𝓑𝓐𝓑 5

155 5 0
                                    

"Okay lah kalau macam tu. Tema kita nak buat tema apa?" Puan Rohayu membalas.

"Kalau yang tu kita kena tanya orang yang kahwin ni. Kamu beruda nak tema apa?" PuanSri Mariam membalas. Dia tidak mahu memandai membuat tema ikut hati dia. Takut nanti tiada yang tidak bersetuju. Jadi, lebih baik dia bertanya kepada orang yang nak berkahwin.

"Hmm, kalau Arieshah, Arieshah nak tema putih. Mama dengan mommy okay, kan? Mukhriz pun okay, kan?" Ariehsha membalas pertanyaan bakal ibu mertuanya. Sebenarnya, dia teringin nak buat tema warna putih untuk majlis akad nikahnya.

"Kami okay je. Mukhriz?" Puan Sri Mariam membalas dengan senyuman. Dia ikutkan sahaja apa yang bakal menantunya mahu. Asalkan semua bersetuju dia sudah senang.

 "Mukhriz okay je. Mukhriz serahkan segalanya pada Arieshah. Mukhriz tak kisah nak pakai tema apa. Asalkan jangan warna pink sudah." Mukhriz membalas dengan bergurau.

"Okay kalau macam tu kita buat warna putih." Puan Rohayu memberi kata putus."Sebelum, kamu sekeluarga mahu pulang. Jemputlah makan tengah hari. Bibik saya dah siap masak dah tinggal hidang je." Puan Sri Mariam mempelawa bakal besannya untuk menjamu selera di rumahnya. Sedari awal pagi lagi dia sudah pergi ke pasar bersama Mukhriz untuk masak tengah hari buat tetamu yang akan datang ke rumanya. Dia membeli barang-barang keperluan memasak lantas meminta tolong pembantu rumahnya, Mak Yah untuk memasak hidangan istimewa buat tetamunya. Ariana pagi-pagi lagi sudah ke sekolah bagi menghadiri kelas taekwondo.

"Baiklah kalau macam tu. Kami sekeluarga makan disini. Buat susah-susah sahaja." Puan Rohayu membalas. Dia agak segan untuk menerima ajakan bakal besannya itu.

"Kalau macam tu. biar Arieshah tolong mommy hidangkan makanan" kata Arieshah kepada Puan Sri Mariam. Puan Sri Mariam hanya menangguk lalu tersenyum melihat bakal menantunya.

.....
"Mukhriz, nanti esok teman mama pergi beli cincin untuk Arieshah" Kata Puan Sri Mariam kepada anak terunanya."Baik, mama." Mukhriz membalas dengan sopan. Memandangkan esok telah bermulanya cuti sekolah penggal satu. Mereka memilih untuk membuat majlis akad nikah pada cuti sekolah. 

"Mama, Aria nak ikut juga." Kata Ariana kepada ibunya. Dia tidak tahu mahu buat apa dirumah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mengikut ibu dan abangnya pergi membeli cincin untuk bakal kakak iparnya."Boleh, sayang." Puan Sri Marian membalas dengan senyuman. Dia lagi senang kalau anak bongsunya itu ikut sekali.

.....

"Aria, esok kamu pergi tengok baju pengatin dengan Mukhriz ya. Cincin kahwin Mukhriz dah beli. Tinggal nak beli hantaran. Alang-alang tengok baju pengantin. Pergi sekali beli barang hantaran." Kata Puan Rohayu kepada anak perempuannya. Puan Rohayu mempunyai 5 orang anak. Arieshah merupakan satu-satunya anak perempuan dan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Keempat-empat abang Arieshah tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Arieshah kerana mereka sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri. Abang Arieshah yang pertama, kini sedang melanjutkan pelajaran di UK. Arieshah sangat rapat dengan abang-abangnya yang lain terutama abang sulongnya.

"Baik, mama" Arieshah membalas. Dia sebenarnya agak malu untuk keluar berdua bersama Mukhriz.Puan Rohayu yang tahu anak perempuannya itu malu untuk keluar berdua dengan Mukhriz. Lalu, dia berkata "Jangan risau, Ada adik perempuan dia sekali." Kata Puan Rohayu kepada Arieshah."Mama ni macam tahu-tahu je orang tengah pikir pasal tu." Arieshah membalas dengan nada yang dibuat-buat garang. Lalu, Puan Rohayu sudah tergelak melihat anaknya itu.

"Mestilah mama tahu. Mama dah makan garam dulu sebelum kamu." Puan Rohayu membalas dengan nada yang sengaja mahu mengenakan anaknya itu. 

.....
Dengan sekali lafaz Nur Alayna Arieshah sudah sah bergelar isteri kepada Muhammad Mukhriz Aryan. Dan disaat itu, air matanya sudah jatuh entah kali keberapa. Dua sahabatnya cuba menenangkan dia. Alyssa sudah tahu tentang apa yang berlaku kepada Arieshah. Arieshah sendiri yang beritahu tentang kejadian yang menimpanya. Arieshah memberitahu atas desakan kasih yang tidak mahu hubungan persahabatan itu retak. 

"Lepas ni kau nak tinggal mana?" Alyssa bertanya kepada Arieshah. Ketika itu mereka bertiga sedang menjamu beberapa mencuci mulut sambil menanyakan tentang rancangan Arieshah selepas berumah tangga pada usia yang muda. 

"Lepas ni aku duduk rumah parents aku la. Nak duduk rumah siapa lagi. Tapi, hari minggu jela aku balik rumah Mukhriz. Hah gituww." Arieshah membalas pertanyaan Alyssa. Dia sudah berbincang dengan Mukhriz tentang ini selepas akad nikah tàdi.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now