𝓑𝓐𝓑 11

92 6 1
                                    

BUKKK!!! 

Belum sempat Aisar membuka mulut. Ada tangan yang menumbuk mukanya. Baru sahaja tangan Mukhriz ingin menumbuk Aisar sekali lagi. Tiba-tiba suara jeritan Arieshah kedengaran. 

"STOPP!!!" Jerit Arieshah sekuat hati. Lantas, berlari ke arah abangnya. Dan melihat kesan luka di bibir abangnya. 

"Apa awak buat ni, Mukhriz? Hahh?!!" Arieshah bertanya kepada Mukhriz dengan nada yang penuh amarah. Masakan tidak, abangnya tiada salah apa-apa pun tiba-tiba sahaja kena penumbuk dengan Mukhriz. 

"Kau bela dia? Kau sanggup marah aku semata-mata dia? Aku ni siapa kepada kau? Hah, Arieshah??! Jawab!!" berang Mukhriz apabila Arieshah membela lelaki itu. Sakit sungguh hatinya apabila melihat Arieshah lebih memilih untuk membela lelaki itu berbanding dirinya. 

"Memanglah saya bela dia daripada awak. Sebab dia abang saya." ujar Aireshah kepada Mukhriz. Mukhriz yang dengarkan itu tergamam. Dia sudah menumbuk abang iparnya. 

"Adik, jangan marah-marah. Bang chik okay je lah." ujar Aisar kepada adiknya. Dia tidak mengenali lelaki yang menyerangnya secara tiba-tiba. Dia tahu yang lelaki itu tidak mempunyai niat jahat terhadap adik perempuannya. Melalui mata lelaki itu, dia boleh tahu bahawa lelaki itu orang yang baik-baik. Walaupun dia sudah ditumbuk oleh lelaki tersebut. 

"Ye lah tu bang chik okay. Dah jom bangun. Awak, Mukhriz masuk dalam ada benda yang saya nak bagitahu awak." Arieshah berkata dengan nada yang tegas. Sakit hatinya melihat abangnya luka-luka. Sudahlah yang buat abangnya luka itu adalah suaminya. 

"Kau tercegat apa lagi dekat situ. Adik aku suruh masuk. Ada benda aku nak tanya kau.Tapi, bukan dekat sini. Dekat dalam sana." ujar Aisar kepada Mukhriz dengan nada yang tegang. Ingin sahaja dia membalas tetapi, tidak sampai hati pula. 

"Baik, bang. Maaf saya tertumbuk muka abang. Saya tak tahu yang abang ni abang kepada Arieshah." ujar Mukhriz kepada Aisar. Serba salah rasanya. Aisar yang mendengarkan itu hanya mengangguk sahaja. 

Masuk sahaja ke dalam rumah, Arieshah lantas mengambil air batu untuk menuam di bahagian yang luka di muka abangnya. Sementara Arieshah merawat abangnya yang terluka itu. Aisar bertanya kepada Mukhriz apa hubungannya dengan adiknya. 

"Mukhriz. Nama kau Mukhriz, ya?" Aisar mula membuka mulut. Arieshah sudah pergi ke dapur semula. 

"Ya. Nama saya Mukhriz." ujar Mukhriz kepada Aisar. 

"Nama aku Muhammad Aisar Ashrah. Panggil Aisar je. Tak yah saya-awak bagai dengan aku. Geli pulak aku. Macam gay. Aku nak tanya kau apa hubungan kau dengan adik aku?"ujar Aisar terus ke tujuan utama perbualan ini. 

"Aku suami adik kau." ringkas, padat, singkat jawapan Mukhriz mampu membuatkan Aisar melopong tidak percaya. Kebetulan adiknya sudah keluar dari dapur. Dia melihat adiknya dan meminta penjelasan tentang kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan dari mulut Mukhriz. Arieshah yang mendengar jawapan yang keluar dari mulut Mukhriz itu tanpa sedar air matanya sudah jatuh dengan lebat. Kerana tidak mahu mengingat peristiwa dimana dia ditangkap berkhalwat. 

"Ya, Mukhriz suami adik. Kami kahwin sebab dianaya oleh orang jahat. Bang chik percayakan adik kan?" ujar Arieshah kepada Aisar dengan mukanya sudah dipenuhi air mata. 

"Why adik tak bagi tahu bang chik awal-awal? Mama ayah tahu tak? Along? Angah? Uda?Diaorang tahu tak?" bertalu-talu soalan Aisar berikan kepada Arieshah. Dia agak terkejut apabila ada orang yang mempunyai niat buruk terhadap adik perempuannya dan lelaki dihadapannya ini. Entah kesalahan apa yang adiknya telah lakukan sehingga ada manusia yang sanggup menganaiya adiknya sebegini. 

"Mama ayah dah tahu. Along, angah dengan uda tak tahu lagi tentang perkara ini. Mama ayah tak nak bang chik, along, angah dengan uda terganggu. Adik pun tak nak kacau abang-abang adik tengah study." ujar Arieshah sambil menunduk wajah ke bawah. 

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now