"Adik, pergi naik tukar baju lepas tu solat. Nanti turun bawah, kita makan sama-sama, ya.Bang chik dah masak makanan tengah hari dah." ujar Aisar kepada Arieshah sambilmeletakan kunci kereta di tempat letak kunci kereta. Aisar sangat pandai dalam babmasak-masak ni. Antara abang Arieshah yang pandai buat kerja-kerja dapur dan masak.Yang lain semua kelaut. Tahu makan sahaja.
"Baik, bang chik." Arieshah membalas dan terus menaik tangga. Arieshah sangat bersyukurmempunyai abang seperti Aisar kerana dia tidak perlu memeningkan kepala untuk makanapa tengah hari ni.
Setelah selesai solat, Arieshah mencapai telofon bimbitnya. Lalu, membuka aplikasi'whatsapp'. Dia mahu bertanya khabar tentang Mukhriz. Sihatkah suaminya itu?
ARIESHAH: Assalamualaikum.Hubby sihat?Hubby dah makan?
Setelah menekan butang 'send'. Arieshah pun turun bawah untuk makan tengah haribersama abangnya.
Di situasi yang lain, Mukhriz hanya melihat sahaja message yang diberikan oleh Arieshah.Tiada niat mahu membalas. Dia perlu menenangkan dirinya sebelum berhadapan dengangadis itu. Jujur, dia sangat cemburu apabila melihat lelaki lain yang menarik tangan isterinya.Dia agak kecewa apabila melihat Arieshah hanya membiarkan sahaja.
"Abang Riz okay? Abang Riz ada masalah ke?" ujar Ariana yang baru turun ke bawah diamelihat muka abangnya seperti ada masalah. Jadi, dia mengambil keputusan untukmenanyakan tentang keadaan abangnya.
"Tak ada apa-apa. Abang Riz okay je. Adik tak pergi sekolah agama ke?" Mukhriz membalasdengan nada yang biasa. Dia tidak mahu adiknya tahu yang dia sedang dalam keadaanyang tidak baik-baik sahaja.Mukhriz berasa hairan kerana melihat adik perempuannya itu tidak memakai seragamsekolah walhal sekarang sepatutnya adiknya itu berada di sekolah agama untukmempelajari agama. Malah, sebaliknya. Adiknya hanya memakai baju duduk rumah yangberlengan pendek.
Pagi tadi, Ariana pergi ke sekolah kebangsaan dihantar oleh Puan SriMariam. Dan, pulang dijemput oleh Tan Sri Nazim.
"Hari ni adik tak pergi sekolah agama sebab adik tak berapa nak sihat." Ariana membalassambil berjalan menuju ke dapur. Lalu, mengambil air jarang dan menuang ke dalam gelas.Mukhriz yang melihat adiknya pergi ke dapur. Terus bergegas ke dapur. Dan melihatkeadaan adiknya yang dikatakan tidak berapa sihat. Hanya mahu memastikan bahawaadiknya betul-betul tidak sihat ataupun sengaja memberi alasan agar tidak pergi ke sekolahagama pada petang hari.
"Iya ke tak sihat? Meh abang Riz rasa dahi tu sekejap." ujar Mukhriz dengan meletakkantangannya di dahi adik perempuanya. Panas. Itu yang dirasakan oleh Mukhriz. Tahulah diaadiknya itu berkata benar dan tidak bohong. Ariana hanya membiarkan sahaja abangnyameletakkan tangan di dahinya.
"Panasnya dahi adik. Dah makan ubat belum? Mummy dengan daddy dah tahu belum? Dahmakan tengah hari?" Mukhriz bertanya kepada Ariana sudah makan ubat atau belum. Arianahanya menggelengkan kepala sahaja. Melihat gelengan adiknya lantas Mukhriz mencapaikotak ubat-ubatan dan mengambil ubat demam lalu, memberikan ubat tersebut kepadaadiknya.
"Mummy dengan daddy dah tahu dah. Adik dah makan tengah hari sebelum abang Riz baliktadi." Ariana membalas pertanyaan abangnya. Dia sudah rasa tidak sedap badan waktulepas rehat di sekolah.
"Okay, lepas makan ubat ni. Adik naik, terus rehat okay. Nanti petang kita pergi klinik kalaudemam tak kebah-kebah lagi." ujar Mukhriz sambil menyimpan semula ubat yang dia ambiltadi.
"Baik, abang Riz." Ariana membalas dan terus menaiki atas dan menuju ke biliknya dambildipimpin oleh Mukhriz.
....
Sudah lewat malam namun, Mukhriz masih tidak membalas message Arieshah. Arieshahberfikir mungkin Mukhriz terlalu sibuk sehingga tidak membalas messagenya. Lalu, Arieshahmelelapkan matanya. Namun, tidak dapat dilelapkan. Singkat kata, matanya tidak bolehtutup. Dia sangat mengantuk dan matanya tidak memberi kerjasama. Akhirnya, diamembuat keputusan untuk mengambil satu novel di rak bukunya dan membaca noveltersebut. Lama-kelamaan kantuknya kian terasa lalu Arieshah menutup buku tersebut lalumeletakkan semula di tempat yang dia ambil tadi. Dan dia dapat tidur dengan lena.
YOU ARE READING
ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀ
RomanceMuhammad Mukhriz Aryan x Nur Alayna Ariesha Dua remaja, yang ditangkap dalam situasi memalukan, terpaksa berkahwin awal demi menjaga maruah keluarga. Namun, pelbagai cabaran menyebabkan mereka terpisah selama tujuh tahun. Si isteri setia menunggu ta...