Perlahan selaput mata aku terbuka bila aku rasakan seperti angin yang hangat menghembus di belakang batang leher aku dan benda yang berat menghempap sisi pinggang aku.
Mata aku kalihnya memandang satu lengan kekar melingkar di pinggang aku. Aku kelip mata cuba memproseskan apa yang terjadi.
Sesaat. Dua saat. Tiga saat.
Aku tercungap kecil seraya tangan naik menekup mulut.
Lagi aku terkejut bila tuala yang aku kenakan semalam hilang dari menutupi rambut aku. Penuh berhati-hati, aku angkat lengan Nuf dengan dua jari. Hati aku berdebar laju dengan segala doa aku panjatkan agar Nuf tidak terjaga.
Kalau dia bangun nanti, mesti dia pun terperanjat juga. Yalah, semalam dia kata dia tak akan sentuh aku. Masalahnya dia yang peluk aku dulu. Hmp!
Bila misi aku selesai, cepat-cepat aku bingkas bangun. Mata aku tertancap ke arah tuala aku yang berada di hujung sofa. Kelihatannya seperti dicampak saja. Tapi siapa yang campak? Aku membuat andaian mungkin aku mengigau semalam sebab tak selesa tidur dengan adanya benda menutupi kepala rambut aku.
Tuala aku capai dan penuh berhati-hati aku menapak kaki menuju ke bilik mandi.
Terfikir pula aku kalau Nuf yang bangun awal tadi mesti dia ingat aku yang tarik tangan dia. Nasib... nasib...
Malas nak fikir lama, aku cepat-cepat bersihkan diri sebelum tunaikan solat subuh.
Aku mengucap terima kasih sebaik saja sarapan pagi kami tiba di meja. Nuf seperti biasa, diam saja. Susah betul ke nak cakap terima kasih tu? Tch!
Selang beberapa minit, mak tiba bersama Puan Nuraini dan Tuan Hakim. Aku perhati je gelagat mak. Dah rapat dengan Puan... eh, mummy, memang tak ingat aku. Tengoklah aku kahwin kelmarin selamba saja mak gelakkan aku. Lepastu kata beban dekat bahu dia tu rasa terangkat. Nak sedih tapi itu adalah mak.
"Good morning!" Han turut tiba selang beberapa saat lalu melabuhkan punggung di sebelah aku.
"Morning,"balasku bersama senyuman mekar di bibir.
Nuf berdehem kecil lalu meneguk air yang dipesannya tadi.
"Macam mana malam pertama semalam? Best tak jadi suami Haq Nuffaiq?" Terjongket-jongket kening Han mengusik aku.
Mujur saja lauk aku dah telan habis kalau tak sia-sia muka tampan Nuf aku sembur.
"Han bila nak kahwin?" Mummy kini bersuara membuatkan Han mengunci bibir.
Aku melirik mata ke arah Han sambil ketawa aku cuba tahan.
"I tahu you nak gelakkan I, honey." Han berdecit.
Sekali lagi Nuf berdehem. Kali ini lebih besar daripada tadi.
Sakit tekak ke?
Baru saja aku hendak berbahagia di pagi hari ini, muncul pula Nek Bonda Rahimah, mak ngah, Suria dan Razman. Mak long pula katanya tak mahu menetap di hotel. Malas aku nak fikirkan.
Hening seketika bila mereka tiba. Cuma Han saja yang menegur mereka. Nuf pula macam tak peduli sangat dengan kedatangan mereka mungkin dia faham keadaan aku.
"Dah berapa bulan?" soal mummy sambil memandang perut Suria.
Suria yang hendak menjamah air kopi yang sudah siap dipesan awal tadi terus terhenti. Matanya meliar memandang aku sekejap. Aku pula buat tak tahu. Ingat aku ni jenis mulut besar ke?
"Anak saya belum mengandung lagi. Biasalah kuat makan tu yang perut membesar tu." Mak ngah mencelah.
Jawapannya itu buatkan aku tertawa sinis. Semua mata terus memandang aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Aku Tak Cinta
RomanceBila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan seka...