57

6 0 0
                                    

SUDAH berhari-hari Nelly cuba menghubungi Fareez, namun semuanya sia-sia. Dia menjadi tidak menentu. Sudah puas dia melihat mukanya di dalam cermin, cuba mencari kekurangan dirinya. Dipejamkan matanya rapat-rapat. 

"Dahlah tu Nelly, buat apa lagi kau nak kacau dia?" Fariha bersuara. 

Naik bosan pula dia melihat tingkah laku Nelly yang sekejap-sekejap mengambil telefon. 

"Encik Firhad dah mula bertanya, kenapa kau tak datang. Kau tahu tak, lagi dua minggu aje tau latihan amali kita. Takkan kau nak balik dengan keputusan yang teruk?"

"Mana dia pergi ni? Dah berhari-hari aku hubungi dia, tak dapat-dapat," rungut Nelly. 

"Dia tak ada, bercuti. Cik Qina pun tak ada. Nelly, dia dah kahwin dengan Cik Qina. Dia sendiri beritahu kau, kan? Apa lagi yang kau nak?" soal Fariha. 

"Kau jangan menyibuk hal aku boleh tak?" 

"Aku bukan nak menyibuk hal kau, tapi kau tu dah macam orang gila. Mengharapkan Abang Fareez, buat apa? Lagipun, bukan handsome sangat Abang Fareez tu," kutuk Fariha. 

Nelly terus bangun. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia mengganyang mulut Fariha. 

"Kau nak ke mana tu?" 

"Aku nak balik KL," jawab Nelly. 

"Balik KL? Kau ni dah gila ke Nelly? Tunggulah lagi dua minggu." 

"Kau beritahu pada Firhad, aku ada hal." 

"Kau nak balik macam ni aje?" soal Fariha. 

Nelly tidak bersuara. Dia terus masuk ke bilik yang dikongsi dengan Fariha. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan membawa sebuah beg sandang berwarna merah tua. 

"Nelly, kau jangan ikutkan sangat hati kau tu. Lupakan Abang Fareez, dia dah jadi hak orang. Lagipun, kau tak pernah bercinta dengan dia," nasihat Fariha. 

"Riha, aku nak ingatkan kau sekali lagi. Kau jangan masuk campur urusan aku. Hal aku dengan Abang Fareez, biar aku yang uruskan," pesan Nelly. 

"Apa yang kau nak uruskan? Kau memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Kau jangan ak buat kerja gila, Nelly," ujar Fariha. 

Nelly tidak mengendahkan kata-kata Fariha. Sebaliknya, dia terus meluru keluar dari rumah itu. 

Nelly tidak pulang ke Kuala Lumpur. Sebaliknya dia terus meminta pemandu teksi menghantar dia ke hotel. Kepalanya berat memikirkan tentang Fareez. Dia cuba memujuk hati agar melupakan lelaki itu, tetapi semakin dia ingin melupakan Fareez, semakin dalam perasaan kasihnya itu. 

Fareez, Fareez, Fareez. Hanya nama dan wajah itu yang bermain dalam mindanya. Pertama kali dia jatuh cinta dengan sepenuh hati dan kini, cinta itu tiada lagi dalam genggamannya. Nelly mengetap bibir dengan kuat. Air mata yang mengalir laju diseka dengan jari-jemarinya yang runcing. 

***********************************************************************************************

IQRAM melihat dari jauh pasangan dua sejoli yang sedang bermain di gigi air. Perasaan cemburunya tiba-tiba menjelma. Melihat kemesraan pasangan itu, hatinya digigit resah. Terbayang di matanya ketika dia dan Qarina bersama-sama mengejar buih-buih pantai. Iqram memejamkan mata, cuba membayangkan kembali saat indah sewaktu dia sedang menyemai kasih. Benarlah kata orang, cinta pertama adalah cinta indah yang tidak mungkin akan dilupakan. 

Patutlah aku nak ke sini, rupa-rupanya nak jumpa lagi dengan Qina dan Reez. Alahai, keciknya dunia ni, bisik hati Iqram. 

Iqram cuba melarikan diri. Kalau Qarina sendirian di situ, pasti dia akan mendekati gadis itu. Tetapi masalahnya di mana ada Qarina, di situ ada Fareez. Sudah macam belangkas, berkepit sahaja. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now