Bab Duabelas

315 20 7
                                    

"Uncle roti telur dua, teh ais satu, tapi taknak ais", kata Dahlia sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke kedai mamak itu.

Mamak itu menggaru-garu kepala menggunakan pen ditangannya. Dicatat didalam buku kecil sambil menggeleng-geleng kepala. Selepas itu dia berlalu pergi sambil menyanyi lagu Biarlah Rahsia.

Dahlia mengambil tempat duduk berhampiran kaunter. Dia sendiri tidak sedar yang dia sudah keluar dari kawasan taman. Sebenarnya dia hanya mahu berjogging di taman berhampiran hostel iaitu Taman Laut Cina Selatan, tetapi ringan sahaja kakinya melangkah hingga ke kedai mamak ini. Taman berhampiran hostel itu memang popular dikalangan pelajar sekolah Dahlia untuk berjogging dan beriadah. Juga popular sebagai tempat melepaskan hawa nafsu yang bergelora di jiwa muda mereka. Tiada gangguan Jais, senang nak geli-geli kata mereka. Sehingga hari ini Dahlia masih belum mengerti apakah definisi sebenar geli-geli.

Telefon selular Dahlia yang diletakkan di atas meja bergetar perlahan. Mamak yang memakai riben bunga-bunga dileher meletakkan air teh ais tanpa ais Dahlia di atas meja. Dahlia mengucapkan terima kasih sebaik sahaja cawan tersebut mencecah bibir meja. Mamanya ada berkata biar muka hodoh, janji berbudi bahasa, muka cantik tapi perangai macam nakharam buat apa. Menghabiskan beras cap Jalal saja.

Notifikasi ws daripada Peah.

"Free tak?jum geli2 petang ni kat taman lcs"

Dahlia meneguk air liur. Mapundek apa Peah ni ajak aku geli-geli ?

"ops sory Lia, salah send *emojimakcikmenari*"

Dahlia menguntum senyum. Fak betul Peah, patutlah dua tiga hari ni basah je katil kau. Jari Dahlia pantas menari di atas skrin telefonnya.

"Ingatlah anak muda, sesungguhnya maksiat itu berdosa. Orang berdosa di mana tempatnya ? Di Wisma Yakin? Tidak tidak , orang berdosa tempatnya di neraka , Ya Tuhan. Neraka apa? Neraka Jahanam , Ya Tuhan. Anak muda mahu saya cerita tentang balasan azab seksaannya pula?"

"Adik manis, roti sudah mari kuci kuci", kata mamak beriben bunga-bunga itu sambil tersengih.

"Uncle, saya mahu roti telur. Ini roti kosong.Mana telurnya?"

"Soly adik gebu manis, telur sudah habis. Ayam semua kesudahan keguguran adik manis. Yilekkk", kata mamak tersebut sambil menepuk-nepuk kepalanya.

"Habis macamana ni uncle?"

"Hehehehe.."

"Apa gelak-gelak? Saya datang sini nak makan roti telur bukannya nak bercanda-ria dengan uncle. Kalau macamtu baik kita pergi main ice skating", amarah Dahlia sudah sampai ke ubun-ubun. Perempuan marah plus perut tengah lapar ni jangan main-main. Apalagi nak ajak diorang main congkak. Jangan-jangan bak kata Ayda Jebat.

"Telur saya mau?", kata mamak itu sebelum rahangnya disepak oleh Dahlia. Mamak itu tersangkut di tv kedai tersebut, tetapi tiada siapa yang peduli kerana rancangan yang disiarkan dikaca tv ketika itu sungguh menarik iaitu rancangan Nona. Cuma seorang makcik bersimpati dengan mamak beriben tersebut. Dia mendekati mamak tersebut dan menarik kakinya sehingga jatuh ke lantai. Makcik tersebut kembali duduk ke tempat asalnya.

"Makcik buat apa tadi?", tanya seorang pemuda berbaju biru Ameno.

"Aishh, dia tutup pemandangan mekcik, mekcik nak nengok Neelopa ni", kata makcik tersebut sambil menghirup kopi Jandanya.

"Ouh begitu ke makcik, makcik jangan lupa pangkah parti saya yer pilihanraya nanti"

"Aishhh. Mekcik tak main politik ni, parti tupperware mekcik join ler, kamu nak join"

"emmmmm", pemuda tadi hanya mengumam. Kemudian keadaan kembali seperti biasa, burung berkicau, ombak menghempas pantai dan langit tetap membiru. Membiru umpama peminat Maria Ozawa. Aishh.

Dahlia mempercepatkan langkahnya agar cepat keluar dari kedai mamak itu. Dahlia berharap agar mamak itu masih hidup dan masih berkesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia yang fana ini.
Dahlia membuka aplikasi burung birunya. Dia menyemak senarai trending.

Fazura Kimk
100,6788 tweet about this

Dahlia segera mencari nama Fazura dia kotak pencarian. Setelah mengetahui hal sebenar tentang kisah Fazura Kimk, Dahlia tergelak sendiri.

"Betul lah kata orang, muka cantik tak semestinya pandai. Walaupun aku tak cantik(instead of hodoh), aku dapat bezakan mana nama artis hollywood, mana carutan"

"Aduh!"

Dahlia telah melanggar seseorang.. lagi. Dahlia mendekatinya. Kelihatan seseorang sedang tergolek dog di hadapannya.

"Saya mintak maaf! Saya tak sengaja", kata Dahlia.

"Takpe, saya tahu awak tak sengaja",kata lelaki tersebut sambil mengangkat wajahnya.

Bagai ada seekor cupid bercawat memanahkan panah cinta tepat ke jantung Dahlia setelah melihat wajah lelaki di hadapannya. Wajahnya yang petak dengan jawline yang lurus. Lesung pipit yang comel di atas wajahnya yang putih melepak tanpa sebarang jerawat menjajah. Dihiasi dengan senyuman manis bak krimer lemak manis tanpa gula. Mata yang sedikit sepet dengan anak mata coklta cair serta kening tebal tersusun rapi umpama di gel. Dahlia terpaku.

"Saya tak apa apa, lain kali jalan pandang depan ya?", kata lelaki tersebut sebelum berlalu pergi dengan senyuman.

Dahlia masih terpaku. Oh Dahliaaa..

GRASAWhere stories live. Discover now