Bab LapanBelas

206 15 2
                                    

"Dahlia"

Dahlia termenung sambil menongkat dagu di atas meja. Mata hitamnya terangkat-angkat keatas seperti kesurupan.

"DAHLIAAAA!", jerit Cikgu Saripudin. Sudah hampir 3jam 27minit, Cikgu Saripudin memanggil Dahlia untuk menjawab soalan sejarahnya iaitu soalan yang berbunyi "Siapakah Rohana Jalil dan berikan 3 sebab kenapa bapanya memberikan namanya begitu. Jelaskan. (98m)"

"Oh cilaka kau Naruto Saripudin hang pi mana hang pi mana hang pi mana",Dahlia melatah sambil berzapin Johor dengan iringan lagu Khalifah kerana terkejut yang amat sangat.

Semua yang ada di dalam kelas 4 Sinaran Mentari Menyinari (4SMM) gelak bagai hendak tercabut sistem pembiakan masing-masing. Peah gelak sehingga terjatuh dari kerusi.Jali pula yang merupakan ketua kelas berwibawa gelak sambil menumbuk-numbuk perutnya sendiri seperti kerasukan setan.Firash Sudiro pelajar tercemerlang di seantero dunia juga turut ketawa gembira sambil membuat kerja matematik Jali yang melibatkan perpuluhan dan kiraan kitaran haid. Pelajar tercantik di sekolah yang turut tercantik di negeri Kedah iaitu Fatimah Zara Salsabella Jaafar Onn juga ketawa bagai nak gila. Fatimah Zara Salsabella Jaafar Onn ketawa sambil menarik-narik rambutnya yang berwarna kelabu biru, oleh kerana tidak dapat mengawal kefunnyan dalam dirinya, Fatimah Zara Salsabella Jaafar Onn terjun dari tingkap kelasnya dan mati serta merta. Tetapi tidak bagi Cikgu Saripudin, dia tidak ketawa mahupun berhuhu, wajahnya masam mencuka. Misainya yang lentik selentik bulu mata Che Ta terjungkit-jungkit melihat Dahlia berzapin Johor di hadapannya. Lagu hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana bermain-main di otaknya. Sudahlah dirumah isterinya, puan Rogayah Takeshi sering menyanyikan lagu Khalifah itu ketika menumis bawang, mengetip kuku kaki, memakai seluar legging yang koyak di lutut dan semasa berseggama. Cikgu Saripudin fikir dia tidak akan dengar lagu itu jika di berada di sekolah, rupanya tidak. Igaun hang pi mana hang pi mana hang pi mana tetap mengikutinyaaaaa...

Selama 4minit Dahlia berzapin dan disudahi dengan raver, Dahlia terduduk penat.Peah, Jali, Firash Sudiro dan Fatimah Zara Salsabella Jaafar Onn yang telah mati dan rakan sekelas yang lain masih lagi ketawa pada note tinggi. Tiba-tiba Cikgu Saripudin jatuh pengsan, mulutnya berbuih dan tangannya mencakar-cakar dadanya. Satu kelas panik, Cikgu Saripudin mengalami sawan hang pi mana.

"Habislah! Aku tak dapat tahu jawapan kenapa ayah Rohana Jalil bagi nama Rohana, Rohana. Argh tidak!", jerit Firash Sudiro panik. Dia menangis ditepi meja guru sambil memetik kelopak bunga kekwa yang terdapat di atas meja guru. Jali yang bersimpati dengan Firash Sudiro segera memeluk Firash Sudiro bagi menenangkannya. Jali sempat membisikkan sesuatu ke telinga Firash Sudiro ;

"Oh baby you so hot, i want to fuck you tonight", kata Jali sambil meramas punggung Firash Sudiro. Firash Sudiro menitiskan air mata lagi.

"Diam semua! Korang ni cuba serius sikit!", semua mata tertumpu kepada Aisyah yang sedang berdiri di atas meja. Aisyah selaku Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah yang telah berjaya merangkul johan dalam pertandingan teknik kecemasan mulut ke mulut dan merangkul tempat naib johan dalam pertandingan lumba lari dalam guni bawak bunga api keliling kampung cuba menjadi watak serius dalam novel yang entah apa-apa ini.

"Cikgu kita kan tengah sakit ni, korang serius sikit boleh? Cuba fikir cara macamana nak pulihkan Cikgu ni", marah Aisyah kepada rakan sekelasnya. Rakan sekelasnya termasuk Dahlia hanya tertunduk malu dengan perangai childish mereka.

Kringgggg

Bunyi loceng menandakan rehat bagi pelajar tingkatan 4 telah bermula.

"YEAY REHAT",jerit Aisyah lalu melompat dari atas meja dan segera berlari ke arah kantin.

Pelajar lain tercengang dengan perilaku Aisyah yang ajet-ajet kestaria tetapi disudahi dengan perangai seperti teletabis hijau. Tetapi selepas itu mereka pun bersorak gembira dan berlari pergi ke kantin. Masing-masing terliur ingin menikmati Mi Rebus telur goyang Makcik kantin yang badannya seksi namun mukanya macam tumit kaki kering. Akhirnya Cikgu Sudiro ditinggalkan kesepian didalam kelas ditemani buih-buih mulutnya serta Firash Sudiro dan Jali yang sedang asyik meramas punggung masing-masing.

Dahlia melangkah keluar dari kelas diiringi Peah. Dahlia menutup mukanya dengan sebelah tangan menahan sebak,, cukup sebelah tangan kerana tangan Dahlia sangat besar. Sebelah tangannya diibaratkan sebesar kuali Coocan Chocolate Pan yang disaluti berlian.

"Dahlah jangan nangis, bukan salah hang pun Cikgu Saripudin sawan. Dia kan memang tiap-tiap hari selasa setiap minggu dia pengsan sebab taknak bayar duit persatuan PIBG",kata Peah.

"Aku nangis bukan sebab tu", jawab Dahlia. Mukanya merah menahan tangis.

"Habeh?"

"Aku terberak dalam kain. Aku ingat nak terkentut sikit tapi tercirit pulak", Dahlia menangis. Malu rasanya walaupun dia selalu terberak tanpa sengaja.

"Hang memang anjing", jawab Peah pendek tapi tenang.

"Kakak Dahlia", satu suara memanggil dari belakang. Peah dan Dahlia menoleh kebelakang secara spontan, mungkin jika tidak secara spontan mungkin mereka menoleh kebawah. Mungkin.

"Kenapa Nan?", tanya Dahlia kepada Farhanan. Farhanan menyelak rambut depannya ke belakang telinga sambil tersenyum.

"Kak Katrina cantik nak jumpa", kata Nan lalu pergi.

Dahlia meneguk liur. Ingatkan watak Katrina sudah tidak wujud dalam novel ini. Peah hanya menggeleng kepala sambil mengunyah karipap daging. Dahlia berkira-kira samaada mahu pergi atau tidak. Tiba-tiba Peah menyampuk.

"Bersabarlah sayang saat indahkan tiba jua"

Dahlia diam. Peah geram lalu ingin mengkarate tetapi tiada apa untuk dikarate jadi dia kansel untuk mengkarate dan mengunyah kembali karipap dagingnya.

GRASAWhere stories live. Discover now