Bab SembilanBelas

157 13 4
                                    


"Maafkanlah jika ada terlanjur...." nyanyian lagu raya Muiz terbantut akibat disergah Mat dari bawah.

"HAAA TERLANJUR.HANG DAH TERLANJUR KA IZ? SIAPA BUAT HANG NI????", Mat memandang wajah Muiz yang sedang mengantung ketupat palas. Muiz hanya memandang sinis sambil mengumpulkan kahak di rengkung, tinggal untuk diludahkan saja pada muka Mat.

"Hai anak-anak teruna ni tak siap-siap lagi kemas ruang tamu?", kata Cik Maimun iaitu ayah kepada Mat. Walaupun namanya kedengaran seperti nama seorang wanita berstatus janda tapi dia merupakan lelaki sejati dan Mat adalah bukti kukuhnya. Gelaran Cik Maimun melekat kerana Cik Maimun merupakan pak andam yang paling popular dan divas sekali dalam kampungnya. Teknik solekannya dapat mencantikkan sesiapa sahaja. Dia pernah mentatariaskan wajah Qiah, anak kepada Zaiton Habibi yang merupakan janda kaya kerana produk kecantikannya. Walaupun ibunya pengeluar produk kecantikan tetapi wajah anaknya seakan muka selipar flipper dan mempunyai iras-iras pembungkus burger. Ada yang mengatakan, Zaiton Habibi telah ke korea untuk mencantikkan wajahnya supaya seiras dengan Sandara Park, walhal anaknya mempunyai wajah seperti sandal. Tetapi dengan hasil tangan Cik Maimun, sandal, selipar flipper mahupun pembungkus burger semua telah hilang dan hasilnya wajah Qiah seakan wajah Cita Citata. Senang cakap memang power tahap dewata raya la Cik Maimun ni. Body sudahlah sedap, power pulak tu, nasib baik dia seorang lelaki, jika tidak mesti menjadi rebutan para lelaki di kampung itu. Kerana kepowerannya cakap sahaja nama artis mana yang Cik Maimun tak pernah mekap, memang takde pun sebenarnya sebab Cik Maimun hanya pak andam yang low profail dan pemalu orangnya.

Cik Maimun meletakkan dulang berisi air oren dan keropok lekor yang baru digoreng.

"Dah dah, tinggal dulu, meh makan, pakcik ade goreng keropok ni"

Mat dan Muiz saling berpandangan semula kembali memandang Cik Maimun.

"Abah tak puasa ke?, harini kan last puasa Abah. Watdehel with chu",kata Mat. Muiz hanya mengeleng kepala melihat bahasa Mat. Macam cilake.

"Ya Allah, Abah lupa la Mat. Ingat dah raya kedua tadi. Ala sorry la ek. Malu kita", balas Cik Maimun gedik. Mat tetap mengeleng kepalanya, nasib baik dia hanya menumpang raya disini kerana ibunya masih belum memaafkannya ekoran dia pernah termaki ibunya, jika tidak sudah lama dia menerajang kerandut telur Cik Maimun supaya Cik Maimun ingat bahawa Cik Maimun masih ada telur dan Cik Maimun merupakan seorang lelaki dan bukannya sehelai spender lembab.

"Tapi sayang pulak kalau goreng tak makan, yedak? Bismillah",kata Mat sambil mencapai seketul keropok lekor yang masih berasap dan memasukkan kedalam mulutnya. Terpejam matanya menikmati kerangupan keropok gentel dari negeri penyu itu. Cik Maimun pulak menuangkan air kedalam gelas dan memberikan kepada Mat.

"Eh Abah, mana dapat keropok lekor ni? Bukan senang nak dapat kat kampung ni", soal Mat. Dikampungnya, keropok lekor ini umpama mimpi dalam mimpi. Macam setan.

"Hmm, kawan Abah bagi. Hikhik",balas Cik Maimun. Dulang air diangkat keparas mukanya.

"Eleh, kawan konon. Cakap jela Pak Saleng Penyu bagi, dia kan skandal Abah", Mat mengunyah keropok lagi diselingankan dengan air oren sejuk. Muiz hanya meneguk liur menahan nafsu, nasib baik imannya masih kuat. Tidak seperti dua beranak yang entah terlepas dari kurungan neraka mana.

"Ish kamu ni, hikhikhik", Cik Maimun berlari kedapur sambil menutup mukanya yang semakin merah. Mat hanya ketawa sambil mengunyah keropok lekor untuk kali ke seratus lima puluh juta mereka tanyakan kau soalan yang sama.

Muiz memandang keluar tingkap dan berharapan penuh supaya kilat akan muncul dan menyambar Mat serta Cik Maimun agar mereka berdua tidak dapat makan almond london pada hari raya nanti.

GRASAWhere stories live. Discover now