Tuala yang menutupi kepala aku pegang erat agar tak terlondeh. Tak selesa? Ya, aku tak selesa tapi aku lagi tak selesa kalau aku nampakkan sejengkal anak rambut aku pada Nuf.
Ya, aku tahu kami dah halal tapi aku masih tak selesa. Lepas habis sekolah menengah, aku tak bagi mana-mana lelaki tengok rambut aku.
"Selesa ke tidur macam tu?" tegur Nuf sebaik saja keluar dari kamar mandi dengan rambut yang serabai. Mungkin lepas keringkan rambut tadi. Tapi kacak.
"Dah biasa," jawabku bersahaja.
Nuf mengorak langkah mendekati katil sebelum mengambil tempat di posisi baringnya. Aku bagaikan patung batu hanya mengeras di situ.
"Buka aje lah. Aku ni suami kau bukannya boyfriend kau." Nuf bersuara lagi.
Bunyi macam menghina tapi bermaksud.
Aku ketatkan lagi pegangan pada tuala.
"Aku janji tak akan sentuh kau."
Sakit tapi kenyataan. Mana mungkinlah Nuf akan sentuh aku kalau hati dia buat Maya. Nuf tak kata tapi aku tahu. Bukan senang nak lupakan kekasih pertama ni. Dulu masa aku putus dengan Qasyaf pun aku break down bertahun-tahun. Apatah lagi Nuf dengan Maya, bertunang pula tu.
Nuf memang seorang yang berpegang pada janji tapi kenapa janjinya yang kali ini menyakiti hulu hati aku?
Sudahnya aku tanggalkan saja tuala yang sedari tadi menutupi rambut lebat aku. Tak selesa tapi aku relakan. Betul kata Nuf. Kami dah jadi suami isteri. Setakat tunjuk rambut tak berdosa pun.
Tuala aku bentang di pemegang sofa sebelum kembali semula naik ke katil. Baru saja aku hendak melabuh punggung, anak mata Nuf naik memandang aku. Lama kami bertatapan mata.
Renungannya itu buatkan aku tak selesa.
Rambut aku rontok ke sampai dia tenung aku macam tu?
Nuf berdehem kecil dan aku lekas-lekas selak selimut sebelum berbaring semula. Tubuh aku pusingkan menghadap dinding.
"Tak baik tidur membelakangi suami."
Mata yang aku tutup rapat tadi terbuka luas bila mendengar bait bicara itu.
"Tihani..." Termati bicara Nuf bila deringan telefonnya bergema.
Aku masih lagi seperti tadi. Tak bergerak seinci pun.
"Hello?"
Selimut yang menutup telinga aku tarik ke bawah sedikit. Saja nak mengintip perbualan Nuf.
"What happen, Maya? Kenapa kau menangis ni?"
Maya?
"Kejap... kejap..." Usai itu Nuf bangkit dan berlalu keluar balkoni meninggalkan aku dengan rasa sangsi.
Aku bangkit seraya selimut aku selak kasar. Mata teralih memandang pintu balkoni yang terbuka sedikit. Bibir bawah aku pagut lalu perlahan kaki aku jatuh menjejak lantai sebelum kaki menjinjit penuh berhati-hati tanpa meninggalkan jejak bunyi mendekati pintu balkoni.
"Aku dah cakapkan, Maya. Kau degil!" herdik Nuf membuatkan aku terundur setapak.
Nuf kalau tengah marah memang seram tapi kali ini seram dia lain macam.
"Apa yang dia dah janjikan pada kau? Permata? Berlian? Aku dah tak tahu nak kata apa lagi dah. Kau beria putuskan pertunangan kita ni sebab perkara ni?"
Maya yang minta putuskan pertunangan mereka? Bermakna... Nuf masih lagi ada hati buat Maya. Tapi kenapa diaorang putus tunang?
"Maya, Maya! Shit!" carut Nuf membuatkan aku tercungap kecil. Lantas Nuf berpaling dan aku lekas-lekas kembali mendaki katil semula.
![](https://img.wattpad.com/cover/376785165-288-k945878.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
RomanceSiapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Sa...