Cinta
Cinta itu punya satu tempat
Letaknya di dalam hati
Yang dahulunya penuh bunga
Kini jadi tempat di mana aku berperang
Dengan diri sendiri
Menyerang emosi dan rindu
Tanpa senjata walau sebutir peluru
Cukup sekadar memori-memori lalu
Membunuhku yang tak berdaya begini
Tempat di mana sepatutnya ada kamu
Untuk mendamaikan peperangan ini
Yang akhirnya tetap aku yang tewasSunyi
Sunyi itu punya satu tempat
Letaknya di hujung kotak fikiran
Di mana aku bersembunyi
Dari huru hara perang di hati
Ia duduk di sudut sana
Bersama sekuntum mawar putih
Yang sempat di ambil dari hati
Dan kusimpan di dalam balang kaca
Inilah cinta suci yang masih lagi bernyawa.
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
DiversosKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...