Dia tidak pernah terlepas pandang
Hari ini Dia masih setia
Mendengar luahan hati seorang lelaki
Walau dalam tutur katanya
Disulami dengan carutan menyiat hati
Dia tetap mendengar dengan serius
--- Paling setiaPermintaan si lelaki tidak diberitahu
Diterima atau ditolak untuk dicuba sekali lagi
Tapi Dia hanya senyum melihat lelaki
Kerana si lelaki masih ingat
Mahu mencari Dia untuk berbicara
Walau disulami dengan carutan
--- "Kenapa celaka sangat hidup aku?"Dan yang penting,
-- Dia tidak pernah sibuk untuk mendengar luahan si lelaki. Paling setia.
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
DiversosKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...