Bab satu

1.2K 35 5
                                    

"Hang rupanya Dahlia. Aku ingat raksasa mana tadi . Baru nak fire"

Dahlia diam. Matanya merenung tajam ke arah Fiq yang bermulut celaka itu . Kelihatan Fiq gelak berguling guling diatas lantai .Apa yang funny entah , mudah terhibur mungkin.

Nama dia Dahlia . Nur Dahlia Qaisara binti Amir Rustam .

"Dahlia nama bunga kan ? Bunga apa besaq gini ?"

"Ini bukan dahlia ni , ni Rafflesia"

"Nama sedap , tak kena dengan muka"

"Hahahahaha ,ingat nama hg nur gemuk tadi"

Ayat mapundek yang sering keluar dari mulut manusia yang bertanyakan nama Dahlia .Takpa Dahlia dah biasa .

Sebenaqnya , Dahlia takdelah gemuk sangat . Cuma , mungkin lensa mata manusia lain yang koyak sampai nampak dia sebegitu besaq . Walaupun dia besar , tapi Dahlia funny orangnya . Dia pandai buat magic . Kadang kadang leher dia hilang . Hilang di sebalik rimbunan lemak didagunya . Pernah sekali dia hampir membuat laporan polis kerana lehernya ghaib , dia menyangka lehernya lari dari rumah kerana tak mampu menampung kepalanya tetapi usahanya sia sia kerana pengawai polis di situ menyangka kan Dahlia membuat kelakar dan menyarankan Dahlia menyertai Raja Lawak .

"Babi punya anak gajah , aku baru nak maki Cikgu musik tadi sebab ingat dia letak drum merata . Hang rupanya Dahlia , hang ingat hang besaq kuman ke nak diri tengah jalan gini ? Roadblock bodoh!", kata Zain menghamburkan kemarahannya . Dah sejam dia berdiri belakang Dahlia menyangka ada van milo dan pelajar terpaksa beratur untuk mendapat milo . Rupanya itu semuanya helah . Madah berhelah. Terguris hati rempitznya dihelah begitu .

Dahlia tersentak . Lamunannya terhenti . Lamunan terhenti bak kata Aris Ariwatan. Dia tersipu malu . Dia tak sedar yang berdiri teguh di tengah koridor sehingga menghalang pelajar lain . Dahlia tersenyum bagi menutupi kesalahannya .

"Hang tak payah senyum senyum sangatlah, hang bukannya lawa pun! Tepi!" ,marah Zain dan menolak Dahlia ketepi . Hatinya masih sedih angkara milo tadi . Dahlia hampir terjatuh tetapi kerana dia besar , gravitinya kuat menyebabkan dia tetap kukuh berdiri .

Peredaran perjalanan kembali pulih seperti biasa. Setiap pelajar yang lalu memandang Dahlia seperti mahu memijaknya . Memandangkan Dahlia lebih besar dari mereka , mereka pendamkan hasrat mereka .

Dahlia tetap menunggu , tetapi kali ini tepi koridor , dia tidak mahu membuat roadblock seperti Ops yang sering dilakukan semasa musim perayaan dan disiarkan di 999. Kepala Dahlia terjenguk jenguk mencari seseorang tetapi disebabkan lehernya ghaib harini , dia tidak mampu menjenguk lama lama. Terasa perit kepala hotaknya. Dia sedang menunggu HANCUR-nya. Apa ? Ala , yang budak budak twitter kata tu , crush . Dahlia lebih suka menggunakan bahasa Malaysia . Majulah sukan untuk negara . Sebenarnya Dahlia sedang menunggu Muiz . Crushnya yang hensem tahap Tom Cruise mix Johnny Depp mix Wan maimunah . Kacaknya tidak kepalang. Dahlia masih teguh menunggu .

"Dahlia ?" suara menyapa dari belakang .

GRASAWhere stories live. Discover now