Aku cuba menghadirkan kau dalam pelbagai cara
Seperti semalam di mana aku kau hadir dalam secawan kopi
Hitam dan pahit sehingga aku terjaga hingga ke pagi
Hanya untuk mengenangkan senyuman manismu yang dibawa angin
Saat ucapan cinta dan sayang bukan lagi ditujukan untuk aku
Dalam setiap hirupan itu aku terus menyelam hingga ke dasar
Aku berharap jika ada walau sedikit gula di dalam kopi hitam ini
Hanya untuk merasai sedikit manis di sebalik pahit yang menyeksa ini
Tapi ternyata kopi pahit ini cuma dipenuhi memori pahit darimu
Namun aku terus meminumnya sehingga pagi
Tanpa ku sedar pahit itu tadi menjadi manis
Dan kerana aku sudah terbiasa dengannya
Pahit yang kau tinggalkan kini ku rasakan kemanisannyaSambil ditemani kopi hitam pahit itu
Aku duduk di tepi jendela sambil ditemani sebatang sigar
Dan di setiap sedutan aku turut mencari kau di sana
Mungkinkah kau hadir sebagai kepul-kepul asap rindu
Hujung sigar aku kucup seperti mana bibirmu dahulu
Asap sigar aku hembus dan terbentuklah wajahmu di udara
Lalu hilang di bawa angin malam
Sesekali aku terbatuk ketika asap kerinduan ini memasuki kerongkongku
Mungkin benar kata orang yang rindu itu menyakitkan
Aku kini mengambil keputusan untuk putuskan rindu yang menyeksa ini
Sigar yang satu ini aku bakar bersama rindu-rinduku untukmu
Asapnya terus hilang ke udara dan menghilang
Seperti itulah juga kamu meninggalkan aku dahulu
Dan kerana aku sudah terbiasa
Asap penuh kerinduan untukmu kini sudah pergi
Hanya tinggal aku yang ditemani secawan kopi dan abu sigar yang berdebu.Dan kini aku sudah terbiasa dengan ketiadaanmu
Tidak memikirkanmu sudah jadi kebiasaan buat aku
Tiada lagi cumbu rayu memujuk hati yang rindu
Tiada lagi sapaan manja di kala malam mula bertemu bulan
Tiada lagi pelukan mesra di saat mengucap selamat tinggal kepada matahari di waktu senja
Segala rindu, sapaan manja dan pelukan mesra ; habis semuanya
Tidak akan kembali menjadi kebiasaan aku
Kerana kini aku sudah terbiasa dengan ketiadaanmu.Rawang, 16/4/16
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...