NUF membalik tubuh sebaik saja aku naik ke katil. Mogok saja muka Nuf malam ini. Makan malam kami tadi pun dia diam saja. Cakap pun sepatah saja macam nak tak nak layan aku. Makan hatilah dengan sikap Nuf tapi teringat pula perangai Nuf memang macam tu. Sekejap introvert, sekejap pervert. Aku tak fahamlah dia ni!
Sengaja aku henyak punggung dengan kasar di atas tilam namun sedikit pun Nuf tak pandang aku. Semakin galak lagi ditariknya selimut menutupi tubuh sasanya itu. Keluh aku hela. Sengaja aku tinggikan tona keluh aku agar menarik perhatian Nuf.
Hampa. Nuf langsung tak beri reaksi apa-apa.
Apa masalah dia ni sebenarnya?
Aku dah menggerutu di dalam hati.
Aku menghela keluh lagi. Sejengkal mahu pun seinci, Nuf tak bergerak. Lagaknya seperti sudah terlelap tapi baru tadi aku tengok dia layan telefon. Tak akan terlelap dalam jangka masa yang pendek.
"Awak." seruku bila Nuf tak ada tanda-tanda memberi respon.
Isi pipi aku sedut dan perlahan aku mendekati Nuf. Memanjang leher aku melihat Nuf. Matanya tertutup namun dapat aku lihat kelopak matanya bergerak-gerak. Ceh! Ingatkan tidur berul-betul.
"Awak marahkan saya ke?" soalku.
Sepi. Hening. Sunyi. 3 patah perkataan mengambarkan keadaan kami berdua.
Seolah ada lampu kecil menyala di atas kepala, aku mencuba nasib. Manalah tahu kali ini Nuf dengar bicara aku.
Aku berdehem sebelum aku mulakan misi terlalu bernas untuk menarik perhatian Nuf.
"Abang Nuf." sengaja intonasi aku buat-buat manja. Kalau kali ini tak menjadi memang aku sepak terajang juga mamat ni. Haih!
Astaghfiruallah! Suami tu.
"Don't start something you can't finish, Tihani." gumam Nuf.
"Apa yang saya dah buat?" soalku dengan polos. Jujur aku juga tak tahu apa yang aku dah buat pada dia.
Tak akan sebab aku tertarik baju dia tadi hingga menyebabkan kami sesama jatuh ke katil? Ke dia tak suka aku sentuh dia?
Aku pagut bibir bawah dengan rasa kecewa.
Sudahnya aku baring lalu membelakangi Nuf. Kehangatan pada tubir mata aku cuba tahan sedaya mungkin. Namun kelip saja mata, air mata aku mengalir.
Nuf kejam!
HARI ini aku dan Nuf pulang ke Malaysia setelah betapa di negeri orang selama 4 hari 3 malam. Orang lain balik dari honeymoon elok saja ceria tapi aku dan Nuf macam baru balik dari berperang saja. Sudahlah semalam Nuf tak pujuk aku. Aku tak berharap pun tapi sekurang-kurangnya aku ingin merasa dipujuk oleh suami sendiri tapi aku sedar diri siapa aku pada Nuf.
"Bak sini beg kau tu." Nuf hulur tangan merujuk pada bagasi aku.
"Tak apa. Saya boleh bawa sendiri." seraya pemegang bagasi aku tarik ke atas lalu aku tarik bagasi beroda itu menuju ke depan pintu namun belum sempat aku melangkah setapak, Nuf dah cantas pemegang bagasi.
"Tak payah. Saya boleh bawa..."
"Kenapa kau degil sangat ni?" intonasi Nuf tak tinggi tapi cukup buatkan aku hendak menangis.
Kecil hati aku bila ditegur begitu. Sudahnya aku angkat kaki dan berura-ura hendak keluar dari bilik hotel. Nuf tarik lengan aku lembut, membuatkan aku berpaling menghadapnya. Terus saja aku menunduk menekur lantai.
"Tihani, what's wrong?"
"Nothing." aku hela keluh kecil. Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada dia. Dia yang mogok dengan aku semalam, dia pula tanya aku kenapa.
YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
Romance[update on friday and sunday] "Bila mulut gagal mengatakan Namun mata membicarakan segalanya." • • Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doa ku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta melai...