Bab 20

27 6 9
                                    

JAM di dinding aku kerling berkali-kali. Drama yang ditayangkan pukul 10 malam tidak lagi menarik minatku. Mak pula beberapa minit yang lalu sudah masuk ke biliknya meninggalkan aku sendirian.

"Mana Nuf ni? Kata sekejap je. Sekarang dah nak masuk pukul sebelas malam dah ni." gerutuku bersendirian.

Bukannya aku tak ada akal nak telefon Nuf tapi jenuh aku telefon tapi tak berangkat. Pesanan yang aku hantar pun langsung tak berbalas sekali.

Klak!

Kaki yang bersimpuh di atas sofa terus aku turunkan ke lantai lalu aku berdiri tegak. Aku pandang wajah Nuf namun Nuf segera melarikan wajahnya dari aku.

"Kenapa awak lambat..."

"Aku nak bersihkan diri dulu." Nuf berdehem kecil lalu berlalu masuk ke bilik membiarkan aku penuh tanda tanya.

Tak betah, saluran elektrik tv aku tutup sebelum berganjak menuju ke bilik juga. Sesampainya aku di bilik, Nuf aku lihat sedang menanggalkan jam tangannya. Namun bila melihat aku ingin mendekatinya, Nuf seolah melarikan diri dari aku dan segera berlalu masuk ke kamar mandi.

Aku terpinga-pinga bersendirian. Nuf mengelak dari aku ke? Tapi kenapa?

Bersama keluhan berat, aku duduk di hujung katil dan membuat keputusan untuk menanti Nuf. Aku nak tahu ke mana dia pergi. Aku tak kiralah aku ni isteri atas kertas ke apa ke. Yang aku tahu aku kena tahu juga. Titik.

Hampir 20 minit lebih aku menanti Nuf keluar dari kamar mandi. Aku bangkit dan menanti Nuf keluar dari kamar mandi.

"Awak..." terus aku membalik tubuh bila tak semena aku terlihat tubuh Nuf yang hanya tertutup dengan tuala di paras pinggang hingga lututnya. Masih segar lagi ingatan aku beberapa saat yang lalu imej petak-petak pada perutnya.

"Awak pergi mana tadi? Awak kata kejap je. Ni dah pukul sebelas lebih dah." tuturku dengan nada risau. Ya, aku risau.

"Aku... aku pergi syarikat tadi."

"Syarikat? Kenapa? Ada apa-apa masalah ke? Kenapa awak tak call saya? Saya call tadi tapi awak tak angkat pun. Mesej saya pun awak tak langsung balas. Ke awak saja tak nak saya ganggu awak..."

"Bukan macam tu, Tihani."

Dapat aku rasakan Nuf melangkah setapak demi setapak mendekati aku yang ketika itu masih lagi membelakanginya. Tegak terus bulu roma di belakang tengkuk aku jadinya.

"Hab... habistu aw... awak buat apa pergi sana?" tergagap aku menyoal bila kali ini aku pasti Nuf berdiri betul-betul di belakang aku.

"Sa... saya call awak tadi. Kenapa tak... tak angkat?" tambahku. Kali ini aku rasakan hembusan nafas Nuf pada batang leher aku.

Jantung aku mula berdetak laju tak sekata. Dapat aku rasakan telinga aku mula membahang panas. Perut aku pula terasa ada sesuatu yang menjalar sana sini membuatkan aku geli.

Nuf hanya diam. Perlahan aku memusing tubuh namun cepat saja Nuf tangkap kedua belah bahu aku dan menahan pergerakan aku dari menghadapnya.

"Can I hug you?"

"Huh?"

"Only this time. Aku perlukan bahu untuk bersandar."

Gulp!

Kenapa dengan Nuf malam ni? Aku pasti Nuf mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Dari tona suaranya aku boleh teka.

"Please." kali ini Nuf merayu.

Sudahnya aku hanya mengangguk kepala.

Terus saja melingkar lengan Nuf memaut pinggang aku lalu dahinya ditekan pada bahu kanan aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now