𝓑𝓐𝓑 7

171 10 0
                                    

Setelah siap solat subuh berjemaah, Arieshah mula bangun dan melipat kain sejadah dankain telekung. Manakala Mukhriz pula, terus ke bilik air kerana sakit perut dan mahumembuang. 

Setelah selesai mengemas peralatan solat, Arieshah keluar dari bilik lalu terusmenuju ke dapur kerana mahu membantu Puan Sri Mariam dan Puan Rohayu membuatsarapan pagi. Apabila Arieshah sudah sampai ke dapur, Arieshah melihat ada Puan SriMariam dan Puan Rohayu tengah bertungkus lumus menyiapkan sarapan pagi buat seisirumah. 

"Assalamualaikum, selamat pagi, mama dan mummy. Masak apa tuu? Nak Arieshah tolongbuat apa-apa tak?" ujar Arieshah sambil melemparkan senyuman yang paling manis buatmama dan ibu mertuanya. Puan Sri Mariam dan Puan Rohayu yang sedang leka memasakitu sedikit terkejut dengan suara yang tiba-tiba muncul dari muka pintu dapur.

 "Waalaikumussalam dan selamat pagi, anak mama yang manis lagikan cantik ni. Mimpi apakamu tiba-tiba bangun awal pagi ini." ujar Puan Rohayu dengan nada yang bergurau.Setahunya, anak perempuannya itu paling lewat nak bangun pagi. Waktu-waktu macam nimasih terbongkang lagi. 

"Waalaikumussalam and good morning menantu mummy yang cantik. Mukhriz dah bangunke belum?" Puan Sri Mariam membalas salam Arieshah. Puan Sri Mariam yang ketika itutengah mengacau nasi goreng manakala Puan Rohayu memotong roti tawar untuk membuatroti telur. 

"Mukhriz dah bangun dah. Dia kata kejap lagi dia turun. Perut dia memulas katanya. Entahapa yang dia makan semalam sampai sakit perut." Arieshah membalas pertanyaan Puan SriMariam dengan sopan. Entah apa yang telah dimakan oleh Mukhriz setelah selesai akadnikah di masjid pada tengah hari itu. Mungkin Mukhriz makan terlalu berselera kot semalampada waktu tengah hari. 

"Mukhriz tu memang macam tu. Perut dia agak sensitif sikit. Dari kecil lagi perut dia memangmacam tu. Arieshah jangan risau lah ya." Puan Sri Mariam mula menerangkan tentang perutMukhriz yang agak sesitif sedikit apabila waktu pagi. 

"Ouhh. Macam tu. Terima kasih, mummy. Kalau tak, sampai kesudah Arie dok pikir apabende yang dimakan semalam sampai sakit perut pagi-pagi ni." ujar Arieshah denganmenayangkan senyuman yang manis. 

"Kenapa nak terima kasih dekat mummy pulak. Memang mummy kena bagitahu Arieshahapa-apa yang berkaitan dengan anak mummy tu. Kalau mummy tak bagitahu, kesianmenantu mummy ni. Dok tertanya-tanya apa benda yang dimakan Mukhriz tu." kata PuanSri Mariam sambil meletakkan nasi goreng yang telah siap digoreng ke dalam mangkukkaca yang serba mewah itu. 

"Makanan semua dah siap. Tinggal nak air je. Arie tolong buat air ya, sayang. Mama nakpergi tengokkan ayah sekejap dekat atas. Dah siap buat air, jangan lupa tolong mummyhidangkan makanan dekat depan." ujar Puan Rohayu setelah menyiapkan makanansampingan yang ringan iaitu, roti telur. Setelah menyiapkan tugasan di dapur, Puan Rohayumeminta diri untuk memanggil Encik Nazri. 

"Tempat minuman dekat mana, mummy?" Arieshah bertanya kepada Puan Sri Mariamdimana letaknya tempat minuman air. 

"Ada dekat kabinet yang dekat atas kamu tu. Kamu buat air kopi satu teko dengan air tehtarik. Pakai teko yang ada dekat rak sebelah sana tu." Puan Sri Mariam membalaspertanyaan Arieshah yang tercari-cari dimana letaknya air bancuhan tu. Sambil-sambil itu,dia menyediakan sandwich buat anak daranya, Nur Ariana Najwa. Ariana tidak sukamengambil makanan yang terlalu berat untuk sarapan pagi. Dia lebih suka makan makananyang ringan tetapi tidak terlalu ringan seperti sandwich. 

"Okay, mama." Arieshah membalas setelah menemukan air bancuhan yang telah diberitahuibu mertuanya tadi. Dia tidak perasan akan keberadaan air bancuhan itu berada di ataskepalanya.Setelah menyiapkan sarapan, Puan Sri Mariam menyuruh Arieshah untuk naik danmemanggil Mukhriz untuk turun sarapan bersama. Pada masa yang sama juga, Puan SriMariam setelah menyiapkan sandwich buat Ariana. Dia terus naik ke bilik Ariana untukmengejut anak daranya bangun lalu turun sarapan bersama. Setelah selesai mengejutkanAriana, Puan Sri Mariam bergegas ke biliknya. Lalu, memanggil suaminya untuk turunsarapan bersama besan mereka. 

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now