Bunyi hujan selalu buat aku rasa tenang dan dalam masa yang sama kosong. Waktu titis-titis hujan mengetuk cermin bilikku, berlumba masuk ke dalam melalui ruang kecil di tingkap yang aku biarkan terbuka hanya untuk aku menghidu bau yang terbit saat titis hujan yang gagal masuk ke bilik ku.
Ada sejuta bayang yang juga hadir menanti di luar bilik. Melihat aku yang bersandar di atas katil sambil ditemani sebotol Cabernet Sauvignon. Waktu berjalan perlahan-lahan dan aku mula melawan dengan ingatan tentangmu yang mengalir di dalam darah ku meresap ke seluruh tubuh ku.
Kau, keinginan ku yang tertangguh dan aku menanti dengan rasa sakit untuk hari kau dan aku disatukan semula di sana nanti.
YOU ARE READING
Sedetik Rasa Hati Yang Tidak Terluahkan
RandomKadang-kadang, ada rasa yang tak dapat kita luahkan yang akhirnya kita pendam dan simpan hanya untuk diri kita sendiri. Bukan kerana kita kedekut, tapi mungkin kerana ada rasa yang tidak boleh dikongsi walau pun kita cuba sedaya upaya untuk meluahka...