Lalu aku terfikir yang cinta itu apa sebenarnya?
Aku ingin sekali samakan cinta itu seperti udara yang memenuhi setiap ruang.
Mungkin sekali ia seperti udara. Udara atau lebih tepat oksigen, itu sesuatu yang kita tidak nampak, tapi kita tahu ia ada di situ. Walau pun kita tidak nampak udara itu ada di mana, tapi sesungguhnya kita perlukan udara itu dan ia sentiasa ada untuk kita menikmatinya. Udara itu adalah anugerah Tuhan untuk kita yang hidup di muka bumi ini. Mahu atau tidak, kita tetap perlukan udara.
"Hirup.... hembus.... hirup.... hembus...." itu bunyi ketika aku menikmati udara segar. Ianya sesuatu yang hebat dan penuh magis. Sepertinya cinta juga. Tidak semestinya cinta itu harus dipamerkan atau pun ditayang untuk tatapan semua orang yang "Ya, aku cintakan dia ini. Lihat lah semua." Bagi aku, ia tidak perlu. Cinta itu sendiri seperti udara, anugerah Tuhan untuk kita semua. Mahu atau tidak, cinta tetap untuk kita dan kita tetap perlukannya selagi kita bernyawa. Yang pernah memberi cinta atau pernah merasa cinta, bahagia.
Pagi ini aku menghirup udara segar dari kawasan bukit berhampiran rumah aku. Pagi ini aku naik ke puncak bukit itu untuk menikmati matahari terbit dan menghirup udara segar. Penuh cinta di dalam tubuh ku pagi ini. Magis. Namun aku tertanya, adakah udara ini akan kekal berada di sini untuk aku? Atau mungkin udara ini akan tinggalkan aku dan aku lemas kerana tiada udara?
Dan aku menghirup udara segar pagi ini - yang terkadang itu membuatkan aku teringat kepada kamu. Cinta itu masih segar.
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...