Rintik hujan seakan menyanyi
Seperti simfoni indah yang menenangkan hati
Aku hilang dalam lamunan panjangku
Bersama hujan sepi yang menemaniku
Menitis perlahan di atas kaki
Yang aku biarkan dibasahinyaPetang ini fikiran aku hilang entah kemana
Mencari engkau pergantungan nyawa
Menanti dirimu yang tak kunjung tiba
Hati yang gembira menjadi hiba
Hanya hujan sepi setia mendengar
Cinta yang gugur dahulunya mekar
Bila mungkin mata bertentang kembali
Hati yang sedih ku impikan girang
Hujan memeluk diriku erat penuh sayang
Sambil berbisik lembut ke telinga
"Usah tangisi yang sudah hilang, sayang."

YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...