Aku ingin menjadi bintang
Bercahaya terang di atas langit
Bintang yang kau lihat di waktu malam
Di saat rasa sedih dan sendiri
Memeluk dirimu erat
Membayangkan dirimu sunyi
Seperti aku sang bintang yang satu ini
Lalu kamu melepaskan nafas resahmu
Membuatkan awan hitam menutup langit
Dan hujan sayu turun menemani malammu
Akhirnya aku hilang ditelan hujan sayu itu
Tanpa ada peluang untuk aku hiburkan dirimu
Agar dapat sekali lagi aku melihat senyuman manismu ituAku ingin menjadi pokok yang rendang
Berdiri kukuh di sampingmu
Ingin aku hulurkan dahanku yang kukuh
Untuk kau terus bertahan tidak terjatuh
Melindungimu dari tiap apa yang cuba mematahkan semangatmu
Tapi sayangnya kau tidak pernah walau bersandar padaku
Dahan yang kuhulur kau tolak perlahan
Dan kau pilih untuk biar
Rapuh hancur dipijak kata-kata caci jiwa-jiwa kotor
Akhirnya aku terbiar sendirian
Gugur habis daun-daun di tubuhku
Tanpa ada peluang untuk aku
Melindung hati suci milikmu
Agar dapat kau rasakan
Cinta dan sayang itu masih milikmu
Tidak mampu dirampas oleh merekaAku ingin menjadi kekasihmu
Agar dapat aku menjaga
Hati suci yang berharga
Cinta jujur milikmu
Rasa sayang yang tidak terhabiskan
Ingin aku biar kau tahu
Masih ada cinta dan sayang di dalam dunia
Tercipta istimewa untuk dirimu
Aku ingin membiarkan rasa sayang dan rindu
Memelukmu erat malam ini
Agar tiada lagi awan hitam
Membawa hujan sayu membasahi bahumu
Aku ingin melindungimu daripada kata-kata benci dari mereka
Akan ku payungi kamu dengan payung cinta
Agar kau kekal begini
Seorang perempuan yang penuh cinta dalam dirinya
Dan akhirnya dapat lagi aku nikmati
Senyuman manismu itu
Yang dahulunya hilang
Ditelan sunyi dan sakitnya hidup sendiri.

YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...