Di bangku kayu itu
Pertama kali berjumpa dengannya
Dia yang sama sekali tak ku kenal
Dia yang dulu bukan sebahagian dari hidupku
Kini perlahan-lahan menjadi satuKu lihat cahaya api cita-cita
Membara di dalam matanya
Dia yang tidak pernah hilang senyum diwajah
Kamu, gadis yang pandai menyembunyi rasaTawa yang terlepas keluar merdu
Gurauan yang tidak pernah melukakan
Nyanyian yang menghiburkan di kala sunyi
Itu yang ku cari setiap hari tidak tertinggalDua cangkir teh lemon
Yang kita nikmati petang itu
Bersatu dengan bicara kita
Tentang itu, ini dan semuanyaDan aku berharap
Resahmu petang itu telah reda
Pergi bersama daun gugur yang ditiup angin,
Mungkin,
Bila kau dan aku sudah bersedia,
Kita akan bertemu lagi.

YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...