby kalau hubby belajar jauh?"
"Betullah. Sayang okay je. Tapi..." Arieshah mengubah nada suaranya, memberi amaran dengan gaya yang manja tetapi tegas,
"Hubby jangan sesekali menggatal nak cari lain.Mentang-mentanglah jauh dari sayang."Mukhriz ketawa kecil, kemudian menatap wajah isterinya dengan penuh kasih.
"No, hubby takkan cari lain. Tapi..." Mukhriz berhenti seketika, nadanya berubah lebih mendalam.
"Hubby tak boleh janji. Hubby hanya mampu berdoa agar Allah pegang hati hubby untuk terus setia dengan sayang, sampai akhir hayat hubby."Arieshah menatap dalam-dalam ke mata Mukhriz, seolah-olah mencari keikhlasan di sebalik kata-kata suaminya. Ternyata, setiap perkataan itu benar-benar lahir dari hati. Hati Arieshah tersentuh mendengar ungkapan Mukhriz.
"Hubby, tak payahlah kita fikir pasal benda ni sekarang. Hubby SPM pun belum jawab lagi. Tiba-tiba cakap pasal sambung belajar, dah macam esok pula nak perginya," ujar Arieshah sambil tersenyum kecil, cuba menceriakan suasana.
"Okay-okay, kita tutup cerita ni. Tapi, sayang... hubby nak tanya sesuatu, boleh?" ujar Mukhriz sambil menatap lembut wajah indah isterinya.
"Tanya apa tu? Tanya je lah. Kalau sayang tahu jawapannya, sayang jawab," balas Arieshah dengan senyuman manis, matanya memandang Mukhriz penuh minat.
![](https://img.wattpad.com/cover/379176991-288-k963680.jpg)
YOU ARE READING
ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀ
RomanceMuhammad Mukhriz Aryan x Nur Alayna Ariesha Dua remaja, yang ditangkap dalam situasi memalukan, terpaksa berkahwin awal demi menjaga maruah keluarga. Namun, pelbagai cabaran menyebabkan mereka terpisah selama tujuh tahun. Si isteri setia menunggu ta...