"Hey, awak. Rindu."
Senyap.
"Lamanya kita tak berjumpa. Awak ingat kat saya lagi tak?"
Tiada jawapan.
"Sebelum awak mulakan hari awak, saya harap senyuman manis itu masih kekal di wajah awak."
Sunyi.
"Awak tahu tak yang semalam saya cuba telefon awak, tapi saya sekadar mampu dial no awak jelah sebab saya cuba tapi awak tak cuba jawab pun. Mungkin dah tidur."
Dingin.
"Jadi, bila kita boleh teruskan temu janji impian kita untuk bersama-sama menaiki gondola di Venice sambil saya bermain gitar untuk awak? Saya masih sedia untuk lakukan itu."
Menunggu.
"Masihkah ada peluang untuk kita berbual panjang hingga awal pagi seperti dulu sehingga salah seorang daripada kita tertidur?"
Dingin menggigit.
"Bolehkah jika kita berdua hadirkan rasa cinta dalam hati dan kita menjadi satu pasangan yang paling manis hinggakan semua pasangan yang ada di dalam dunia cemburukan kita berdua?"
"Hey, awak. Rindu."
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
De TodoKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...