Bab 14

6.4K 236 2
                                        

Aku duduk terkaku di atas kerusi pelamin bersendirian dengan semua mata rata-rata memandang aku.

Bunga palsu di dalam genggaman aku pegang seeratnya dengan perasaan teruja, takut, terharu, gelisah dan berdebar

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bunga palsu di dalam genggaman aku pegang seeratnya dengan perasaan teruja, takut, terharu, gelisah dan berdebar. Semuanya bercantum jadi satu. Parahnya lagi aku ingin menangis.

Bibir sedari tadi aku ukir dengan senyuman manis menutup segala perasaan yang aku pendam. Sempat lagi aku berselisih mata dengan mak. Sekejap saja, mak dah kalih mata.

Tadi aku pesan mak untuk duduk teman aku tapi dia tak nak sebab nak berborak dengan Puan Nuraini. Pilihan kedua, aku ajak Mimi teman aku duduk di atas pelamin tapi Mimi tak nak sebab takut ada orang mengorat dia. Katanya lagi tak nak Nadim jeles. Hm...

Dari jauh aku boleh nampak Nek Bonda Rahimah bersama yang lain. Muka mereka tidak menunjukkan bahwa mereka tak senang akan perkahwinan aku ini. Ah! Peduli apa aku.

Masalah sekarang ni...

Nuf mana?

Dah 10 minit berlalu, tapi pengantin lelaki tak datang-datang lagi. Risau aku kalau tiba-tiba Nuf...

Hish! Kau jangan nak berprasangka buruklah Rina!

Suasana yang riuh tadi semakin riuh lagi bila pengantin lelaki, Nuf, tiba bersama Tuan Hakim di sebelahnya.

Nuf kelihatan segak dengan baju pengantinnya. Sama padan dengan aku. Mujur saja ukuran badannya dengan Han sama saiz kalau tidak mahu sakit kepala memikir jalan pintas nak buat saiz baru.

Nuf terduduk di atas kerusi berhadapanan dengan tok imam. Sedikit pun dia tak pandang aku. Jujur aku hampa.

Kali terakhir kami jumpa waktu dia hantar aku ke rumah selepas Maya turut makan petang bersama kami. Telefon dan mesej langsung tak ada.

Mungkin... dia menyesal buat keputusan nak kahwin dengan aku selepas berjumpa Maya kembali.

Mata yang berkaca aku angkat memandang Nuf dan ketika itu juga matanya tertuju ke arah aku. Sedaya upaya aku tahan air mata dari membasahi pipi.

Dewan Grand Hyatt riuh dengan suara gelak tawa bila tok imam mengusik Nuf tapi aku pula sibuk dengan perasaan aku sendiri.

Dan ketika itu juga aku terlihat susuk Maya menghampiri Puan Nuraini. Sempat mereka bersalaman sebelum Maya berlalu mencari kerusi kosong.

Kenapa awak munculkan diri lepas Nuf melamar saya, Maya?

Sedar tak sedar, Nuf sudah berjabat tangan dengan tok imam. Rasa berdebar semakin menggunung di dada.

"Aku terima nikahnya Erina Tihani binti Ahmad Daud dengan mas kahwinnya sebanyak RM5000 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, aku kini sah milik Haq Nuffaiq.

Aku angkat muka. Mata mencari susuk mak yang ketika itu memandang aku bersama senyuman yang pastinya senyuman lega.

Majlis berjalan dengan lancar. Aku sudah mengucap syukur di dalam hati. Tak sabar nak lepaskan beban yang melekat dekat badan aku ni. Baru saja hendak mengeluh lega, suara jurugambar menarik perhatian aku.

Bukan Aku Tak CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang