Bab 9

6.1K 233 2
                                        

Aku keluar mengunci pintu rumah memandangkan mak tak ada. Bosan juga aku semalam sendirian tengok drama tanpa mak.

"Rina," seru satu suara di luar pagar.

"Eh, Pak Ayub buat apa dekat sini?" Terkejut juga aku tengok Pak Ayub berdiri di luar pagar rumah.

Aku kenal pak Pak sebab setiap kali ada majlis di luar syarikat, Pak Ayub lah yang hantar aku pulang. Pak Ayub ni pemandu kereta daddy Nuf, Tuan Hakim.

"Nuf yang suruh Pak Ayub jemput Rina pergi kerja," beritahunya.

"Laa.. ya ke?" Aku berdecit kecil. Telefon bimbit aku keluarkan dari beg tangan. Aplikasi Grab aku tekan dan tundakan pesanan aku tadi. Mujur saja grab yang aku pesan tu tengah sibuk dan agak jauh dari rumah.

Sekarang dah ada Pak Ayub tak adalah aku lewat sampai lagi.

Pak Ayub membuka pintu di depan membenarkan aku masuk ke dalam. Aku ucap terima kasih seperti biasa. Pertama kali Pak Ayub hantar aku, terkejut dia aku duduk di depan dan bukannya di kerusi penumpang di belakang.

Aku kata aku tak biasa duduk di belakang sebab aku jenisnya mudah mual. Lagipun tak sopan pula
kalau aku duduk di belakang sedangkan aku tak bayar sesen pun gaji Pak Ayub.

Tiba saja di depan Strategic Growth aku merasa berdebar-debar kerana kali ini kedatangan aku bukan hanya sebab kerja sahaja tapi sekaligus membawa jawapan tentang lamaran buat Tuan Nuf.

"Balik nanti Pak Ayub hantarkan ya," beritahu Pak Ayub sebelum aku keluar.

"Terima kasih, Pak Ayub," ucapku bersama senyuman lalu aku menutup pintu.

Kereta yang dipandu pak Ayub terus meluncur meninggalkan aku. Aku dengan hati yang berdebar melangkah menuju ke lif.

Sedar tak sedar, kini aku sudah berada di depan meja kerja aku. Sekilas aku mengerling jam tangan. Dalam 3 minit lagi Tuan Nuf akan tiba.

3 minit pun berlalu.

5 minit berlalu.

Aku jadi tak tenang duduk menanti. Kotak baldu dalam beg aku keluarkan dan ketika itu juga Tuan Nuf tiba. Kaki panjangnya melangkah laju masuk ke dalam pejabat. Tak sempat aku tahan, Tuan Nuf sudah menutup pintu bilik kerjanya dengan kuat.

"Apa masalah dia ni?" Aku memegang dada dek kerana terkejut dengan bunyi hentakan pintu.

Kotak baldu merah tadi aku pandang.

"Nak masuk ke tak? Masuk ke tak? Nanti aku masuk tak memasal aku kena jerit." Akhirnya aku mengeluh saja.

"Rina," seru Intan yang berjalan mendekati aku bersama fail di tangannya.

"Ya, Intan. Ada apa-apa?"

"Boleh tolong hantarkan fail ni dekat bos singa? Saya bukannya tak nak hantar tapi tadi saya dapat rasakan aura singa dia kali ini muncul. Tolong saya, eh? Please, Rina."

Aku tersenyum. Bukan aku seorang saja panggil Tuan Nuf dengan gelaran bos singa. Satu bangunan panggil dia bos singa sebab marah dia tu macam singa mengaum.

"Okay." Aku capai fail dari genggaman Intan.

"Thank you, Rina. Nanti saya belanja awak makan."

"Tak apalah. Benda kecik je ni." Aku menolak.

Aku jarang betul tolak rezeki tapi kali ini aku tolak. Satu bangunan kenal siapa Intan. Kaki gosip. Sama dengan Wani.

"Thank you again, Rina," ucap Intan sekali lagi sebelum berlalu pergi.

Aku bangkit bersama fail dan kotak baldu merah tadi. Aku kena hadap Tuan Nuf juga. Mungkin aku penyebab Tuan Nuf tak ada angin hari ini. Yalah, semalam aku tutup telefon tanpa beri dia jawapan. Mungkin sebab itu dia tak ada mood hari ini.

Bukan Aku Tak CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang