Tiada apa lagi yang tinggal
Tiada lagi rindu
Tiada lagi harap
Tiada lagi rasa
Kerana kamu kini terasa asing
Dan aku tidak mahu salah merindu
Tidak ingin salah berharap
Tidak merasa apa yang salah
Biarpun rindu, harap, dan rasa
Saat kali pertama berjumpa
Tetap sahaja diulang tayang di mataLuka yang semalam
masih belum sembuh betul
Dan air mata itu ingin sekali aku seka
Namun tanganku terhalang
Dinding tinggi yang kau panggil kenangan
Lalu kamu tersenyum
di tingkapmu sambil menangis
Aku di tingkapku
Kamu biarkan melihatmu menangis
Dari jauhAku berdiri di hadapan pintumu
Bersama dusta, duka, kecewa
Yang tidak lagi tertahan
Mengharap untuk menjadi alasan
Untuk kamu tersenyum kembali
Aku memasak kakiku di sini
Untuk sesuatu yang sia-sia
Biar apa yang menimpa
Aku tahu semua salahku
Hanya kerana aku mencintai
Kamu yang tidak mahu dicintai.

YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...