Di sini aku membisu
Melihatmu yang memandang langit
Mengharapkan bintang terang
Datang menemanimu malam ini
Melihat redup matamu itu
Berteriak berkongsi rasa denganku
Yang aku tidak pernah rasa sebelum ini
Tiada kata-kata yang diucapkan
Mungkin diam adalah bahasa kita
Yang cuma kita faham
Namun matamu tidak pernah sekali
Melihat ke arahku
Bintang malap yang memilih
Untuk hanya menerangi dirimu
SelaluAku diam dalam bersuara
Mengucapkan rasa melalui mata
Kerana kata-kata tidak cukup
Untuk menggambarkan rasa ini
Menantikan kamu yang terus membisu
Berhentilah melihat dari jauh
Mari dekat padaku
Dan jadilah bintang yang satu
Yang tidak pernah berhenti bersinar
Menerangiku yang sering dipeluk kegelapan
Kerana sunyi dan dingin malam ini
Membunuhku; perlahan-lahan.
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
AcakKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...