Bab TujuhBelas

159 15 2
                                    

"Tak makan ke Lia?",soal Nana sambil meletakkan sepinggan nasi bersama lauk ayam goreng berempah dan sayur kangkung belacan. Ringkas.

"Emmm", gumam Dahlia pendek. Dia mengangkat kepalanya sedikit untuk memandang wajah Nana sebelum meletakkan kepalanya kembali ke atas meja.

"Em lantak dia lah Nana, dari minggu lepas taknak makan. Pelik aku, orang lain tak makan 3-4 hari dah mati kebulur, Dahlia ni dah lebih 7 hari tak makan, ntah spesis perut apa ntah. KAKKK TEH O AIS LIMAU SATU KAAKKKK!!",kata Peah. Nasinya digaul rata dengan kuah asam pedas sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Terpejam-pejam matanya menikmati kesedapan adunan pedas dan masam kuah asam pedas ikan pari tersebut. Sesekali mulutnya meratah bendi sebagai selingan.

Dahlia hanya memerhati Peah yang sedang asyik menikmati hidangannya. Sekali pandang seperti Peah high menghisap gam cap senapang tapi itu cumalah dari pandangan mata manusia yang berfikiran negatif sahaja. Dahlia meneguk liur apabila melihat Peah mengupas isi pari yang putih kemerahan seperti pipi gadis yang sedang malu-malu. Dahlia menjeling kearah penulis. "Celaka punya penulis, dia ingat ni novel jalan-jalan cari makan ke apa asyik cerita pasal makan je". Penulis pula hanya redha dan berserah ke pada Ilahi dengan apa yang telah terjadi.

"Bersabarlah sayang saat indah kan tiba jua",kata Peah tiba-tiba sambil menghirup air Teo o Ais Limaunya. Nana hanya membuat bodoh, begitu juga Dahlia. Malas hendak melayan Peah dan sawannya. Setelah melihat rakannya tidak memberi respon, Peah berasa kecewa lalu menepis pinggannya dan mengkarate meja makan mereka.

"Disebabkan aku kecewa dengan hang semua, hang semua kena belanja aku makan. Cau", kata Peah hampa. Kemudian dia berlalu pergi sambil menyanyikan lagu Pencuri Hati versi akustik untuk mengubati jiwanya yang terluka.

"Sapa nak pujuk tu?", tanya Nana pendek sambil makan bersila kerana meja mereka sudah dikarate menjadi empat.

"Em takpayah pujuk, malam nanti eloklah lepas aku belanja video Mia Khalifa sevideo dua",jawab Dahlia sambil berbaring di lantai.

Pelanggan yang baru hendak memasuki kedai itu terkejut dengan kelibat Dahlia yang berbaring lalu berlari keluar ketakutan. Ada juga yang berlari sehingga sampai di rumah dan menyuruh isteri mereka memasak. Sesetengah pelanggan hanya bertenang dan masuk ke kedai dengan berlagak. Sampai sahaja di meja, masing-masing mengeluarkan telefon bimbit lalu menelefon Perhilitan atau Zoo yang berdekatan. Ada jugak yang menelefon ustaz kerana khuatir kelibat tadi adalah saka yang sering digunakan sebagai pelaris di kedai makan. Tak ketinggalan juga pelanggan yang menelefon ibu dan ayah yang berada dikampung dengan hasrat menanya khabar dan hal lain yang penting misalnya Mia Khalida. Em. Semua yang ada ada pada dirimu membuat aku ku aku jatuh cinta come on baby say you love me love me say you love me. (Selingan)

"Hai"

Nana dan Dahlia yang masih lagi berbaring masing-masing memandang ke arah suara tersebut.

"Hai sekali lagi", kata empunya suara itu apabila melihat seorang gadis cantik tetapi sedikit berisi serta binatang peliharaanya seekor anjing laut yang terdampar itu tidak membalas sapaannya.

"Em...hai?", balas Dahlia. Pemuda yang sedang berdiri dihadapan mereka itu kelihatan sedikit kaget untuk seketika sebelum kembali tersenyum.

"Saya nak duduk sekali boleh?", kata pemuda itu lagi.

"Kau ni buta ke hape, kan meja kitorang dah berteraburan umpama debu ni, kau pergilah duduk tempat lain. Benci aku", kata Dahlia sambil membetulkan posisinya dengan berbaring mengiring, meletakkan sokongan tangan ke pipi dan kaki bersilang untuk mendapat efek gengster. Dahlia belajar teknik ini daripada sebuah filem jepun yang disusuli dengan adegan adegan ghairah.

"Tapi saya nak duduk dengan awak", balas pemuda itu lagi. Senyuman dibibirnya menjadi kendur. Kelihatan butir-butir airmata mengalir ke pipinya.

"Dasar pondan telur kat dahi", gumam Dahlia dalam perut.

"Duduk jela, tapi kau kena bersila. Jangan nangis kalau punggung kau terguris simen pulak nanti", sindir Dahlia. Pemuda itu tersenyum lebar dan mengambil tempat di sebelah Dahlia. Rapat.

"Nama saya Arryan Qalish bin Shamsul. Tapi budak-budak panggil saya Mustapa", kata pemuda itu sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya.

"Kenapa budak-budak panggil kau Mustapa?", soal Dahlia.

"Mana saya tahu, tanyalah budak-budak tersebut", balas pemuda itu lagi.

"Jadi Mustafa, kau ni apa sebenarnya? Orang ke yeti", Dahlia berbasa basi. Jika Mustafa ini menjawab Yeti, bolehlah Dahlia menghalaunya ke Kutub Selatan.

"Eh, janganlah panggil saya Mustafa"

"Habis nak panggil apa? Syaitan?".Amarah Dahlia memuncak.

"Panggil lah saya Sayang.. Boleh?", balas pemuda itu sambil mengenyitkan mata

Dahlia terkaku....

GRASAWhere stories live. Discover now