Aku mengenali kamu tidak lah terlalu lama. Tetapi, aku dapat mengingati setiap apa yang ada pada kamu. Segar dalam ingatan. Kamu adalah seorang gadis kecil berkulit putih. Cermin mata berbingkai hitam itu membuatkan kamu kelihatan sungguh comel. Rambut panjangmu yang disanggul kemas itu menarik perhatian aku. Anak matamu yang bulat dan galak yang bilamana setiap kali aku melihat, ia seakan-akan bercahaya memandang aku. Terletak elok di balik cermin mata yang sering kamu tolak menggunakan tapak tanganmu. Comel.
Aku suka melihat kamu yang duduk di sudut hujung sebelah sana setiap kali kita berada di dalam satu dewan kuliah. Kamu sentiasa membelek atau mungkin membaca buku yang aku sendiri tidak pasti sama ada buku teks atau pun novel indipenden. Aku ada juga tertangkap kamu melihat aku di sebelah sini secara curi-curi. Saat kamu melarikan pandangan setiap kali tertangkap, amat comel bagi aku. Mungkin sudah lama juga, kamu ingin mengajak aku jalan-jalan.
Setahu aku kamu adalah gadis yang lembut. Aku dapat merasakannya. Bahasa cintamu adalah sentuhan, kamu berbicara dengan berbisik-bisik dan kamu suka sekali menyentuh. Agar dapat kamu rasa apa yang ada di sampingmu.
Apalagi yang boleh aku gambarkan tentang kamu. Sampai hari ini, aku masih terobsesi dengan anak mata di sebalik kacamata lutsinar itu. Intuisiku mengatakan, aku akan diberitahu sesuatu melalui mata itu jika aku terus menatap ke dalam mata itu. Pernah juga aku rasa ingin terjun ke dalam anak mata mu dan biarkan aku lemas di dalamnya. Entah kenapa, ia seperti satu fantasi indah yang ingin sekali aku jadikan ia sebagai satu kenyataan. Dan entah kenapa juga bukan ciri yang lain melainkan lengan, aku sampai berpikir kenapa bukan rambut, pipi, atau bibir mu sahaja. Pasti aku akan dengan sangat gampang mengenalimu dengan lebih rapat. Tak mengapa. Aku akan cuba mencari keberanian dalam diri aku untuk menghampirimu dan berbisik perlahan ke telinga kamu, "Hi. Saya Ariff. Boleh kita berkenalan?"
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...